Saturday, January 31, 2009

siapa mereka itu?


walau hati meronta, tapi jiwa membara. ALLAH akan membalas pengkhianatan ini


siapa mereka itu?
yang kau puja 
yang kau agungkan
dalam sedar 
atau dalam lena
tapi kau tidak tahu bila tertikamnya kau dibelakang olehnya

siapa mereka itu?
depan bagai malaikat
belakang menembak curimu
disisi seperti rakan 
sesaat terus berubah
menjadi lawan
dalam kau memerlukan sahabat atau teman?

siapa mereka itu? 
ku ingatkan rakan
rupanya musuh sebenar dalam perjalanan
kufikirkan ia terbaik 
tapi luka ini masih belum baik
jika dulu kufikirkan bukan dia
tapi sekarang ku terjaga
aku yang bodoh menyembah dia
luka ini  
dialah puncanya

siapa mereka itu?
kenapa dan mengapa 
dia menjadi sebegitu
luka terus berdarah
dan kaki ku ini pasti terus melangkah
kerana biar darah ini berhenti disaat aku terus berjalan
dalam jalan ISLAM ini



nukilan untuk pejuang2 agama yang dikhianati oleh musuh dan rakan, untuk hamas yang dikhianati fatah, untuk pendakwah yang dikhianati munafik. dan diri yang kadang2 dikhianati nafsunya sendiri...

"perjuangan itu pahit kerana jannah itu manis..."

Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

2 comments:

  1. Rasulullah SAW bersabda:

    “Islam telah bermula dengan dagang (asing)dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
    - Hadith Riwayat Muslim


    bro, mdh2n kita sntiasa mnjadi yg secebis drpda itu..
    dan tidak termasuk dlm glgn yg tercicir...

    Amin...

    Allahuakbar!

    p/s:jzkk atas sokongan yg x putus2
    insyaallah..smuanya utk Islam...

    ReplyDelete