Sunday, September 21, 2008

bicara bro 2: tenang

hari semakin lewat... diri ini baru berehat selepas balik dari terawikh.. tq ALLAH, ari ini dapat juga aku berkumpul dengan mereka2 yang beruntung kerana memilih untuk menyertai tadarus dan kuliah di surau universiti ku. bro sekadar ingin berkongsi dalam bicara ini mengenai ketenangan.

alhamdulillah td bro mampu melawan ketakutan diri untuk memberi sedikit kuliah 10 minit untuk sahabat2.. bro sekadar bicara mengenai apa yang kite cari n makna ketenangan hakiki.

masalah kaki kebas dan sakit, cuak ngan sahabat2 yang power2 agama ni memang la mengacau bro. tp yang bro nak, sekadar berkongsi dan membawa sahabat2 berfikir.

ketenangan la kunci bagi apa saje yang kita buat. ia satu kebahagiaan. ketenangan ini biasa nya akan diinginkan apabila kita ditimpa pelbagai masalah yang membuatkan kepala kita ni jadi 'semak'. mari kita pikirkan, apa yang membuatkan kita tenang selama ini? kasih sayang mak? pakwe@makwe kite, kawan2... tapi adakah semua ini akan kekal selamanya?

jika masalah timbul, maka kita akan cuba buat apa yang leh bagi kita tenang. apakah yang menjadi motivasi kita jika kita ditimpa masalah?

",maka sesungguhnyabersama kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan". ayat ini dipetik dari kitab yang tidak ada keraguan dan penuh keajaiban,AL QURAN surah assy-syarh(alamnasyrah) ayat 5 dan 6

maka kita perlu tanamkan dalam hati bahawa ALLAH da mengatakan pada kita yang setiap masalah itu ada kesenangan pada nya. kita hanya perlu berusaha dan ikhlas menghadapi masalah itu. jangan persoalkan perancangan ALLAH.

kau buat lah apa2 yang akan dapat menjadikan dirimu tenang. tapi jadi satu peringatan kita pada ayat ini
"beruntung bagi yang mensucikan, merugi bagi yang mengotorinya". surah asy-syam ayat 9-10.
jika kamu rasa maksiat tu menenangkan, maka ingat ayat ini... mari kita pikir2kan, mana yang kita inginkan, hamba ALLAH yang BERUNTUNG@ RUGI?. semuanya berbalik pada diri kita sendiri. walaupun sudah dikatakan beribu2 kali pada diri bahawa "jauhi maksiat, nanti akan terjatuh, an kau akan makin jauh" tapi bergantung pada adakah kita ini menginginkan hidayah dari ALLAH atau menjadi insan yang mempersendakan AGAMA ini. kerana

"ALLAH mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mesucikan, merugi bagi mengotorinya" asy-syam.

PIKIR DAN PILIHLAH SAHABAT2KU

bagaimana hati ni akan tenang???
maka jadikanlah satu motivasi yang kukuh, bahawa ALLAH dah nyatakan jawapan dan memberi klu pada soalan ini,
"ingatlah,hanya mengingati ALLAH hati menjadi tenang"surah ar ra'd ayat 28

pikir,pilih dan ingat...
bahawa..

sahabat, kita x mampu nak menyorok dan berselindung jika kita membuat silap.
kerana
tiada sehelai daun pun yang gugur terlepas dari pandangan ALLAH. inikan pulak manusia yang ada malaikat yang tak tidur menulis segala amalan diri.
pikirkan...

amin..



hanya sekadar satu perkongsian...

demi masa, manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman, membuat kebajikan dan yang saling menasihat kepada kebenaran dan kesabaran...

selesai bicara...

senyum selalu...

knie@bob
1125pm

No comments:

Post a Comment