sabda Rasulullah antaranya bermaksud:
ia(kepimpinan) adalah satu kehinaan dan penyesalan di akhirat kecuali ia diambil dengan hak dan dilaksanakan tanggungjawab didalamnya.
bismillahirrahmannirrahim
kepimpinan
ia adalah pemilikan kuasa
kuasa yang diidam2kan
kuasa yang membahagiakan
sesuatu yang dicintai
tapi bagiku
ia adalah satu ujian
untuk seorang lelaki
untuk bergelar lelaki
ia juga ujian
dan akan disoal olehNYA!
kuasa
kuasa membawa pada kecemerlangan
kuasa juga memimpin pada kecelakaan
kekuatan asas kekuasaan
bukan sekadar fizikal tapi juga mental
bukan sekadar kata2 tapi juga kelakuan
kuasa bukan sekadar tiket
tapi juga pas untuk kemenangan
menegakkkan kebenaran
mengamit pada kebaikan
tapi...
jika kau lalai,
sezaman bagaikan sehari
selepas kau melangkah keluar dari jemaah
kau hanya berfikir
tiada cerita
tapi hanya duka
dirasakan melangkah kehadapan
tapi semakin jauh kebelakang sahaja
kelalaian pada perlakuan
pembuka drama derita
dalam senyuman kau rasa
semua seperti indah
tapi sebenarnya membuka ke duka
kuasa
memberi impak pada jiwa
juga memberi kelemahan padanya
kuasa
berkata bukan sekadar bercakap
mengarah bukan sekadar menuding
tapi perlukan teladan
baru kau layak mendapat indahnya
sesuatu bergelar kuasa
aku sekadar berbicara
takut2 ada yang terlena
tidur diatas bahu aku si pengendong penguasa
sekadar orang bawah
ya
aku akan terus memikulmu wahai pemilik kuasa
tetapi jika aku bukan lagi aku
tampar dan luku kepala jawapannya
jika diatas kau sekadar terlena
menanti saat2 tahta bertukar kuasa
kau ditahta bukan untuk sekadar berkata-kata
tapi perlu dikota
dan ia juga perlukan satu arah
jika kau laungkan dakwah!
wahai pemilik kuasa!
kuasa akan berganti-gantian
tapi adakah sisa dulu masih tidak diperbaharu?
dan kau sudah tinggalkan semua kemudahan untuk penggantimu?
atau sekdar lepas tangan dan akan mengeluh lega
wahai pemilik kuasa?
bangun!!!
walau jika sesaat lagi sahaja kau berkuasa
bukan rehat jawapannya
teruskan gerak
teruskan...
kau jangan risau
selagi aku mampu
aku gendong kau
walau siapa kau
selagi kau masih tahu apa tanggungjawab dirimu...
dan sedar serta tau kau akan menjawab
didepan MAHA BERKUASA
dimahsyar nanti...
APA YANG KAU BUAT DENGAN KUASA DITANGANMU!!!
bangun... pemilik2 kuasa sekitarku... teruskan perjuangan.... tidak kiralah dimana kau berada. sapu najis2 yang kau tinggalkan, hias dengan mawar2 kepujian... sebab walau sesaat lagi kuasa mu akan berganti, kau masih pemegang kuasa, tetap akan disoal NYA di saat2 terakhirmu!!!
nukilan... untuk semua mpp ipta,ipts, semua persatuan yang berdakwah, yang berorganisasi dan juga semua pemegang2 gelaran pemimpin yang mungkin akan berganti tampuk pemerintahan nanti... dan semua yang menghadapi ujian bergelar kuasa...
knie_bob99
2119pm
1143
Free Signature Generator
No comments:
Post a Comment