Wednesday, August 26, 2009

Jiwa Bercerita...



...zikrul maut...
3:85

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

puji dan puja hanya untukNYA...
dalam perjalanan panjang ini,
ada masanya aku terdiam dan terpaku
apa makna ini semua
pertanyaan berulang-ulang
adakah jiwa ini meronta
merintih mencariNYA...
aku rindu padaMU...
berjalan aku mencari MU ini bukan untuk sia- sia semata
tapI untuk menjawab soalan jiwa
siapa aku
untuk apa aku melakukan ini semua

jiwa membisikkan kata-kata
tapi masih tidak terjawab oleh jasad ini
mampu tudaka aku mendapatkan kedudukan kekasihNYA

jiwa meronta
ada nasa hilang ketenangan dalamnya
kerana pasang surut keyakinan padanya
dan pencarian ini mendambakan pengorbanan

aku rindu padaMU...
aku inginkanMU
aku kotor
tapi jiwaku mencariMU...


cincin_suasa86
0609am
2600909
1143


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Tuesday, August 25, 2009

KMR dibatalkan...???

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"



Assalamualaikum w.b.t

Hari ini sejarah lagi. Apabila kemungkinan untuk KMR(Kem Mujahadah Ramadhan) untuk dibatalkan kerana ketidaksudian pihak JAIS untuk memberi tajaan untuk program ini. Ini kerana kelulusan yang lambat dari pihak MSU. Tapi akan cuba sedaya upaya untuk usaha dakwah kerdil di bumi MSU ini...

Usaha dan tawakal...

ya ALLAH... bantu diri ini...



Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Program bro ditolak mentah2 oleh pegawai


...Bantu Kami Ya ALLAH...


Assalamualaikum w.b.t

Penuh cerita dan makna. Tapi bukan semua yang melihat mampu mempelajarinya.

Semalam menjadi sejarah bagi bro n rakan2, apabila proposal program ditolak mentah2 oleh pegawai. Penolakan itu berlaku atas alasan universiti telah menjalankan program yang hampir serupa, tetapi dibawah kendalian department yang menolak program kami. Sakit hati pada mulanya.

Kesian bro tengok sahabat yang baru menjadi pengarah program dan bersemangat untuk bekerja ini, diperkotak katikkan oleh pegawai. Hilang sebentar semangat dia hingga perlu dinaikkan oleh bro n sahabat2 yang lain.

Selepas beberapa sesi perjumpaan dari pagi dan petang, bro, presiden dan timbalan presiden pulak mengambil tempat. Berjumppa terus ke pengarah department. Ya ALLAH bantu kami... Itu je ayat yang keluar dari mulut bro.

Perjumpaan berjalan lanacar dengan kami tampilkan 2 proposal untuk 2 program. Satu tiada apa masalah dan ada kata sepakat.

Kami kembali membuka untuk proposal yang ditolak oleh orang bawahan pegrah ini pagi dan petang td, bro bermula dengan hujah2 kenapa perlu dilakukan, disokong oleh 2 pemimpin kami ini. Pada mulanya, bro tidak perasan apa yang pengarah ini faham. Tapi lama2 selepas berhujah, kami baru nampak beberapa perkara:

1) pegawai yang menolak itu juga memilih tariikh yang sama untuk program dia. Dia juga inginkan peserta yang ramai,dan itu boleh diambil dari peserta2 kami.
2) pegawai yang menolak itu juga tidak menjelaskan dengan betul, dan pengarah pun tidak tahu mengenai tarikh program dia dan program kami.
3)proposal tidak dihantar ke pihak pengarah dan penerangan tidak diberikan dengan betul mengenai program kami.

Selepas pengarah mendapat penjelasan dari kami, pengarah sendiri mengambil proposal kami dan berjanji akan bawak proposal ini untuk kelulusan presiden tempat kami belajar. Ok. Alhamdulillah..jika program ini tidak diluluskan oleh pihak dato', kami akan masuk ke program pegawai ini sebagai fasi sepenuhnya bersama ustaz, dan kami akan pastikan ahli2 PMI akan mendapat keistimewaan. Insyaallah... dakwah dimana2.

"belum ada setitis darah pun lagi yang jatuh, jadi kenapa kau sudah mengalah sahabat"

Kelulusan belum dapat lagi, dan diharap semuanya berjalan lancar...








Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Sunday, August 23, 2009

Pencarian Yang Tidak Akan Berhenti


"Pencarian semakin pendek dan suntuk
kerana nyawa tidak akan bertambah tapi berkurang"


Assalammualaikum w.b.t

Ramadahan sudah menjelma. Ramadhan ini sebenarnya menyingkap cerita setahun yang lepas. Ramadhan yang penuh dengan pengisian dan kesedaran dari diri ini untuk diri sendiri dan yang lain.

Semoga Ramadhan ini juga akan menjadi yang terbaik untuk diri ini dan semua insan yang sentiasa menyokong perjuangan ini...

Maafkan diri ini jika melukakan sesiapa dalam perjalanan bro mencari NYA...





Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan





Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang ya Ramadhan...

rindu diri ini menunggu mu
sayu hati ini takut tak dapat melayanmu
dengan penuh kebaikan
pilu hati ini pernah melupakanmu

Selamat datang ya ramadhan
terkenang akan kedatangan dulu
dan hari ini kau kembali
ku mampu merasakan nikmat ini
malam yang memunggah segala rasa
menyingkap segala dalam jiwa
semoga aku mampu melayan mu
kerana aku takur
ini ramadhan terakhir ku...

selamat datang Ramadhan....





Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Thursday, August 20, 2009

Untukmu MAK




mak
teringat diri ini pada dirimu
dalam perjalanan panjang ini
dirimu tetap ada menyokongku
jatuh bangun dan kehinaanku
dirimu yang sanggup menerimaku
"walau siapa dia, dia tetap anak kita"
kata-kata yang menusuk kalbu
memahat cinta padamu

mak
mungkin diri ini berat mengatakan sayang
sukar mengatakan rindu padamu
tapi yakin la
saya sayang mak
dan dirimu ada dalam doaku

mak 
jika diri ini berdosa
izin dan restukanlah diri ini
untuk diteruskan perjalanan panjang ini
mencari ketenangan hakiki
menuju ke syurga abadi

cinta ku selepas ALLAH dan Rasul adalah untukmu ibu

"SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI MU IBU"

Santai DPH yang Sempoi!!! :)



...Macho X?...





Assalamualaikum w.b.t


...Jejaka2 Macho DPH...:)...


Alhamdulillah... semalam bro n geng2 DPH(diploma pharmacy MSU) buat gathering... sesi bergambar n bbq...:)




...Merenung Masa hadapan ni...:)...

sem ni insyaALLAH sem last di MSU sebelum kami praktikal... sesi bergambar kami mulakan pada pukul 1,00 tengahari. memang panas. Tapi semua kawal ayu n macho je..:) hehehe


...Santai DPH...



sedikit selingan...

...Bersama Sis2... Yang selalu ingatkan bro yang pelupa ni kelas... hehehehe....


untuk pengetahuan kalian, batch yang bro join ni bukanlah batch bro. batch bro da habis da. tapi ni bacth junior yang bro join. yela... drop subjek kan.,.. so lambat la sedikit. :)

...Muka Kepanasan... Control2...

malamnya pula... ade sedikit bbq untuk kami dari kami..:) memang fun betul. dengan main2 sembur air, main arang... ngan bro pun terlibat sama... hehehe... sapan...:) kenyang join diorang. sebab semua makan sikit je. apelagi, dengan kalimah bismillah, bro sapu la mane yang x abis tu... hehehe...

hari ini ade kelas... jangan lupa tu sahabat2...:)


...Berusaha Memastikan Semua Kenyang...

Ape pun yang penting semua dapat berkumpul n ade  kenangan bersama... memang best kalian semua...:)
 

...Sebenarnya Kerja Time Bergambar je... hehehe...

Tuesday, August 18, 2009

Alhamdulillah... Bro Juara!!!


Juara Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena 
52 Tahun Kemerdekaan 
Peringkat MSU

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

Alhamdulillah... pada hari ini menjadi satu kenangan untuk bro dalam dunia sajak apabila menjadi Juara Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena 52 Tahun Kemerdekaan Peringkat MSU. Bro mendeklamasikan sebuah sajak dari buku Jamung Merdeka "Terima Kasih Pengalaman" karya Solihin Othman. Sebenarnya bro tidak menjangka kemenangan ini kerana mendapat cerita ada juga pelajar yang pernah menjadi juara kebangsaan masuk. bukan menang atau kalah jadi hal pertama, tapi minat bro dalam bidang sajak dan puisi ini dapat diketengahkan. Itu sudah menjadi kepuasan Bro.

Nanti bro akan masukkan video n gambar2 yang lain k. terima kasih kepada penulis karya dan juga guru saya dalam bidang mendeklamasikan sajak ini, En Solihin Othman. Juga tidak lupa pada orang tersayang yang mendoakan kemenangan ini... :) 
 

p/s: walau setakat peringkat universiti. Semoga ini menjadi titik tolak untuk bro kembangkan minat ini. 

TAHNIAH UNTUK JUARA SAYEMBARA PUISI PERINGKAT KEBANGSAAN YANG JUGA MENDEKLAMASIKAN SAJAK YANG SAMA. TAHNIAH!!!

untuk pengetahuan... maksud ADICITRA  : PELBAGAI CITRA
     ADIWARNA: PELBAGAI WARNA



Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

Monday, August 17, 2009

Aku Kami Dan Kita


"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

Bismullahirrahmannirrahim

semoga kuat diri ini dan semua untuk menunjangkan kekuatan diri dengan kebergantungan terhadap ALLAH dalam segala hal...

bila bersuara hati mungkin berkata
bila berkata terdetik hati untuk bertanya
hidup didunia untuk siapa
dan akan kembali diri ini kemana akhirnya

jiwa dan rasa dua benda berbeza
jiwa, roh dan jasad bergabung suara
terus terusan bertanya
Siapa aku ini sebenarnya

Ya Allah
Aku hambaMu yang selalu terlupa
ampunkan aku....

Bingkai kehidupan
Album : Hijrah
Munsyid : Bijak
http://liriknasyid.com


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi




Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

Wednesday, August 12, 2009

KERETA HILANG? = UJIAN....


...zikir dan fikir...


Assalamualaikum w.b.t

semoga pembaca sihat sejahtera hendaknya. Hari-hari yang penuh dengan cerita. Demam yang baru tau nak baik, batuk yang x geti2 nak baik. akak yang baru kuar dari icu hujung minggu lepas, (radang peparu)... n ujian ALLAH terbaru, kereta kesayangan bro, FORD hilang... pada geng2 teater dulu, geng FASI,geng PMI, n geng2 DPH konpem semua akan kenal kete tu... konfius bro mcammana kete tu leh ilang.. banyak kereta yang cantik2 kat citu, wira, myvi, kancil, saga, iswara... last2 kete FORD LASER keluaran 1983 gak yang nak diambil. umat Nabi Muhammad sekarang ni semakin kurang kewarasan nya... pening bro.

berganda2 masalah yang timbul... makin lama makin besar, malkin lama makin mencabar. macam ade stage2 masalah ni.. YA ALLAH. aku berlindung pada MU... sem ni adalah sem terakhir bro di MSU sebelum bro praktikal... dan mungkin sebab itu ujian semakin banyak. semoga bro kuat... doakan bro k... :) 

walau siapa pun tiada lagi untuk menyokong mu... yakin dan tetap yakin lah ALLAH tetap ada... :)





Saturday, August 8, 2009

Bro X sihat la... Doakan Bro...

Batuk+demam+selsema+kena makan ubat= ujian!!!

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"


Assalamualaikum w.b.t 

semoga kalian si pembaca yang sudi untuk hadir ke laman web kerdil bro ini sihat2 belaka. bro sekarang diserang penyakit demam, batuk, selsema, sakit kepala... bro sepatutnya ada mid sem hari ini, tapi tak mampu untuk pergi... nasib ade MC. 

Bro hari tu check kat hospital klang, punya la ramai, sangat ramai. Sampai kat sana dalam pukul 8.30 malam. tapi last bro kuar dari hospital tu kol 3.45 pagi. Bro datang ngan sahabat2 serumah, tq bro!!! :) jasamu dikenang.

...Rakan Serumah Bro...


sekarang pun bro batuk2 je ni. kejap lagi makan ubat, 

NILCO(ubat batuk)
PIRITON(SELSEMA)
TYMOL(KUMUR)
PANADOL(DEMAM)

konpem akan tertidur... makan panadol, 6 jam sekali, jika lambat, badan akan mula seram sejuk dan badan panas, tp kita rasa sejuk sangat. lama tak demam... 

hari isnin ni jika tak baik, kena pergi check balik... doakan bro ye semua... 

p/s: AL FATIHAH untuk Ustazah Zaidah Serkam Darat... Meninggal selepas dijangkiti H1N1. 
semoga dirahmati untuk arwah. kerana ilmu beliau lah yang terlekat dikepala... kena marah biase da ngan beliau, tapi bro gak la anak murid kesayangan belaiau. dan istiqamah beliau dalammendisplin kan bro masa disekolah agama dahulu. 


Sunday, August 2, 2009

pengalaman memerhati sahabat2 crew2 GAMIS


alhamdulillah... 
semalam 1 ogos bro berpeluang mengutip pengalaman di konsert ANTARA DUNIA yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam...

1100 pagi- bro mendaftar untuk Pentas Anak Muda.. bro naik ke pentas untuk membacakan sebuah sajak karya En Sol... APA KHABAR TUHAN... ada tujuh orang yang masuk untuk bertanding.. ramai yang berpidato... tp 2 orang sahaja yang bersajak... bro sendiri x pasti, siapa yang menang jika benda ni benda ni pertandingan... orang lain kot menang... mantap2 pidato mereka... juri dari pihak GAMIS...kalu PENA boleh la kot menang mcm kat MSU... hehehe...

1.30 petang- selepas bro berlegar2 di karnival yang terdapat pelbagai jualan tu, bro terus  ke surau... pada mulanya bro tekejut kerana selepas azan hanya ada 10 orang je yang bersedia untuk solat di surau.. aik, ni anjuran GAMIS ke KRU (sekadar menamakannya)...
alhamdulillah semakin lama semakin ramai... :) sejuk tengok... moga roh islam itu makin tersebar ke seluruh Malaysia...  erm... yang menjadi kemusykilan, didalam stadium punye la sejuk bangat(nak terkucil je bro) tapi bile masuk surau, mak ai, sauna!... mungkin ini untuk menyihatkan badan seseorang seperti bro... pecah lemak... :)

2.00 petang- dari ko 1.00 lebih tadi, smeuanya sudah berhenti untuk makan tengahari dan khidmat diri. bro selepas itu, terus masuk ke dalam stadium... yang bestnye, bro salah masuk, bro masuk laluan VVIP...bro dapat lihat pelbagai bilik, dan pelbagai kerenah urusetia yang bekerja... yang menaip... bilik lain berbincang.. bilik lain membalut hamper... seorang pun tak menegur bro... sebab ingat bro ni urusetia kot... semua hanya senyum dan meneruskan kerja... nampak ketenangan dalam team mereka ni... 

215 petang -lepak dalam stadium... bro lepak di tingkat 3 stadium... melihat persiapan untuk malam tu... dalam hemat bro... GAMIS kuat kerana ramai sukarelawan yang pandai bekerja.... semasa bro masuk ke pentas anak muda, bro berkenalan ngan crew dari i luv islam, n bro syukri(sebaya tapi matured)... yang bro dapat tahu, mereka ni belum taaruf pun... hanya tahu mereka adelah crew melalui taq... gempak2... nilai sukarela itu terserlah... semua bergerak dalam pasukan yang ditentukan... diguide oleh seorang ketua... hanya ketua berinteraksi dengan orang atasan... ini satu gerak kerja piramid yang berjaya ni... ingin diterapkan ke PMIMSU, masih belum berjaya... kerana tenaga sukarela dan ahi yang sedikit... bro lepak di stadium dan mencatat apa yang bro nampak... persiapan pentas yang pantas(pagi ade pertandingan nasyid tadika kat pentas tu)... sound check yang jitu... profesional dan tenang mereka... tahniah crew MURABI SOUND SYSTEM!!!... bahagian persiapan majlis macam ni bro memang minat dan terpanggil... tapi apa kan daya, tidak pun dipanggil jadi crew... huhuhu... kat msu pun bro tak tahu ade pemilihan crew... tahu2 je da penuh dan kawan2 yang jadi pembantu2 ALLAH... ALLAH yang memilih mereka insyAALLAH.... dari atas bro melihat pelbagai ragam... yang terdiam di kerusi kerana blur apa kerja mereka(muslimat) tapi digerakkan oleh mungkin ketua yang prihatin... bagus2... a good leader... can influence other person... "PRODUCING WORLD CLASS LEADER".. kate2 dak2 GAMIS ni...:) ade satu group yang nampak ade seorang menjadi ketua... seorang ini sahaj yang bercakap pada sahabat2 die... memeri arahan dan menunjuk arah tempat kerja...kawan2 yang menganguk2 kepala... tapi tak lama... last2, datang orang lain, die lak kene arah wat kerje... best2... jangan banyak arahan, smeua kite wat same2... :)...
untuk malam nanti kite sambung lagi k...:)