Thursday, September 18, 2008

...BiLa SuBuH mEnJeLmA...

Bangun sayang
buka mata mu
hari telah bermula
siang akan menjelma
*
bangun diriku
mulakan harimu
mengadap yang ESA
bukan sekadar bersarapan sahaja
*
bangun badanku
kuatkan semangat mu
tinggalkan selimut mu
biarkan bantalmu
ia tidak akan hilang
ia akan tetap disitu
tapi masa tidak boleh diulang
*
bangun hatiku
hari ini tidak akan dapat diulang
tak dapat kau ulang subuhmu ini
ia akan berlalu
dan kau akan tetap disitu
*
bangun jiwaku
kukuhkan dirimu
kau akan disoal kelak
apa yang kau lakukan
semasa ALLAH menunggu mu
disubuh hari
selepas malaikat menjaga mu
semalaman tanpa tidur dan terus berjaga
*
bangun
jangan kau digelar sombong
tidakkah kau bersyukur???
nyawa tidak ditarik semasa kau berdengkur
jasadmu tidak kejang kebiruan tanda kematian menjelma
dan usia mu masih lagi ada dan kau bisa tersedar
*
bangunla...
kerana subuh akan menjelma
dan kau mampu menyambutnya
*
180908

No comments:

Post a Comment