Showing posts with label petikan dari blog sahabat. Show all posts
Showing posts with label petikan dari blog sahabat. Show all posts

Friday, January 9, 2009

sekilas pandang

sekadar secebis dari banyak pandangan...
bro tertarik dengan artikel ini kerana apa2 pun... pertanyaan ini jika kita dapat kaitkan dengan diri memang bagus...

artikel ini diambil dari...

http://dzulkhairi.blogspot.com/
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa kata anda…
Bertembung kelas pengajian dengan seminar yang disampaikan oleh Dr Siddiq Fadzil?( bro x kenal,mungkin kite bole kaitkan dengan salah satu seminar) Mana satu pilihan anda?
Secara telus, saya tak nak dengar jawapan membodek.

Kedua: Mengapa anda mahukan orang lain ke program anda sedangkan anda sendiri kurang melubatkan diri dengan kegiatan yang bermanfaat seperti seminar dan wacana yang diadakan oleh persatuan lain?

Anda berasa geram apabila ramai yang tidak menghadiri sukaneka yang tidaklah memberi kesan yang besar kepada mereka tetapi anda sendiri tidak melibatkan diri sebagai hanya pendengar seminar dan wacana anjuran mereka.

Ketiga: Anda mungkin geram dan berkecil hati apabila hanya sedikit mahu berusrah dengan anda walhal anda tidak perasa, kendalian usrah anda tidak bermutu. Jika pun bermutu, ia tidak mencambah dan bercambah.

Keempat: Anda berasa kesal dengan beberapa tindakan pimpinan yang dianggap kurang atau mungkin tidak matang tetapi anda tidak hadir dengan satu proposal yang baik untuk dikonseptualkan, atau terus diimplementasikan.natijahnya, lahirlah ahli yang pandai dan bijak mengkritik tetapi hampas daya minda.Sukakah anda meneruskan yang lama tanpa berubah?

Sukakah anda jika pemikiran anda dikongkong dan dipaksa untuk menerima tanpa berfikir?

Atau, anda takut berubah kerana natijahnya tidak pasti?

Saya hanya bersoal, bukan mempertikai..
--------------------------------------------------------------------------------------------

bro suke mengambil pertanyaan ini dalam kontek diri ini...
macam bro, banyak mengkritik tapi kurang berkerja...
semoga belajar dari pengalaman...
amin...
....ampunkan diri ini ya ALLAH...

Tuesday, January 6, 2009

AMALAN MENJELANG 10 MUHARRAM 1430



artikel ini di copy pastekan n di edit  dari 


AMALAN MENJELANG 10 MUHARRAM 1430

Disunatkan berpuasa pada 9, 10, 11 Muharram ( bersamaan 6 Jan ( Selasa ) /7 Jan ( Rabu ) / 8 Jan ( Khamis ) 2008 )  jgn lupa puasa ramai2 ek .

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Amalan 10 Muharram 

1.        Mandi Sunat.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

2.       Sembahyang sunat 4 rakaat.( 2 salam )
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 2 rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..)   11 kali. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

3.       Membaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..)  hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

4.       Melapangkan masa/belanja anak isteri dan keluarga. Fadilatnya -InsyaAllah ,  Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

5.       Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

6.       Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

7.       Menziarahi rumah orang alim.

8.       Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Caranya : Usap dari  bahagian belakang kepala ke hadapan.

9.       Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

10.     Bercelak. Fadilatnya - InsyaAllah Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

11.      Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

bg vro, bukan fadhilat yang dipandang... kejar redha ALLAH k... kalu pikir paa fadhilat nanti takut tidak diterima kerana tidak ikhlas. ambil ia sebagai motivasi k... :) buat yang termampu... bro pun x mampu nak buat semua ini... usaha k.... =)

Wallahua'lam

Wednesday, December 24, 2008

hendak bERJAYA?

"Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan."
*
petikan dari blog sahabat...:)
*

Monday, December 8, 2008

kehidupan ini

"Ilmu kehidupan ini bukan dikutip dengan kesenangan demi kesenangan, kejayaan demi kejayaan, atau kebanggaan demi kebanggaan. Tapi ilmu kehidupan ini dikutip di tepi jalanan. Di celah-celah masyarakat yang pelbagai. Ilmu kehidupan diraih dengan memintal satu demi satu jerih perit kehidupan. Ilmu kehidupan didapat ketika mendaki tangga-tangga kegagalan. Jatuh bangun kehidupan. Dan bagaimana seseorang itu dapat mengharungi cabaran dan halangan dalam hidupnya"

http://srikandiputri.blogspot.com/2008/11/pasca-peperiksaan.html