Thursday, November 27, 2008

jadual oh jadual...:)

jadual oh jadual, 
aku kene pergi kelas ikut jadual
tak boleh ponteng walau mengantuk...

doakan kekuatan ini..

hehehe... 

bukan pack sangat pun...

monday
12-2pm
pharmacology 11
annexe 85

tuesday
10-12
pharmacology 11
annexe 74a
1-3
instrumentation n research methodology
annexe85
3-5
pharmacy practice 111
annexe 43
4-6
mentoring
pharmacy lab

wednesday
8-10am
physiology 11
annexe85
10-12
pharmacy practice 111
annexe43
2-4
pharmacy practice 111
pharmacy lab

thursday
10-12
physiology 11
anatomy lab
4-6pm
instrumentation n reseach methodology
annexe85


hehehe... bro dan study... ubat2 ubat2 ubat2....heheh:)
jangan samapai kene makan ubat sudah...

study itu seronok jika kite nak gase seronok... 
so kene la seronok...:)

chaiyok2...:)


...awan yang berlalu...

terbaring aku menongkat kepala
termenung bukan tertidur
melihat pada yang berarak diatas
pada yang keputihan tiada ketetapan
aku mendongak melihat awan...

awan itu
meneruskan perjalanan tidak terhenti selamanya
terus bergerak kekiri atau ke kanan
ia terus berarak ke timur
menongkah ke barat
kadangkala ia ke utara atau selatan

siapa sangka
ia akan kembali ke tempatnya suatu hari nanti
tempat yang bermula kita melihatnya
pada saat yang kita tidak sangka
pada masa kita tidak duga
dan mungkin ia tidak seperti dulu
membentuk seperti yang lain
sehingga kita menjadi tidak pasti
itukah awan yang dulu
yang membuatkan aku tersenyum
awan yang memberi ketenangan pada diri ini

ya
seperti manusia
dulu ia lah yang memberi ketenangan 
menjadi teman
menjadi pendengar setia
sampai masa dia akan pergi meneroka
pergi mengapai cita2
dan kau menangis kehilangannya

tapi
mungkin dia akan kembali
mencari dirimu
pada saat kau tidak lagi memikirkannya
dan pada saat itu kau baru mengerti
awan tidak akan berhenti
tapi mungkin akan kembali...

itulah sahabat yang tiada memaknakan dirinya sebagai berlalu pergi....

selesai

knie@bob99
271108
0105am

Saturday, November 22, 2008

...kUaTkAn sEmAnGaTkU...


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tahu Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariah dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatmu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami
Ya Robbi bimbinglah kami....
Amin. Amin. Amin.

Friday, November 21, 2008

account n sewa

salam untuk semua

bismillahhirrahmannirrahim

puji dan puja hanya untuk-MU

apa khabar sahabat2 bro...arap semuanya sihat sejahtera dan dalam lindunganNYA. bro sekarang dirumah bro ayed. hanya ingin membicarakan soal apa yang jadi hari ini. pagi tadi bro baru setelkan soal payment kat account department msu. selepas tu bro hanya balik dan buat kerja2 di rumah. ni bro baru lepas berbincang dengan dak2 umah(sise n mat) soal mcmmane nak cari dak rumah baru. 3 orang kawan umah dulu da kuar g praktikal. alamak, kuar tak cari orang lak, so pening la bro mcammane nak cari dak2 baru. kalu x sakit nak bayar bulan 12 ni. dalam rm280. adus, mane bro nak cari n mcmmane nak cakap ngan mak abah soal nak mintak duit lagi.

poning gak la... kitorang ingat nak cari kekawan... bro lak xde kawan2 yang leh diajak, kekawan teater bro yang rapat da kuar, dak2 fasi pun da stabil ngan rumah baru. member lagi 2 orang ni try cari juga, tapi masih tak dapat. bro lagi senang untuk mencari yang pernah dikenal.

bukan apa, sebelum ini pernah jadi kes nak bertumbuk ngan dak umah kerana wat perangai. ade yang bawak pompuan la, yang nak tunjuk kuasa la. adus, poning gak la. 2 tahun da ok, ni masalah datang lagi. bro lak boleh percaye bulat2 yang dak2 yang kuar ni akan cari orang untuk ganti. sekarang terpinga2 gak la kitorang 3 orang

satu lagi care wat iklan. tapi tula, kitorang ni dalam umah tu x de istilah bilik. semua main letak je, laptop, dompet, barang2 peribadi @ ape2 je la. sekarang ni kalu tak kenal susah nak ajar ikut peraturan kitorang. kalu pape susah lak nak handle. kondisi rumah pun main peranan juga.

mungkin ni semua hanya la persepsi kitorang sahaja. tp iklan ni tu la, sukar nak cari yang sekepala. layan je la. laki2 ni risau kalu bertumbuk je. bro ni pun bukan nye baik sangat. x pasal2

tu cerita rumah, installment bro lagi kena setelkan. nasib la bro abis lambat kos bro ni, dapat wat sikit bulan2. harap2 la benda ni x susahkan parent bro. bro jadi orang paling lambat habis la gamaknya... adus...

mane la kita tau kan, semua yang kita fikirkan kekadang kita ni hanya banyaknye agakan yang negatif... entah la... redah je la... semoga ALLAH tuntun perjalanan hidup ini.

ape pun.

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri."


amin...

bicara selesai...

:)

Thursday, November 20, 2008

SeSUatU yAnG meMErLuKaN sEsuAtU


memerhati sekeliling perlukan ilmu
baru pemerhatian tidaklah agakan
bukan jua persepsi memandai
 
belajar dari pengalaman perlukan rujukan
baru tidak terikat dari kececewaan
bukan jua takut dengan pengalaman silam

menangis kerana kecewa perlukan had masa
supaya tidak kecewa sepanjang masa
bukan jua satu titik kejatuhan selamanya

termenung jangan selalu dan perlukan masa tertentu
supaya tidak menjadi berangan sahaja
bukan jua mencetuskan malas

malas jangan diikut dan perlukan perubahan
supaya kerja terus berjalan
bukan jua pemula kegagalan

berangan jangan la diikutkan dan perlukan kekuatan
supaya diri tidak hidaup dalam fantasi sahaja
bukan jua bermula era mat jenin moden 

berfikir perlukan statistik 
supaya tidak jauh dari fakta
bukan jua kembali pada berangan

berbincang perlukan fakta 
supaya tidak lari dari topik pemula
bukan jua pencetus pergaduhan 

berkata2 perlukan akal
supaya tidak membuat pendengar terguris
bukan jua pembuat dia jauh hati

semuanya perlukan sesuatu
kerana semuanya adalah sesuatu
bukan jua pencipta sesuatu

dan jawapan pada sesuatu tetap lah pencipta sesuatu
bukan jua sesuatu
maka,... jika ingin kan sesuatu, mohon la pada DIA
MAHA PENCIPTA setiap sesuatu...

amin...

selesai...

knie@bob
0846pm
khamis



Wednesday, November 19, 2008

SeNyUm

senyum
dunia ini bukan tempat menangis
dunia ini terbentang luas,
banyak tempat yang kau boleh tenangkan diri
kenapa hanya difikirkan termenung?

senyum
kau menangis semasa kau dilahirkan
bukan bukan bermakna kau perlu menangis selamanya
bukan maknanya kau hanya akan bersedih selamanya

senyum
kerana kita tidak tau tentang esok
tidak paham apa akan berlaku
tidak pasti soal esok
jangan sangat difikirkan tentang semalam
kerana yang penting hari ini
semuanya hanya pada kita
dan taulah DIA sentiasa ada bersama
jadi?
senyum selalu...:)

selesai...:)

Tuesday, November 18, 2008

huuuu....

tersenyum dalam kemarahan yang bro nak tahan... kereta kena clamping dikala banyak masalah yang datang.

hu... YA SABUR...YANG MAHA SABAR, aku mohon kesabaran
aku xnakk terus menyalahkan diri sendiri

kena bangkit... ibu bapa semakin mengharap... dan doa mereka semakin banyak untuk diri ini.
banyak janji pada ALLAH, pada mak dan abah,dan diri sendiri yang belum mampu tertunai...

hu.....

ya SALAM... yang MAHA SEJAHTERA...ketenangan dariMU yang ku dambakan...

belajar dan ketahuilah mana yang silap... "kau bukan bebudak lagi"huuu

bila agaknya diri ini akan menaip kejayaan diri untuk menjadi pengajaran pada generasi akan datang... hanya post kegagalan sahaja...

graf kehidupan yang semakin lari dari tract... lecturer hanya mampu memandang... memberi sepatah dua kata... dan kembali diam...

erm...

kurangkan aktiviti luar...antara nasihat yang bro dapat... "kau kena apply dengan apa yang kau dapat"... bro x mampu nak cakap apa... bro rasa kalah sangat... bro da tekad takkan dapat teruk lagi... tp sekarang dugaan ni datang lagi... apa lagi bro boleh katakan...

bro tahu dan tersedar lambat... bro dapat sesuatu yang meyakinkan bro kena belajar dan belajar itu tanggungjawab bro serta sejadah pengabdian pada ALLAH da lambat... x mampu naku memperbaiki sepenuhnya sebelum ujian...bro cube dan usaha... walau bro tau semua kate tu alasan... bro da x de penjelasan....

bila ditanya WHY JADI CMNI BRO?, bro hanya mampu mengtakan bro akan try ubah n dapatkan terbaik
" TU AYAT LAMA BRO"kata2 yang wat bro kembali terdiam... adus...

apa lagi yang bro leh katakan... sahabat2 beri sokongan... beri nasihat... tp hati ini terkilan sesorang kenapa lah aku ni tak dapat jadi insan yang seperti dulu... mana bro yang dulu... yang cikgu2 sayang... orang datang buat rujukan... termasuk pelajar pelajar cina dalam akademik... boleh mengajar dan jadi leader... bro malu nak balik kat cikgu2 bro kat sek dulu... semua tetap sayang bro bile jumpe... semua tetap rasa bro macam dulu...leader kekawan... imam...dan orang yang boleh pengaruhi keputusan pelajar...

bro gagal dan terus gagal selepas spm... family tetap sokong walau ape pun terjadi...

"banyak da duit mak bapak kau keluar bro"

bro bukan ingin meletakkan post ni tanda bro mengalah... bg bro bro tetap akan belajar... walau bro dapat skrol tu tu time kekawan da dapat harta dan kaya raya..biar lah apa orang nak cakap... tapi sekadar satu peringatan pada diri bro pada suatu masa nanti bila bro terlupa dan lalai... bahawa diri ini pernah menangisi kegagalan dan kesilapan diri sendiri... dan bro takkan lupa diri jika bro berjaya.... dan bro takkan lemah dikala bro gagal selepas usaha...



"kite ni lembap bro... jangan ikut orang..."hu...

entahlah... xde lagi ayat diri ini kosong... kerana bro tau ALLAH ade... biar semua ludah... janji ALLAH bersama bro bro... tetap akan try senyum...

aku xnak kembali pada yang tak baik... kecik je ujian ni...

chaiyok2 bro!!!!!!!!!!! jika tiada yang ingin beri semangat... kau tau kau perlu beri semangat pada dirimu sendiri.....

amin...

siap!
sedia!
semangat!
takbir!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!

...pErJaLaNaN BeRgElAr KeHiDupAn....

perjalanan
aku berjalan mencari sesuatu
kau berjalan menuju sesuatu
aku berjalan mendambakan sesuatu
dan...
aku berjalan kerana sesuatu
berjalan perlukan sesuatu
berjalan puncanya sesuatu
berjalan bermula dengan sesuatu
berjalan kesannya sesuatu
berjalan implikasinya sesuatu
berjalan akhirnya sesuatu
dan
berjalan ke sesuatu
jika semuanya kerana sesuatu
tertanya diri apakah itu
yang jadi punca dan tujuan
pada sesiapa yang berjalan
bukan sekadar melangkah
tapi berjalan
disatu perjalananmencari apakah itu sesuatu
jawapan ia bukan satu yang keliru
bukan tujuan yang kabur tak jitu
tujuannya berjalan dan meneruskan perjalanan
mencari dan menuju
mengimpikan dan mengusahakan
visi pada hujung perjalanan
apakah itu
akhir sajak membuka kekusutan
pada jiwa yang mencari tuhan
bahwa hidup ini, perjalanan ini hanya untuk MU
TUHAN YANG MAHA ESA
tujuan berjalan di dalam satu perjalanan
bergelar kehidupan
knie_bob99
0220am
selasa

untuk yang dapat memahami dan menghayati...

tersenyum melihat apa yang dinamakan pengalaman

seperti pengalaman diri ini sendiri sebelum ini

tersengih melihat gelagat manusia dikala ingin disusun didalam kumpulan rakan yang baru

berpeluh bila melihat pelbagai kerja yang akan dihadapi

bahagia bila melihat dan bersama dengan kelompok cintakan ALLAH

terharu bila diri dipeluk dan di ucapkan selamat ditelinga

ceria bersama bekerja dalam team yang selalu berseronok dan tersenyum

semuanya ku rasa kerana aku rasa dekat dengan ya RAHMAN YA RAHIM

TQ ALLAH

(NUKILAN UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT DI TRAINING ESQ INHOUSE BPR,UTP DAN ALAM dan PUBLIC KL 24)

....eRm....

Assalamualaikum

bismillahhirahmannirrahim

puji dan puja hanya untuk ALLAH

hari ini bro kembali menaip dikala hati yang kurang ketenangannya

dikala bro kuarang maampu tersenyum

bro terpikir dan berfikir

mana yang betul mana yang salah

bro yang salah

itu jawapannya

erm...bro ari ni dapat result... result yang x baik... result yang x langsung memabanggakan ibu bapa... hanaya result yang akan membuatkan bro terdiam.. bro kene ubah banyak benda.... bro baru balik dari keluar dengan sahabt2 bro... mendengar nasihat... ye... bro ni kene dengar nasihat orang... " samapai bila kau nak hidup dalam dunia kau" ayat yang bro tersenyum... dalam ayat tu....

bro akan buat yang terbaik yang termampu... bro tau bro tak dapat n tak buat yang terbaik dalam pelajaran bro... bro selalu je akan men cari alasan untuk mengelak... seorang sahabat bro semasa berjumpa selepas amik result... menepuk bahu bro dan berkata... "bro... teruskan berjuang... jangan hanya berserah... tawakal datang selepas usaha".....

rezeki datang pada kite dari tuhan.... dari ALLAH yang MAHA MEMBERI REZEKI... bro sahaja yang tidak menggunakan... sahabat bro mengatakan " kau ade mak bapak, tanggungjawab kau di situ... kau belum banyak tanggungjawab lagi... tu je kau fikirkan"

...
ya ALLAH... aku tak mampu lagi ingin menaip di post ini... aku takut ini akan dikatakan mencari alasan... dan ini hanya sekadar satu perkongsian....


ya ALLAH... ku mohon kecemerlangan, kekuatan, dan ketenangan di dunia dan akhirat....

jangan biarkan hati ini tidak dituntunMU...


amin...

selesai....