Sunday, November 7, 2010

kenangan...


kenangan
cerita lama terselak kembali
tersingkap di album lama
dulu berhabuk di sudut bilik
tiba-tiba album itu kembali berbicara
mengungkap kata-kata kenangan
siapa diri ini sebelum aku disini.

cincinsuasa
07/11/10
834pm


bro ngan mak long


g jejalan ke kl ngan pakngah sani


aku bersilat. sekarang? alahai.. berat sudah...:)









Friday, October 22, 2010

chenta itu... ku damba...


Chenta...
terima kasih untuk segalanya
hadirmu untuk si teruna
mengubah dimensi rasa
mengalun melodi bahagia
yang penuh dengan cerita
suka dan duka bersama

chenta...
penuh debaran bila diriku ini diterima
berbagai andaian bermain dikepala
adakah ia nyata atau fantasi semata
ia realiti akhirnya

chenta...
ku tiupkan irama ini untukmu
biar bermain lagu indah dalam hatimu
membuai rasa kenikmatan ini
untuk kita rasakan berdua

chenta...
ini takdirnya, mungkin ada lagi yang menanti
buai angin malam tidak akan sentiasa nyaman
hayunan bahagia siang tidak akan sentiasa indah
ujian akan hadir juga nantinya

chenta...
ini rasa dari cahaya
terpercik dari jiwa untuk jiwa
semoga terbimbinglah rasa
untuk kita menuju bahagia yang hakiki
syurga yang kita idamkan

chenta
mari kita jaga rasa ini
biar hayunan buaian siang dan malam terjaga rentaknya,
terbuai dalam melodi kehambaan
penuh rasa tunduk pada pencipta kita
biar sukar, fikirkanNYA
kita dambakan cinta Sang Pencinta

0208am
21/10/10
1143
cincinsuasa86

"rentak degupan jantung ini, teruslah kau berdegup... "








Tuesday, October 19, 2010

kisah terbaru bro...:)


Assalamualaikum w.b.t

apa khabar agaknye semua kawan2 bro, kawan2 blogger bro.. setelah lama bro menyepi dalam dunia blog ini.

alhamdulillah.. semua perkara yang berlaku dalam hidup bro sekarang banyak mengajar bro apa itu ertinya hidup.:)

bro mule dengan raya la ye...:)



raya 2010

raya bagi bro tahun ini biase2 je.... raya pertama yang boring betul. sebab pertamanya balong n kak ika tak de tahun ini. sebelum raya gak banyak benda yang berlaku dalam keluarga bro. tp raya tetap raya. :)

alhamdulillah raya ini berbeza juga. kerana raya ni bro da mule amik degree. bro gak ngah bahagia.. hehehehe....

bro amik kos ape eh???:)

bro amik kos food service and technology. kos yang ramai bangkang bro amik. "xde kerje nanti"

bg bro.. insyaALLAH...ade rezeki nanti.. ALLAH kan pemberi rezeki...:)

bro dalam short sem ni x de la banyak sangat aktiviti. just bro wat untuk subjek dan hobi bro( puisi)

yang teringat...

bro wat projek tolong haiwan terbiar... bersama pelajar yang amik ethics in science.:) kami buat jualan amal (jual cupcake) dan buat khidmat masyarakat di SPCA ampang KL.





Cupcake yang menarik perhatian:)

Di SPCA

Alhamdulillah.. semua yang berlaku di dalam projek ini banyak mengajar bro soal kerjasama. adik2 dalam team ni banyak support ketua yang pemalas macam bro ni.:)

jika semasa mengambil diploma, bro banyak buat projek dengan kelab2 lama bro. tp sekarang bro tumpukan pada bidang yang bro minat. bro join creative club. tumpukan pada bidang sajak. bro join sayembara puisi GAPENA.hahaaha kalah peringkat saringan.:).

terbaru bro join kumpulan rantai.art. diorang buat pameran seni bernama HIMPUN. bro buat persembahan 2 buah sajak. MATA DAN HATI serta KETAWA DAN DIAM :) sorang sahabat bro kerusi sepi membacakan sebuah lagi karya bro KERUSI SEPI. memang kena la name pena dia dengan sajak bro.:)



cincinsuasa86


Kerusi Sepi

melihat hasil seni

InsyaALLAH ape2 pun.. bro akan imbangkan semua dalam kehidupan bro. kejar pelajaran, family, yang tersayang, hobi, kelab, satu lagi yang penting, kawan2... YANG PALING PENTING.. BEKAL NAK MENGADAP ALLAH... Ampunkan aku ya ALLAH Jika beg bekalan aku masih kosong dan aku leka walau masa semakin suntuk...

doakan bro..

Saturday, September 25, 2010

Sayembara Puisi GAPENA


Bersama pak Samad Said Di Moreh Puisi
ramadhan hari itu...


"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

segala puji dan puja hanya untuk ALLAH... ku mohon rahmat mu dalam perjalanan hidupku ini ya ALLAH..

Apa khabar sahabat2 sekalian...:)

semoga apa yang dilaku hari ini akan mendapat kebaikan dalam diri masing...:)

bila berlalu masa, adakah ia akan dikesali atau ia akan di ingati....


25 hb ini bro masuk lagi ke dalam perjalanan yang bro rasa bro suka... bro mengikuti sayembara puisi GAPENA terbuka seluruh Malaysia...

bro hanya masuk ke saringan sahaja...

tp pengalaman yang berharga bagi bro. :)

bro akan teruskan...:)









Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Thursday, June 17, 2010

ketawa dan diam....




Terdiam
Aku Terpaku
melihat diri tergelak dan tiba-tiba membisu
lalu aku tertanya...Kenapa?
adakah salah gelakmu
adakah dangkal ketawamu
ceritakan
supaya aku boleh berhenti gelak tawaku
rela membisu bersamamu

Sunyi Dan Terdiam
Aku Terus Menanti Bicaramu
Desah nafasmu seperti tidak teratur
aku semakin gundah
apakah yang akan kau luahkan

tiba-tiba jari mu bergerak
seperti mengira sesuatu...
mata ditutup
mulutmu berkumat kamit.

aku tidak dapat menahan rasa
apakah yang kau ingin katakan
jika itu adalah apa yang patut ku tahu
berilah aku mengetahuinya
apakah yang terbuku dihatimu

hanya kata2 ini yang keluar
"aku berhenti ketawa kerana tiba- tiba aku mengingati mati, tertanya aku adakah aku mampu ketawa semasa di alam sana. astaqfirullah,astaqfirullah, astaqfirullah..."
aku terkedu dan rela bersama membisu

cincinsuasa86
0902pm
17/06/10



Tuesday, May 25, 2010

Kerusi Sepi itu...


_Kerusi Sepi_



Pergi
Ditinggalkan ia disana
bukan bermakna kau dilupakan
tapi ini lah titik tolak
perjalanan ini

Sepi
Aku tahu itu yang akan dirasakan
itu yang akan dipendamkan
tapi kenangan tetap akan hadir
tatkala aku menapak ke hadapan

lupa?
doakan aku tidak akan lupa
mana aku sebelum ini
bergelumang di tempat ini
mencari satu dua ilmu
yang tercapai
dari jutaan yang ditaburkan dihadapanku

Doa...
doa aku semoga yang menapak tidak lupa
tidak lupa si sepi yang ditinggalkan
untuk meniti tangga kejayaan

cincinsuasa86
0515 pm
250510
1143

Bagi Bro...

teruslah menapak kehadapan. tahniah kepada pelajar2 MSU yang sudah berjaya pindah ke kampus baru. kalian terpilih...

4 tahun menanti... 4 tahun mendengar khabar angin... 4 tahun sudah berakhir....

satu sahaja... 4 tahun bro di MSU lame. harap bro, jangan lah akan lupa jasa dan cara kite di MSU lame. itu keunikan kita. berdikari dalam ketidakupayaan. sekarang penuh dengan keupayaan dan kemudahan, semoga berdikari itu masih ada.

sekian...






Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki

Sunday, May 16, 2010

kenangan sahaja yang tinggal.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


Assalamualaikum w.b.t

Puji Dan Puja Hanya Untuk Mu Ya ALLAH

Rindu... Itu adalah apa yang bro ingin katakan sekarang. semalam itu macam menjadi satu titik penamat kepada apa yang bro sukakan di MSU. semalam telah berlangsung AGM untuk Persatuan Mahasiswa Islam MSU. Bro melepaskan jawatan Exco Penerangan Dan Perhubungan Luar.

apa yang menyebabkan semalam adalah sesuatu yang bermakna?

semalam adalah boleh dikira titik noktah untuk bro. kenapa?

jom... kita mengimbas kembali...

bro bergelar pelajar Kutpm (msu) pada 10/06/10. bro masuk ke Kutpm ini selepas gagal dalam perjuangan di MATRIKULASI.


orientasi bro baru masuk KUTPM


KELAB TEATER CERITERA

" Teater Memanusiakan Manusia"


team yes bos no bos

disini pengembaraan bro bermula. selepas seminggu orientasi, bro telah berkenalan dengan senior2(en syam, dan bro khazam). bro terpanggil untuk memasuki satu uji bakat untuk KELAB TEATER CERITERA. bro masuk dengan 2 orang lagi sahabat, ROY dan AMY. bro sebenarnye nak masuk untuk uji bakat sebagai lighting man kerana bro biasa di MATRIKULASI bermain dengan kerja2 lightingman ini. Tapi bro di minta untuk masuk dalam uji bakat lakonan. bro mengambil bahagian dan bro terpilih. Bro buat satu watak anak yang derhaka. dan bro betul2 menangis di dalam uji bakat itu.
Bro menjadi pelakon! itu lah satu-satunya lakonan yang bro pernah lakukan selepas lakonan pada darjah 6. Bro memegang watak Dato' lukman gasenya. Bro memulakan langkah di Dalam Kelab TeateR Ceritera. Di kelab ini, antara sedikit pengalaman yang bro dapat ingat, bro pernah memegang jawatan unit persembahan. Bro juga pernah menjadi :
1)pelakon- yes bos no bos
2)lighting man- LAKSAMANA BENTAN, REUNION, GERIMIS,Sangkar Madu(festival teater selangor)
3)stage manager bersama - tiga setengah suku
4)penolong pengarah- tiga setengah suku
5)pengarah - MATA
6)PEnulis skrip - MATA

Kelab ini juga lah yang telah banyak memberi pengalaman dalam hidup bro.
persahabatan|politik organisasi||critical thinking|| communication skill|| kehidupan



FASILITATOR KUTPM-MSU
"Menang berpunca dari Tenang"


Geng Fasilitator MSU di UUM

bro tidak berhenti disitu. setelah itu bro dengan geng2 bro telah dapat masuk di dalam organisasi FASILITATOR KUTPM dan MSU. Di sini betul2 bro belajar erti profesionalisme, public speaking. dan yang penting bro belajar erti kehidupan juga disini.
bro paling ingat,
1)bro pertama kali mengendalikan sessi MUHASABAH DIRI. Kerana sessi itu, ada seorang junior berbulan2 bile terserempak dengan bro akan lari. mara? malu? bro pun x tau. sessi ini di paksa oleh bro ayed. die yang kate "bob, amik mic, pergi wat".

2) bro pernah mendapat title fasilitator paling dibenci hari isnin ke khamis hampir 90% mengundi bro... kerana bro membawa watak fasilitator yang garang. yang menariknya, bro juga pada minggu itu mendapat title fasilitator paling disukai hari jumaat, kerana bro berjaya menjayakan sessi Prank para junior. memori yang cukup indah bagi bro.

3) menjayakan SELANGKAH KE MENARA GADING di UUM. menjadi fasilitator jemputan bersama geng2 bro. mengendalikan sesi muhasabah diri. tq untuk bro ayed kerana memberi kepercayaan kepada bro.

4)Bro semasa itu akan menggunakan 3 ayat untuk memulakan bicara sebagai moderator modul
"apabila saya berada didepan saye mahukan 3 perkara:
1)duduk tegak
2) senyap
3)pandang saya
3 ayat ini akan diakhiri oleh satu lagi trademark bro
"saye nak mintak satu perkara, senyum untuk saya"
Pada masa itu, semua keletihan bro akan hilang bile bro melihat semua junior @ peserta tersenyum. hadiah berharga untuk bro.

5)terlibat dalam proses memperjuangkan hak2 fasilitator. ingin menubuhkan BADAN FASILITATOR MSU.tapi telah dibangkang oleh pentadbiran dan MPP tidak menyokong. sekarang salah seorang yang terlibat dalam proses itu telah menjadi fasilitator. tahniah kepada beliau.

6) terlibat dalam pernghasilan modul2 fasilitator MSU. berjage bersama bro ayed, zaini dan sis mira untuk membuat modul secara bertulis.

7)proses kejatuhan kami satu geng dalam organisasi fasilitator. prosesnya tragik bagi kami. selepas perselisihan berlaku. bro n geng telah dipulaukan dan lame2 tidak dipanggil untuk menjadi fasilitator.

semua itu hanya tinggal kenangan. tapi bro tidak akan lupakan siapa yang menaikkan bro, dan siapa juga yang menjatuh kan bro...

KELAB FARMASI

Akademik? teruk je bagi bro. bro bukan seorang genius yang dapat result yang baik. jika dikatakan apa itu organisasi KELAB FARMASI? bro akan jawab, bro cube sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam organisasi ini. bro pernah terpilih sebagai exco sebentar sahaja. exco teknikal rasanya. apa yang bro ingat mengenai kelab ini

1) FAMILY DAY.
-walau sedikit, tapi kamiberjaya juga mengumpulkan sahabat2 untuk menjayakan program ini
2)Pharmacy cup
- pada saat ini, sebenarnya bro tidak terlibat secara direct, bro telah diminta oleh en Fadzli untuk membantu. tapi orang atasan tidak mengetahuinya. bro tidak dipanggil. bro telah masuk dlaam organisasi pharmacy cup ini melalui seorang sahabat. bro sekadar menolong apa yang mampu. alhamdulillalh semua berjalan lancar.

Kelab Kreatif
"puisi adalah kehidupan"

Kelab ini adalah satu kelab yang berpotensi bagi bro. tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. didalam kelab ini

1) bro telah berkenalan dengan seorang GURU dan sumber INSPIRASI bro dalam dunia puisi. EN SOLIHIN OSMAN. seorang kecturer yang sudi mengajar bro mengenai puisi.

2) RUMAH PENA- Satu pentas yang pernah bro rasa untuk mendeklamasikan sajak. disini juga bro pernah membacakan sebuah sajak ciptaan sendiri (dicipta selama hanya 5 minit selepas MC di majlis itu meminta bro membacakan sebuah sajak). bro berjaya membacakannya.

3)bro terlibat secara langsung dalam penghasilan PUISIDRA(Puisi+drama) atau DEKON(deklamasi sajak+lakonan) untuk kelab ini. pernah mementaskannya di sacc mall dan rumah PENA.

5) Menjuarai pertandingan deklamasi sajak MSU. alhamdulillah.

6) kerana peluang yang diberikan juga, berjaya menjuarai pertandingan membaca puisi anjuran PMIMSU. Alhamdulillah. kali pertama itu lah bro berjaya untuk menggapai cita2 bro untuk membacakan sajak dihadapan pelajar2 MSU.

7)Bro telah menyertai kelas asas lakonan. banyak mempengaruhi perwatakan bro dalam mengawal kemarahan dan emosi.

8)Membaca puisi di UPSI. malam bersejarah.


Dalam perjalanan bro ini bukan lah hanya ini ceritanya. tp bro berminat pada malam ini untuk membicarakan soal organisasi. yang terakhir ialah organisasi yang paling berat untuk bro hadapi.
iaitu:

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU
"Berilmu, Beriman, Beramal"



Organisasi yang banyak mengubah corak pemikiran bro. menjadikan bro suka dan jatuh cinta pada organisasi berorientasikan Islamik. apa yang bro ingat? mungkin banyak. tapi ini yang tertulis.

1)Sebenarnya, ini lah persatuan pertama yang bro mendaftar sebagai ahli. persatuan pertama yang bro isi borang keahlian. ingat lagi akak2 bertudung labuh memberikan borang keahlian. yang menariknye, inilah organisasi terakhir bro untuk sessi diploma ini.

2) bro telah diajak berbincang oleh salah seorang sahabat bro, ahyana muslihah untuk menerima jawatan didalam organisasi persatuan mahasiswa islam MSU sessi 08/09. setelah tahu bro terpilih, bro hanya pikir, "YA ALLAH, ENGKAU tahu aku lemah, tp ini jalan yang ENGKAU berikan. Bantu aku"

3)kenapa terima? bro belaja sepak terajang politik MSU 3 thun. apakah salah untuk bro membantu dalam perjuangan sahabat2 yang bertungkus lumus menegakkan jalan dakwah di MSU. bro terima.

4)bro pernah jatuh dalam jalan ini. bro pernah mengalami saat yang cukup2 menggugat akidah bro semasa bro memegang jawatan ini. alhamdulillah ALLAH bantu.

5)Minggu Penghayatan Islam. satu koloborasi bro n saudara Saiful. bro telah menjadi Timbalan pengarah untuk program seminggu ini. FUH!!! semua ilmu organisasi terkeluar mengendalikan
BEBAN ini.Alhamdulillah saiful n sahabat2 sekalian kuat.

6)yang menariknye, didalam persatuan ini, bro tidak pernah menjayakan sesuatu program sebagai PENGARAH PROGRAM. mungkin tiada yang perasan, tp itu lah yang jadi. tidak ada satu pun yang bro jadi pengarah program.

"SATU FAKTA, BRO HANYA PERNAH MENJADI PENGARAH TEATER, TAPI TIDAK PERNAH MENJADI PENGARAH PROGRAM"

adalah satu @ dua program yang letak nama, tp program itu tidak berjalan.

7) Bahagia bila terlibat dalam usrah kepimpinan. tq untuk saudara RAFIUDIN yang tekad untuk membawa bro masuk dalam dunia usrah. dalam banyak2 usrah, yang memberi kesan kat bro di bawah kendalian saudara RAFIUDIN, usrah kepimpinan.

8)berhadapan dengan diskriminasi pentadbiran mengenai program. pernah diugut untuk tidak meneruskan program mengikur acuan kami,. menarik dan bermakna pengajaran ini bagi bro.

9)rehearsel program sampai kol 1 pagi. wow. bro mase tu pikir semoga semua nya selamat sampai ke rumah.

10) menjadi pengerusi tetap bidan terjun. tapi alhamdulillah bro nye penyakit gemuruh tidak datang semasa program itu.
tq kepada dunia teater, kelas asas lakonan,dunia fasilitator, en solihin dan kreatif club kerana berjaya menghilangkan penyakit bro itu.

11) tugas terakhir bro didalam PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU ialah PENGERUSI TETAP! berjaya mengendalikan satu menyuarat penting. ALHAMDULILLAH.


"PENGALAMANKU ADALAH JALAN HIDUPKU
MUNGKIN TIDAK BERMAKNA BAGI YANG LAIN
TAPI IA KENANGAN TERINDAH BAGIKU "

Bro bukan manusia sempurna. bro sudi belajar dari kalian. ajari lah bro walau satu ayat, kalian akan ku kenang sebagai GURU dalam hidupku.

"PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK DALAM HIDUPKU"

SEKIAN...

AKHIR KALAM

" SENYUM SELALU"

Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki

Tuesday, May 11, 2010

cerita aku....

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamduilillah... masih dipanjangkan lagi umur ini. minggu2 yang berat untuk dilalui. penuh cerita walau hanya diri sendiri yang tahu. apa pun.. bro akan hadapinya jua... insyaALLAH...

apa cerita bro lama mendiamkan diri?

sekadar menjalani rutin harian. bro terlibat menjayakan aktiviti berkayak PMIMSU ahad ari tu. alhamdulillah... penuh dengan ragam, cerita dan bahagia. sabtu malamnye bro gak terlibat dengan perhimpunan perdana bebaskan GAza. ALHAMDULILLAH bro terpilih dari berjuta rakyat malaySIa untuk kesana.

apa yang membelenggu diri bro sekarang?

masalah apa2 pun akan ada. pagi2 lagi da kene marah dari mak tersayang. x mengapa memang salah bro. hanya bro je tau kenapa benda ni leh jadi. ujian bro makin berat. tapi kena hadapi. tu yang penting...

study?
praktikal. hari ini bro tidak dapat hadir. ada masalah. banyak kene ganti nanti. tp bro akan wat juga. jangan risau ye...

pas praktikal?

disini akan ada persoalan yang akan timbul. konflik gak dalam diri bro, adakah bro akan teruskan dengan dunia sains ini. @ bro akan menukar aliran. keputusan ni berat. bro nak dapatkan terbaik. macam nak menjerit pun ada. ya ALLAH bantu aku....

sajak?

sekadar ini untuk hari ini.

pejam mata
kau nampak gelap seperti dalam gua
tutup telinga,
berdengung macam bunyi pantai adanya.
tutup mata dan telinga
bagai kau di dunia lain perginya.

mata, telinga, ditutup
kau akan dapat rasa kau dimana
tapi jika hati kau tutup
kau sesat selamanya

cincinsuasa86








Mencari Ketenangan Hakiki
Mencari Ketenangan Hakiki

Saturday, March 27, 2010

Samakah apa yang dirasai dan yang dicatat???...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum...

waalaikumussalam...:)

apa khabar, ape cerita sekarang bro?

Alhamdulillah...sekarang hidup ku kembali tenang... walau semenjak 2 menjak ni macam perkara berlaku.. yang terbaru, semalam side mirror patah terkulai, semalam juga belting putus... wawawa... kereta ni memang mencabar kesabaran bro. sebentar lagi bro g bengkel. betulkan. selepas seminggu betulkan, da putus balik, pakai tali rapia apa benda ni. biase setahun, ni seminggu!!!!!
tp... hatiku tenang...:)

macam mane ngan praktikal?

belajar alam pekerjaan. penuh dengan pengalaman, penuh dengan politik, kegembiraan, konflik. bro gak belajar apa tu situasi orang yang mengampu bos untuk kesenangan. wa... seronok... tp tu semua yang banyak negatif, xleh masuk dalam report. yang leh masuk dalam report nanti, PRAKTIKAL INI MENGAJAR SAYA CARA2 UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN PHARMACEUTIKAL YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN ( PESAKIT). SAYA JUGA TELAH DIBERIKAN PENDEDAHAN YANG TERBAIK DAN CUKUP LUAS DALAM CARA2 PENGENDALIAN UBAT - UBATAN DI FARMASI. PENDEDAHAN KEPADA TEKNIK PENGHASILAN UBAT2 STERIL DAN PENGENDALIAN UBAT2 SITOTOKSIK JUGA MENJADI SATU PERKARA YANG MENARIK BAGI SAYA. SEMOGA SEMUA PENGALAMAN DAN PELAJARAN SECARA PRAKTIKAL INI DAPAT DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK YANG EFISIEN DI ALAM PEKERJAAN SAYA NANTI.
hehehe... ni yang akan masuk report nanti.

So... persoalannye, adakah perkara2 tercatat akan sama dengan apa yang dialami. jawapannye tidak... kehidupan tidak dapat ditulis satu persatu oleh manusia. ia akan ditambah dan ia akan dikurangkan didlaam catatan. memori yang short term akan hilang, ia tidak akan sempat ditulis, perkata longterm memori juga tidak semua dapat di tulis...:)



Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Thursday, March 25, 2010

Cerita Aku...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


Kepastian...

aoa yang kau cuba luahkan?
bru petang semalam aku gembira. malam nya aku berduka. ya...sekarang ini aku pasti... dia bukan untuk ku... biarkan... semoga dia bahagia...

apa yang kau inginkan?
ketenangan... jika apa yang aku jalani tidak mendapatkan ketenangan, aku akan menukar arah

kenapa?
kerana reasah itu petanda, jalan itu tiada kepastian. aku inginkan kepastian.

kamu kecewa?
Aku redha. ini cerita aku. selepas ini cerita aku... dan tiadalah cerita dia.

selepas ini?
aku akan tetap menjadi aku, tiada selindung. aku hanya ingin mencari seseorang yang pasti. dan aku akan diamkan dan pegunkan semua itu.

maksudmu?
hanya aku yang faham apa yang ada dilubuk hati. yang penting, AKU AKAN TERUSKAN HIDUPKU.

betul?
insyaALLAH... doakan semuanya ya sahabat...


resah
yang kurasa, kini kubiarkan ia mendesah jauh disana
aku kembali mengejar tenang yang ku inginkan
kerana aku dambakan itu selama ini.
yang pasti dan yang hakiki.
lupakan sengketa
aku berjalan seluruh alam semesta
mencari ketenangan
walau ia hanya kudapat ketika aku dambakan syurga.

"Mencari Ketenangan Hakiki"


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Monday, March 15, 2010

bila jiwa berbisik...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

jika jiwa berbisik
aku akan mula berpuisi

jika jiwa berkata-kata
terbitlah karya

tapi...

jika jiwa itu mati
tiadalah lagi hasil seni

Hidup punya cerita itu bermakna bagiku.. bukan untuk kesenangan tp untuk perkonsian.. ya... ape2 pun perlukan pengalaman.

hidup bro sekarang bukan la dalam kondisi yang boleh diiukuti atau dicontohi. tp hidup bro sekrang banyak mengumpul cerita.

ya...
bro sekarang berada di praktikal. bukan perkara yang senang bila kita selama 3 tahun tidak komited pada bidang yang kita ambil. bidang farmasi ini bagai satu bidang yang bru dalam hidup bro.
knp?
tiga tahun berada di msu, bro tidak langsung aktif dengan aktiviti dari kelab farmasi. geng2 bro bukan dari kalangan dak2 farmasi. bro menghabiskan masa dengan teater, persembahan, karya, fasilitator dan persatuan agama. FARMASI? asing bg bro.jika dilihat di tempat bro belajar, buku2 yang banyak hanyalah buku2 agama, motivasi... tiada kaitan. bro rujuk kembali didalam komputer bro, berapa banyak e-book FARMASI dalam komputer bro. jawapannya KOSONG!!!
maka...
praktikal ni bro belajar banyak benda, berada dalam situasi semua orang2 farmasi, 8-5 petang mengadap ubat... separuh dunia bro selama ini dalam sehari hilang... digantikan dengan komitmen sebagai trainee. ubat...ubat...ubat...

baru satu cerita....
masalah?
biase la ni...
masalah duit, masalah menguruskan sesuatu... jika ditanya banyak atau tidak? jawapannya...BAGI AKU BANYAK, PENING, DAN TENSEN, TP BAGI KAMU MUNGKIN PERKARA INI SIMPLE DAN SENANG DISELESAIKAN...aku hanya insan yang tidak sempurna...

bagaimana dengan penghasilan karya???

erm... teruk... idea hanya beku bila kite berada dalam bilik aircond sentiasa... ya, memang... minda kita akan beku jika kita tidak keluar dari kebiasaan. isnin hingga jumaat, ubat 100x,.... masa berjalan2 melihat orang la bru kite akan mendapat idea pasal kehidupan....

ade ke karya??\
hahaaha... ade.. dikertas2 label, buku2nota yang dibawa di farmasi...

akan teruskan berkarya>???
ya.. pasti... biar karya itu hanya tahapnya di kaki para penyair, tp jika ia dari jiwa,.. aku tetap bahagia...

cmne sekrang>??
hidup kene terus... jalan kene kehadapan, bukan kebelakang... jika ada jalan nak langsaikan semua hutang aku, aku da rasa cukup bahagia... ya ALLAH...tol la hutang leh wat manusia jahanam...


ape2 pun... kene hadapi semua ini...:)

luahan rasa pemilik blog free ini...
cincinsuasa86

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Saturday, February 27, 2010

aku sekarang mengejar2 masa

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

sudah lama tidak berkongsi sesuatu disini. mungkin kerana cerita hidup hanya pengulangan cerita2 yang sama.

kembali sajak2 bro hanya di hujung2 kertas yang sempat dipegang semasa tiada kerja di hospital.

erm... tinggal 3 bulan lagi untuk bro praktikal. apakah langkah seterusnya selepas ini... masih lagi dalam pertimbangan dan hitungan minda...

apa keputusannya? tunggu la...

5 mac 2010
persembahan di PENA...

semoga smeua berjalan lancar.

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Monday, February 1, 2010

megesek biola rasa

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

cinta itu indah
jika ia berbunga
cinta itu resah
jika ia berdosa

mana cinta? mana hanya rasa?
keliru dalam tafakur
biar ku sendiri mengolah rasa dihati
mengungkap resah dijiwa

aku hanya sendiri mngalun melodi
mengesek biola rasa
meniup seruling cinta
mengetuk rebana jiwa
untuk aku mendekatkan diri
pada yang MAHA CINTA

muhasabah cinta
ia adalah jawapannya
untuk aku mencari
cintaMU ya ilahi...

010210 | 0853am | cincinsuasa_86 | 1143


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Kenangan Semalam -REHLAH MAHABBAH 2010

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

"SYEIKH!!! ENTA ADA APA? UKHWAH! UKHWAH! UKHWAH!
CERGAS!!!"

SITI AISYAH! MASHI, KICHI, BESAR PUNYE!!!

Alhamdulillah, bro diberikan kesempatan untuk bersama2 dengan sahabat2 pmi bro untuk mengendalikan program REHLAH MAHABBAH 2010 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam MSU/

ukhwah dalam perjuangan sangat2 la penting. alhamdulillah dalam perjalanan bro bersama pmi, ukhwah ini selalu dicari. bro tidak dapat membaca penerimaan orang terhadap bro, tp bro rasa selesa bersama mereka.

dalam kem ini juga, hari jadi dua orang sahabat bro@adik2 bro... sis husna n sis marni... malam2 kol 12 kene psiko... "apa salah kamu?" last2... salah nye sebab x bgtau besdaynye...:)
hepi besday sis...

ape lagi nak diceritakan ye... nantilah... ape2 bro akan berceloteh balik... :) n masukkan gambar dalam blog ini k...:)
Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Saturday, January 23, 2010

cerita praktikal | sajak | persahabatan |

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? lama bro tidak berkongsi disini.. ape pun yang kalian buat dan dimana pun kalian berada ingatlah bahawa siapa kita... hamba ALLAH...

Bro melalui satu persimpangan lagi di dalam hidup bro apabila bro praktikal. ya... latihan untuk bro bekerja.. latihan yang menguji siapa kita dan tol ke kita ini sudah bersedia untuk berada dalam alam pekerjaan...

macam2 yang berlaku.kesilapan kena diminimumkan....


Kali Pertama Membacakan Puisi Sendiri Didepan Pakar2 Puisi


bro masih lagi join PENA. bro juga ari tu baca sajak yang bro buat sendiri untuk pentas pena.

Zaini n Bro...

cleaner???

Jom Bakar!!!

ahad minggu lepas bro pergi gathering kat sungai bil. revisited sungai bil. cukup2 menenangkan bro...:)

-helmi, kak idah,ayu, bro, kak ila-


Posing dikala busy


semasa bro di hkl, bro selesa kerana bro ade kawan2 yang best2... pegawai yang ok. rapat macam keluarga...:) kak ila, kak ida, kak mimi,bro azrul, ayu, mel, mega...:)

untuk semua...

jiwa berkata sayang
bukan diadakan
tapi ia adalah kenyataan

percaya atau tidak
itu bergantung pada mu... hanya..
ape2 pun, aku gembira sekarang...:)

senyum selalu...:)
muhammad rukhaini@bro knie@bob@cincin_suasa86


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Friday, January 1, 2010

cerita semalaam dan impian 2010...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

Alhmadulillah... Tahun 2010 datang sudah.... doakan tahun ini, awal muharam ini, 2010 in iakan menjadi tahun yang bahagia untuk bro. tahun yang akan meningkatkan kualiti hidup bro dalam apa yang bro ingin buatkan.

tahun 2009...

tahun yang memenatkan...

bro berjawatan kali pertama di dalam satu persatuan berorientasikan ugama. Persatuan mahasiswa islam MSU.. dengan jawatan exco penerangan. Dalam tahun 2009... Bro banyak mencurahkan idea dan tenaga untuk persatuan Pmi,. ini berbeza dengan tahun2 yang lain, bro banyak menumpukan kekuatan bro kepada aktiviti2 teater.

Bro menjadi orang penting dalam menjalan berbelas2 program PMI. Timbalan pengarah Minggu penghayatan islam Msu.

Bro dalam persatuan berorientasikan kursus yang bro belajar memang x banyak. bro tahun ini hanya menjadi penyokong, pemikir dari belakang je untuk program "futsal pharmacy cup". bro menjadi exco keselamatan dan kelancaran majlis. Ramai yang tidak sedar bro mengambil jurusan farmasi. ramai yang ingat bro mengambil jurusan grafik, pengurusan. kerana apa???
mugnkin kerana gaya bro yang santai, banyak berpuisi, dan suka pada event management.

jika dalam family pulak.. bro sekarang da ada 2 anak buah... bulan 2 ari tu farhana anak kak ika pun lahir....:)

kak nong... akak yang cukup saya sayang berkawin...:) semoga dia bahagia...:)

KERETA BRO ILANG... KENE CURI...ADUS... KERETA FORD KUNING YANG MENJADI LAMBANG BRO KAT MSU,... TENGOK KETE TU ORANG DA TAU DA NI KETE BRO...

banyak dugaan pada 2009 ini. bro terjebak dalam masalah besar... maha besar... mungkiga ada yang mengataknanya malapetaka. ye... dugaan ini...fit nah ini, kesilapan ini. Alhamdulillah... bro dalam memperbetulkan semua nya... ramai jua yang masih menyebarkan fitnah, tapi bro tahu, "mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, tampar pun tetap berkata2"


biarkan itu semua. yang bro tahu, sekarang bro seorang diri, bro x buat ape2 salah,... biar yang lama berlalu pergi...

bro tidak pandai nak bercerita panjang apa yang berlaku di 2009. tapi yang mengharukan bro... thun ini adlah tahun yang bermakna buat bro. kerana tahun ini bro berjaya juga memasuki alam praktikal. setelah dikutuk dan diperlekeh. bro dalam gak kuar dari dunia belajar yang tak sudah... ramai yang kata biasa la ni, orang lain pun dapat gak praktikal. TAPI bg bro yang selalu gagal. |matrik gagal dua kali| subjek melambak2 gagal|... bro dapat satu kepuasan bila bro dapat g praktikal... Seorang teman mengatakan "biarkan je mereka, janji knie bahagia" :)
bro sekang praktikal di Hospital Kuala Lumpur. unit urologi/nefrologi.

dalam dunia puisi pula,,, bro banyak join progam anjuran PENA, bro juara deklamasi sajak di msu dan kelab bro pernah dijemput membaca puisi di PENA, anggerik mall, muzium shah alam, rumah pena, kapar UPSI.

paling menarik, satu anjakan paradigma, bro sekarang sudah mempunyai syarikat. Syarikat bersama dengan seorang sahabat, Saiful arif(epul). Diberi nama ONE TOUCH CREW ENTERPRISE. Kami menumpukan untuk permulaan, pengeluaran baju muslimah yang murah dan berkualiti. banyak juga dugaan yang datang... langkah pertama sudah berjalan. semoga kami berdua kuat dlam langkah ini, bro banyak sangat lagi kena belajar. gase macam dungu gak dalam bisnes ni. doakan bro...:)

jika bila disebut thun baru. orang akan berbicara soal azam...
apa yang bro impikan dalam tahun ini...

- jika ni tahun bro meninggal, bro nak mati dalam iman. dalam redha Allah. tu impian pertama
-bro nak kembangkan bisnes bro. dan kurangkan ketidaktahuan bro dlam dunia marketing ini.
-bro nak hepikan mak dan abah.
-bro nak grade. ni utama gak ni... ada 5 bulan je lagi... dari jun 2010(10/06/2006) bro masuk msu...
-BRO NAK KURUS... bro nak turun berat badan... nak makan jus mate 5 tapi duit x cukup...hahaha. kawan jual tp mahal la... kumpul duit dulu... tengok ubat banyak2 kat pharmacy bro, bro memang takut... arap2 besday orang hadiahkan benda ni... hahaha,...
-doakan fitnah keatas bro akan berkurangan... mulut2 yang menyebar fitnah ni dibisukan...
- besday bro orang2 yang bro sayang wish...(ni pun impian ke) hehehe.... ingt semua... 03012010...

perjalanan itu jauh...
tapi mesti mulakan dengan langkah pertama
syurga itu manis
kena mulakan dengan mujahadah yang pahit...








Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki