Monday, September 22, 2008

...NaFaS InSaN yAnG kErDiL...

alhamdulillah
senja kembali lagi...
aku masih bernafas rupanya
sudah hampir separuh hari aku diberikan sesuatu
hadiah yang sebelum ini tidak pernah dihargai
sukar bersyukur pada apa yang diberi
hadiah kehidupan semasa aku terbangun
dipagi hari

aku menarik nafas ini
tidak mampu menahan
dan aku lemas
waima 20 saat aku tewas
diri ini tak mampu menahan lebih dari itu
kenapa sebelum ini aku buta
sukar mengucap syukur
selepas aku kembali dapat melihat dunia
selepas aku dimatikan sementara
pada waktu tidurku

ya ALLAH
aku ni insan yang lemah
selalu lupa padaMU
aku insan yang kerdil ya ALLAH
semua ini sukar ya ALLAH
ku mohon kekuatan pada MU
untuk aku terus mengenal makna istiqamah
ENGKAU menghadiahkan ku sahabat2
dan ku syukurinya
peliharalah hati2 kami
jangan buat kami berpaling
dariMU

ya ALLAH
aku rindukan MU
aku tak mahu menemui MU
dengan diriku yang dibelenggu dosa ini YA ALLAH

ya ALLAH
ampunkan dosaku
jangan ENGKAU tarik nikmat cinta ini
cinta padaMU
yang sukar ku gambarkan
hanya KAU sahaja yang mengetahuinya

ya ALLAH
aku rindukan MU...
ampunkan dosaku

amin...

alhamdulillah
rezeki dari MU dihadapan ku..

knie@bob
0711pm

No comments:

Post a Comment