Friday, September 12, 2008

...luruskah kau...

bicara bermula...
kau berbicara soal siratul mustaqin
kau menggemakan kalimah kebenaran
mengetarkan jiwa pendengar2
mencairkan jiwa manusia
bicara tersedia
dimana semua ini terhamapar
jiwa dan jasad berkecamuk
kata2 di depan menggetarkan
jiwa di dalam bagai tiada apa
bicara terjaga
muhasabah dan berfikir
persoalan terkeluar
bermula satu pencarian
antara jasad,minda dan jiwa
melihat dan mentafsir kecelaruan
bicara bersedia
tertanya dan bertanya
terfikir dan berfikir
mana dan dimana
semua ini dicari dan dipendam dijiwa
dan terkeluar dari jiwa ke rongga
berbunyi semua persoalan qalbu
bicara berjuang
adakah aku berceramah kerana ALLAH?
adakah aku bekerja kerana ALLAH?
adakah aku berpersatuan ingin mencariNYA?
adakah tangan ku ini lenguh keranaNYA?
adakah minda ku penat berfikir program agama keranaNYA?
atau ia hanya
kerana ingin bergaul mesra dengan rakan!!!
ingin menghilang tekanan dirimu!!!
ingin mencari nama!!!
mendambakan pujian!!!
dan diri mu disebut2 di bibir masyarakat!!!
bicara terkedu
mencari jawapan bukan bermakna mendapat jawapan
mencari simpulan bukan bermakna tersimpul
dan jiwa perlukan sokongan jasad
jasad perlukan jiwa
dan persoalan dijawab
"kejarlah redhaNYA,kerana disana terdapatnya syurga hakiki,pujian bidadari yang lebih indah dari manusia dan itulah motivasi para pejuang ISLAM"
bicara bertanya
disini bertanya la pada dirimu,
ADAKAH BETUL KAU MENGINGINKAN SIRATUL MUSTAQIN WAHAI PEMILIK2 JIWA?
...bicara membisu...
0230pm
jumaat
120908
komputer 1143

No comments:

Post a Comment