skrip contoh
datar ke puncak= derhaka ke taubat nasuha
-------------------------------------
kopi didepan mata
suam tidak lagi panas
tidak pahit tapi juga tidak manis
tapi diambil sekadar seteguk membasahkan tekak
kerana di benak kepala yang perlu dibasahkan semahunya
papan kekunci diusap-usap oleh jari
bermain-main mencari sesuatu
bukan semua di hati akan tersembur di jari
bukan semua yang difikirkan akan terpancar di ruang insani
helaan nafas kembali tenang
ombak didada kembali diam dan kendur sahaja
mentafsir silap dan leka
mengenal apa itu satu kelalaian
meniti hidup dengan kekaburan
bila ia kan berakhir
dan apakah pengakhiran cerita ini
dan semuanya adalah satu pembikinan cerita
atau drama arahan kita
sebuah cerita karya diri sendiri
ini bukan cerita duka
tapi sebuah cerekarama
pengarah, penulis skrip dan pelakonnya adalah diriku sendiri
tapi skrip tidak tahu berapa helai hadnya
aku tidak dibenarkan mengira helaian yang ada
tidak diberi menyingkap helaian kosong di depan
selagi helaian sebelumnya belum penuh dengan tinta cerita
maka aku tidak tahu bila helaian terakhir akan tiba
klimaks cerita adalah taubat
dan datarnya adalah derhaka
tapi jika salah skripnya
klimaks kembali turun menuju derhaka
dan jika ada helaian lagi
kembali ke puncak taubat
hingga aku si penulis skrip cerita ini sendiri tidak tahu pengakhirannya
hanya boleh berkarya, mengarah dan melakonnya
skrip, arahan dan lakonan
kehidupan, hati, dan perlakuan
semua akan berakhir
tapi dimanakah tamatnya cerita ini
sedang dipuncak atau di plot bawah cerita
dalam mood taubatkah?
atau
dalam kondisi derhaka?
adakah nanti
sedang diri leka menulis cerita derhaka
diselak dengan ceria
penuh mood dan idea
helaian seterusnya
diri terlihat
helaian skrip itu menulis
kalimah dari Pemberi nyawa
AJALMU SUDAH TIBA SAAT INI
DAN INILAH PENGAKHIRAN HIDUPMU
tamat...
pembentangan skrip
tak sanggup aku nak memikirkannya
p/s
bagaimana cerita dalam skrip kita sekarang?
taubat atau derhaka?
klimak ke mendatar?
berapa sudah klimak itu yang kembali ke datar?
jawapan ada pada dirimu sediri
kerana kamulah penulis skrip, pengarah dan pelakon bagi ceritamu sendiri
"mencari ketenangan hakiki"
No comments:
Post a Comment