artikel ini di copy pastekan n di edit dari
AMALAN MENJELANG 10 MUHARRAM 1430
Disunatkan berpuasa pada 9, 10, 11 Muharram ( bersamaan 6 Jan ( Selasa ) /7 Jan ( Rabu ) / 8 Jan ( Khamis ) 2008 ) jgn lupa puasa ramai2 ek .
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
Amalan 10 Muharram
1. Mandi Sunat.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
2. Sembahyang sunat 4 rakaat.( 2 salam )
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 2 rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) 11 kali. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
3. Membaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
4. Melapangkan masa/belanja anak isteri dan keluarga. Fadilatnya -InsyaAllah , Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
5. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
6. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
7. Menziarahi rumah orang alim.
8. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Caranya : Usap dari bahagian belakang kepala ke hadapan.
9. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
10. Bercelak. Fadilatnya - InsyaAllah Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
bg vro, bukan fadhilat yang dipandang... kejar redha ALLAH k... kalu pikir paa fadhilat nanti takut tidak diterima kerana tidak ikhlas. ambil ia sebagai motivasi k... :) buat yang termampu... bro pun x mampu nak buat semua ini... usaha k.... =)
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment