Tuesday, May 10, 2011

Sukarelawan, Puisi,Editing...:)


Alhamdulillah.

perjalanan hidup ini boleh diteruskan lagi. rutin yang menarik dan semakin mencabar. hati pun semakin dewasa nak menghadapi cabaran dan dugaan.

antara aktiviti yang bro da join kebelakangan ini ialah.

1) program menara ilmu sebagai volunteer di PAGOH johor 5 MEI 2011 bersama Yayasan Nurul Yaqeen.

Dua buah sekolah yang bro pergi, sekolah rendah bukit pasir dengan sekolah rendah paya redan. kedua2 ini dikendalikan oleh haji hushim salleh, Kounselor berdaftar(Cr). Pengisian yang menarik. ini diharap memberi impak kepada anak bangsa pelapis. hampir semua pelajar ini berbangsa melayu dan Islam. program ini juga menjemput ibu bapa dan interaksi antara penceramah, anak2 dan ibu bapa cukup baik.:)
impak yang besar untuk peserta insyaALLAH.









2) Malam Baca Puisi GAZA 11 di RUMAH PENA 6/MEI 2011

Majlis baca puisi ini menumpukan pada kezaliman israel di gaza. ramai yang membaca sajak, termasuklah Pak samad, dan bro sendiri.;) bro membacakan sebuah sajak trio bersama En solihin dan kawan bro nor ain.alhamdulillah, semua berjalan lancar. pak samad tetap dengan gaya bersahaja membacakan sajak.:)




3) bro singgah sebentar di Frinjan 7 mei 2011

pengumpulan remaja2 yang indie..:) bebas gaya mereka dan ceria2 sahaja mereka.siap ade penulis tukar tiub, hishamuddin rais lagi. dengan gaya bebas, kuak lentang nye die menghentam kerajaan dengan jayanye...:) ape2 pun ni tempat pengumpulan remaja... dengan care sedikit berbeza dengan AKAR dan Rantai.art.




apa aktiviti bro selepas ini.

alhamdulillah... bro akan join beberapa aktiviti selepas ini.

1)AKAR berLIMA

akar ni bro join dari januari. bro perform dengan slot lontaran kata. bulan mac juga bro join da bacakan 2 buah sajak. tapi akar berLIMA ini bro hanya hadir sebagai penonton dan anak AKAR sahaja. ape2 pun kene support,...:) konsep AKAR ini bro memang suka kerana die lebih terkawal dan lebih sifat kemelayuan....:) pakai baju melayu@bawak kain pelikat...:) perempuan baju kurung n @selempang kain batik..kan sweet...:)



2) AKAR VS KUKUBESI

program ni adalah koloborasi kukubesi manipualasi ngan team akar. :) ade bengkel kukubesi, ade pameran photografi, ade persembahan.:) alhamdulillah bro diberikan slot untuk buat persembahan di sini dan untuk kali pertamanya bro akan join bengkel editing oleh KUKUBESI MANIPULASI...alhamdulillah...:) untuk sape2 yang g, jumpe bro disana...:)




Aktiviti ini adalah hobi bro...:) ape2 pun, tumpuan belajar akan terus dipertingkatkan...:)