Monday, December 12, 2011

Engkau dan Semua

Segala puji dan puja hanya untuk Mu Allah

salam untuk semua. Jika indahnya malam kerana bulan dan bintang, indahnya blog ini kerana ada yg sudi membacanya. Alhamdulillah.

Puisi... Lame da x tulis ape2 mengenai puisi. Sekadar berkongsi.

Engkau.

Jgn kau hirau gemersik hati
jika kau tidak mengenal jiwa

jgn kau rindu pada si mati,
jika hidupnya kau seksa,

jgn kau bicara melangit,
jika tinnya kosong tidak berisi

jgn kau percayakan ia
jika kau hanya mendengar tanpa kaji

jangan kau laungkan sygkan negara
jika hanya duduk tidak buat apa-apa.

Jangan kau laungkan cinta
jika hatimu bukan untuknya

jangan kau abaikan sidia
jika kau tahu dia untuk mu selamanya...

Jangan... Jika...

227am
121211

Tuesday, November 22, 2011

bro kembali...cincinsuasa berkarya lagi?:)

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah.. ade gak kekuatan untuk bro menaip di sini kembali.. ruang luas bro untuk meluahkan, berkongsi, bercerita, berkarya disini...

lama da bro tak jenguk blog ni.kalu rumah dah berabuk da kan. semalam baru lepas tengok bola kat Gravy baby!, best, Tahniah Malaysia...:) sporting rakyat malaysia yang menyokong, berdiri time lagu negaraku berkumandang. terbaik!:)

d


banyak perkara yang berlaku dalam hidup bro, takpe, sekrang kite cerita sekarang dan jom pasni kite same2 berkongsi life masing2...:)

PUISI?
bro kemungkinan akan stop involve dalam dunia puisi ni diluar untuk sementara, just kite berpuisi kat sini lak ye..:)ok? kalu kalian sudi baca, alhamdulillah...kite wat audio puisi lak pasni...:)

dalam life ni macam- macam impian kita kan, tp tak semua akan kite dapat gapai sekarang. insyaALLAH life ni akan sentiasa berpihak pada kite kalu kite tidak lupe pada PENCIPTA, bg bro, bro diuji jika makin lupe padaNya. insyaALLAH jom saling ingat mengingati ye..:)

ape2pun, salam ukhwahfillah dari bro..:)

Wednesday, August 31, 2011

coretan raye...:)

Alhamdulillah

dapat jugee bro beraye tahun ini... Lame x edit blog ni...:) ape la kabo semua kan... Rindu gak nak coretkan sesuatu kat sini... InsyaALLAH pas ni bro akan cube sentiase mencatat diari bro kat sini... Bnnyk sjak2 bro tulis kat hp je... X muat naik kat sini.... Jumpe lg ye...:)

Tuesday, May 10, 2011

Sukarelawan, Puisi,Editing...:)


Alhamdulillah.

perjalanan hidup ini boleh diteruskan lagi. rutin yang menarik dan semakin mencabar. hati pun semakin dewasa nak menghadapi cabaran dan dugaan.

antara aktiviti yang bro da join kebelakangan ini ialah.

1) program menara ilmu sebagai volunteer di PAGOH johor 5 MEI 2011 bersama Yayasan Nurul Yaqeen.

Dua buah sekolah yang bro pergi, sekolah rendah bukit pasir dengan sekolah rendah paya redan. kedua2 ini dikendalikan oleh haji hushim salleh, Kounselor berdaftar(Cr). Pengisian yang menarik. ini diharap memberi impak kepada anak bangsa pelapis. hampir semua pelajar ini berbangsa melayu dan Islam. program ini juga menjemput ibu bapa dan interaksi antara penceramah, anak2 dan ibu bapa cukup baik.:)
impak yang besar untuk peserta insyaALLAH.









2) Malam Baca Puisi GAZA 11 di RUMAH PENA 6/MEI 2011

Majlis baca puisi ini menumpukan pada kezaliman israel di gaza. ramai yang membaca sajak, termasuklah Pak samad, dan bro sendiri.;) bro membacakan sebuah sajak trio bersama En solihin dan kawan bro nor ain.alhamdulillah, semua berjalan lancar. pak samad tetap dengan gaya bersahaja membacakan sajak.:)




3) bro singgah sebentar di Frinjan 7 mei 2011

pengumpulan remaja2 yang indie..:) bebas gaya mereka dan ceria2 sahaja mereka.siap ade penulis tukar tiub, hishamuddin rais lagi. dengan gaya bebas, kuak lentang nye die menghentam kerajaan dengan jayanye...:) ape2 pun ni tempat pengumpulan remaja... dengan care sedikit berbeza dengan AKAR dan Rantai.art.




apa aktiviti bro selepas ini.

alhamdulillah... bro akan join beberapa aktiviti selepas ini.

1)AKAR berLIMA

akar ni bro join dari januari. bro perform dengan slot lontaran kata. bulan mac juga bro join da bacakan 2 buah sajak. tapi akar berLIMA ini bro hanya hadir sebagai penonton dan anak AKAR sahaja. ape2 pun kene support,...:) konsep AKAR ini bro memang suka kerana die lebih terkawal dan lebih sifat kemelayuan....:) pakai baju melayu@bawak kain pelikat...:) perempuan baju kurung n @selempang kain batik..kan sweet...:)



2) AKAR VS KUKUBESI

program ni adalah koloborasi kukubesi manipualasi ngan team akar. :) ade bengkel kukubesi, ade pameran photografi, ade persembahan.:) alhamdulillah bro diberikan slot untuk buat persembahan di sini dan untuk kali pertamanya bro akan join bengkel editing oleh KUKUBESI MANIPULASI...alhamdulillah...:) untuk sape2 yang g, jumpe bro disana...:)




Aktiviti ini adalah hobi bro...:) ape2 pun, tumpuan belajar akan terus dipertingkatkan...:)









Friday, April 22, 2011

1.2.3 Lari...:)


Larian


alhamdulillah...:)

minggu sudah sampai ke penghujungnye, esok hari bro akan jadi volunteer untuk larian sime darby di bukit jelutong. sekarang ini bro teringin nak join sebanyak mungkin event.:)

lihat, belajar dan jadikan sesuatu yang baru.. KAIZEN.:)

hujung minggu ini akan diisi sabtu sahaja.:) minggu depan bro akan menduduki exam midsem. CUSTOMER SERVISE,insyaALLAH A.:) doakan bro ye.. kalu dapat A, ni adelah A pertama bro di MSU/KUTPM.:)

bro minggu ni berkenalan dengan senior, banyak gak la yang dapat. dari care handle event, senior2 event di msu ade syarikat event sendiri. bagus2...:) semoga banyak lagi akan dapat belajar.:)

belajar dan terus belajar!:)

"mencari ketenangan hakiki"






Wednesday, April 20, 2011

kemahuan...






Alhamdulillah.. segala puji dan puja hanya untuk ALLAH s.w.t... semakin hari semakin banyak rasanya keinginan dan kemahuan diri. alhamdulillah.

lama rasanya bro tidak mengisi blog ini dengan sajak2 @lontaran kata. mungkin inilah namenye kemalasan dalam konsisten.

sekarang ni bro ngah bina blog untuk sebuah madrasah. semoga berjaya.:) ape2 pun.. bro sekarang ngah cari tapak untuk menyibukkan diri dengan aktiviti2 event n motivasi.. seronok..:)

belajar dan terus belajar...:)

Sunday, April 17, 2011

G Training...:)

teknik al-Mubin


alhamdulillah...:)

bro tadi baru balik dari training 2 hari 'teknik memahami alquran dengan teknik al mubin"... 2 hari yang penuh dengan bahan2 baru dan dunia baru...

alhamdulillah.. training ni dapat sekali dengan alquran al Masar. alquran yang siap dengan index dan pengulangan2 kata2 dasar didalam alquran...:)

ape2 pun... best... susah nak kejar, tp bro seronok...:)

iftah! bukalah!:)

bukalah pintu hati mu... mintak la hidayah dari ALLAH...jangan pernah putus asa...

kejayaan mungkin ade selangkah didepan putus asa"

so... jangan putus asa...berani merangkak, jangan mintak mahu terbang... tp biar merangkak jangan hanya duduk ditahap ketidaktahuan...:)

ape2 pun... teknik ni bagus...:)

Sunday, February 27, 2011

bro kembali...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

lama sudah bro x menulis disini. kenapa? entahlah.. disiplin pada benda ni yang da hilang kot.

hidup penuh dengan cerita. tp ia sentiasa mematangkan diri... susunan ayat seperti dulu tidak dapat dijiwai lagi. kenapa? entah la... mungkin sudah hilang taringnya walau taring itu pun baru gigi susu.

apa2 pun... aku rindu nak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini... semoga aku kuat untuk kembali....








Friday, January 7, 2011

perihal lakonan mereka...

Panas
kembali ia berkuasa dijiwa
penuh dengan semangat
penuh dengan jiwa memberontak
semua diselak dan dibelah sana sini

setiap gerak geri di perhatikan
runcing yang tumpul di katakan tajam
tajam diasah supaya boleh melukakan
pena dan lidah
jasad dan jiwa

pekung 5 tahun dibuka
buku sejarah di tabur dan ditaddabur
bertalaqi beramai2 untuk kemahiran bertutur
mana yang tidak memihak dikoyakkan
menyanggah di campak di unggun api itu
bahaya katanya

buku geografi dipunggah
sempadan dicari kembali
meneliti google map jua akhirnya
mana ceruk kampung yang perlu di lalui
perlu di redah dan dibasuh mindanya

lengan baju disingsing
pen mula laju menghilangkan dakwatnya
menandatangani mana dokumen yang berkaitan
permohonan jalan untuk diturap di lulus serta merta!
permohonan perigi ditukar paip lulus serta merta!
permohonan lampu jalan 3 tahun lepas lulus serta merta!
permintaan pelita ditukar lampu kalimantang lulus tanpa temuduga!
rayuan rumah pprt menimbun di meja licin ditandatangani! lulus!

seluar masuk sawah dicarinya
dipanggil semua ceruk manusia
lihat aku turun bersama rakyat
walau diluar aku berkasut kulit
digambar sanggup berpeluh dengan orang bawahan
akulah juara rakyat!!!

tersenyum rakyat marhaen...
terdetik dihati
"jalan tetiba diturap, 30 minit berita perdana cerita keburukan lawan, kepincangan pihak lawan dicanang-canangkan, pemenang 5 tahun lepas kembali ke kampung dan mengesat peluh petani,tidak lain tidak bukan,
masa menyumbat kertas ke peti-peti kosong semakin dekat"

hanya...
jangan tertipu dengan semua lakonan itu...

cincinsuasa86
0124am
070111