Saturday, September 20, 2008

...mAnE kAu InGiN BeRsEmBuNyI...

"tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuan ALLAH
tiada sebutir biji pun dibumi, basah atau kering terlepas dari tercatat dalam kitab yang yang nyata" surah an'aam ayat 59
*
manusia
langkah mana yang kau kata tersembunyi?
kata2 mana yang kau katakan diselindungi?
perlakuan mana yang kau katakan tidak diketahui?
dosa mana yang rasa akan terlepas dari ILLAHI?
kau melangkah ke arah yang salah
kau berkata bagai tiada yang mencatat
jiwa nan gelisah melihat hukuman dunia
tapi tidak gentar pada janji neraka
*
jika kau sedar
kau akan berfikir
jika lalai
kau akan tercicir
kerana kau memerlukan agama
bukan agama memerlukan kau
*
pilih mana jalan yang kau idamkan
kerana kau perlu sedar
ALLAH sudah berfirman
"beruntung bg yang mensucikan, merugi bg yang mengotorinya"
semua berbalik pada diri
antara mengejar bahagia dunia atau bahagia hakiki
*
aku sedar, hidayah milikNYA
aku sedar yang AL HADI itu DIA
memberi petunjuk pada yang dikehendaki
pada insan yang mencari
aku hanya mampu menasihati
kerana manusia itu rugi
kecuali yang menasihati sesame sendiri
dan aku pun terus mencari
apa makna ketenangan hakiki..
biar kita ketemui semua soalan didiri
*
amin
*
1215pm
sabtu

No comments:

Post a Comment