Saturday, January 3, 2009

MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009



MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009
assalamualaikum...
puji dan puja hanya untuk ALLAH

terima kasih ALLAH kerana bro mampu lagi untuk menghirup udara ini dan hidup dalam ISLAM... malam semalam bro mampu kuatkan kaki untuk melangkah ke satu majlis yang cukup bermakna untuk bro. majlis MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009& DANA KEMANUSIAAN 1 JUTA UNTUK GAZA. istimewa untuk diri ini, malam ni juga bro anggap malam sambutan hari jadi bro ke 23 tahun. pemidato2 yang dijemput memang hebat. demorator pun berapi. kami di laungkan dengar kate2 pembuka hati yang mengingatkan why dan bagaimana kite ingin mengatakn sokongan kepada saudara seIslam kita di palestin

majlis dimulakan dengan persembahan intifadah dari kumpulan algebra. kumpulan yang menyanyikan lagu2 dari puisi DR MAZA. mesej yang kuat untuk semua. selepas itu abg MUAZ membuat persembahan. lagu kegemaran hadiah dari seorang sahabat, lagu HIJRAH dan lagu2 hadis lain dipersembahkan. bro x berapa tau tajuk lagu2 lain.
moderator DR AZHAR membuka bicara dengan melaungkan2 permasalahan palestin. mengagungkan ALLAH dengan takbir yang bersahutan dan sajak terakhir dari AS SYAHID SYEIKH YASSIN. sajak yang cukup menyentuh jiwa.

Dr hafidzi mohd nor memulakan pidato selepas wakil jais berucap. beliau dari pusat kecemerlangan palestin. beliau mengungkap sejarah yahudi laknatullah dan keperitan palestin.

antara keperitan palestin yang bro leh catatkan.
1)gaza setahun bergelap
2) setahun bekalan air diputuskan
3)dibom setiap masa
4)kanak2 kebuluran

5)tiada bekalan makanan yang boleh diberi kerana israel mengepung sempadan dan mesir( bagi bro negara sial) menutup sempadan.
6)bekalan ubat semakin habis
7)mesin2 di hospital tidak berfungsi kerana ketiadaan elektrik.
8)sudah ade rakyat palestin yang makan rumput... huhuhu
9)menjadi penjara terbuka terbesar di dunia.
menghadapai malapetaka kemanusiaan yang menyayatkan

MANAKAH KITA???
persoalan yang menamparkan penonton semalam.

hadis rasullullah yang antara lain berbunyi,
akan ade satu golongan dari umatku yang akan trus melawan musuh, tetap melawan dan kuat berjihad,
sahabat bertanye, dimana mereka ya Rasulullah?
mereka berada di baitulmaqdis dan yang dekat dengannya
bro terlupa hadis riwayat mana. boleh lihat nanti dan juga ini adalah lirik lagu MUAZ.

persoalannya, adakah kite ini rase dekat atau jauh dengan palestin? SAIDINA UMAR AL KHATAB sudah mempertahankan palestin lebihd 12 kurun. sekarang pula israel boleh dan sedang bersedia menceroboh penduduk palestin!!! dimanakah kita. apakah yang diberikan untuk membantu. tidak bergetarkah hati kite dengan hadis di atas. ini masalah akidah. masalah mempertahankan saudara seakidah kita.

antara petikan dari ucapan Dr hafidzi.

" saya berjumpa dengan seorang syeikh yang sudah buta kerana diseksa di penjara israel, untuk mendapatkan sedikit amanah untuk dibawa ke kuala lumpur. 3 nasihat diberikan.

1)bertakwalah kepada ALLAH
2)berjalanlah dijalan orang2 yang ilhlas
3)kamu pasti akan berdiri dihadapan Allah,dan akan ditanya, dimana kamu untuk membela umat Islam dan membebaskan negeri suci Baitulmaqdis..."

bagi bro
ya sahabat. kita di Malaysia ini dipupuk dengan semangat nasionalisme yang melampau2, semangat kebangsaan yang mendewa2kan... seperti bangsa kita ini bangsa terhebat. semuanya bangsa. tapi dimana pulak dengan semangat Islam. kita bacul nak mengatakan hak kerana takut jika bangsa kita diapa2kan. 1.6 bilion umat islam di sekeliling palestin termasuk Malaysia. tapi zionis laknatullah ini hanya 50 juta. sekarang kite takut pada israel atau israel takut pada kita. setiap negara tidak mampu mengarahkan untuk menyerang zionis laknatullah ini kerana ape? kerana da dibaja dengan semangat kenegaraan. "MASALAH PALESTIN MASALAH NEGARA DIE, BUKAN MASALAH NEGARA KITE" tidak sahabat... ni masalah akidah kita. bagaimana jika saudara kita ingin dibunuh didepan mata, ditembak di malaysia, macam tu la di palestin!!!. dalam masalah ini tiada batas negara. negara2 lain bagi bro berdosa bagi setiap darah yang tertumpah.

DIMANAKAH KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tindakan kite?

sekadar pandangan dari bro...

1) sedekahkan wang yang kita mampu untuk membantu palestin.
2)berdoa, wat solat hajat berjamaah @ berseorangan.
3)menulis mengenai palestin dan sebarkan melalui blog, friendster dan sebagainye, sms, risalah.
4)memakai sticker membantah zionis laknatullah. 5)mengikuti kempen2 bantahan

dan yang terakhir... ini antara nasihat dari Dr HAFIDZI....

" SEORANG WAKIL MALAYSIA DATANG BERJUMPA DENGAN PEMIMPIN HAMAS, BERTANYA APA JENIS BANTUAN YANG BOLEH KAMI BERI... TANGGAPAN WAKIL INI ADALAH WANG, MAKANANAN DAN PERUBATAN. TAPI JAWAPAN PEJUANG2 HAMAS INI..
." KAMU BALIKLAH" WAKIL INI TERKEJUT...
"KENAPA KAMI PERLU BALIK, KAMI DATANG JAUH2 UNTUK MENOLONG KAMU".
JAWAPAN DARI HAMAS
"BALIKLAH, DIDIK ANAK2 MUDA KAMU, SUPAYA MEREKA AKAN MENGGANTIKAN KAMI JIKA KAMI SYAHID KESEMUANYA"...."

inilah kate2 yang menggugah jiwa bro... dan menguatkan diri bro untuk menulis soal palestin.

"islam akan terungkai dari leher umat islam satu persatu. bermula dari pemerintahan dan yang terakhir solat."
(riwayat imam ahmad)

umat islam yang datang sekadar 1000 orang lebih, tapi wang yang terkumpul pada malam itu kire2 60000 lebih dan siap ada muslimah yang menyerahkan raitai, dan cincin emas untuk diinfaqkan untuk perjuangan ini... jika semua umat islam bersatu... islam akan bangkit!

TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

marilah kite membantu dimana yang termampu...

pesan dari pemidato kedua, YB TUAN HAJI KHALID ABD SAMAD...

kerana umat islam bacul sekarang kerana mereka

cintakan dunia
takutkan mati

sahabat...
kite masih tidak mampu mengangkat senjata... mungkin satu hari nanti... sekarang bantulah sepenuh kudrat kita yang semampunya...

malam itu jua dilancarkan KELAB AL QUDS MALAYSIA...
untuk mendaftar taipkan ...
_____________________________________________
ALQUDS #NAMA #IC #EMAIL # NEGERI
hantarkan kepada: 0132226018
_____________________________________________
salam juang...
dari insan tidak bermakna,tidak mampu turun ke medan perang, tapi pasti di jiwa ini ingin merasai syahid...

assalamualaikum...

knie_bob99
030109
1143

No comments:

Post a Comment