Thursday, September 11, 2008

...MuSaFiR fAnA...


musafir fana
berjalan dan berjalan
dari bersemangat ke mengah2
tetap diteruskan
jangan tanya kenapa,
aku tidak tahu
dan aku tak pasti
jiwa mengatakan kau perlu teruskan
dan kaki masih melangkah
terjatuh dan tersungkur
di tengah2 perjalanan
kaki sudah kesakitan
putus asa menjelma
jiwa goyah dengan kepenatan
putus asa di perjalanan
terdiam sebentar di epi jalan
melihat insan lain meneruskan perjuangan
aku terpikir sendiri
adakah aku di lahirkan seorang yang tewas
dan apa yang ingin di tunjukkan pada diriku
sahabat menggamit
memberi semangat dan sokongan
tidak aku ketahui keikhlaan,
itu bahagian tuhan
yang pasti aku terharu dan mula bertenang
kaki sakit, hati tercabar,jiwa bertenang
sahabat disisi menjerit takbir
sebelah menyeru tahmid
dibelakang bergema tasbih
terkesima aku
inikah yang ingin diberikan kepasa aku...
bahawa aku tidak mampu berseorangan
menempuh perjuangan mencari tiket syurga
aku bangun dengan hati berbaur dan cemas
cerun disisi sungguh dalam
dan mungkin ini malam terakhir aku
diperjalanan mencari makna TALI ALLAH
aku memandang sahabat2
dan aku tekad meneruskan
aku tetap tejatuh dan tergelincir,
tangan dihulur,tali di pegang,
dan aku terus berjalan
tekad dan sokongan adalah kunci nya
bergema pekikan mengetuk jiwa
subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar
ku pejamkan mata dan air mata bergenang
aku kerdil didunia MU
tapi tetap aku cari MU
walau pun aku berjumpa MU di mahsyar
biarlah buku amalan ku diterima dengan kananku
perjalanan berakhir dengan kenangan
dan juga pengajaran
'"ketahui la kau lebih hina dari bumi yang kau pijak jika kau ingkar perintahNYA"
cari la jalan ke NYA selagi nafas tidak terputus dari jasad.
knie@bob
1139pm
khamis
110908
stdn
nukilan khas untuk penganjur,fasi expecially abg aiman dan semua sahabat2 yang membantu aku di kem mujahadah Islam di impian country resort anjuran pmi

1 comment: