Tuesday, February 3, 2009

interview dan fobia

assalamualaikum...

bismillahirahmannirrahim
segala puji dan puja hanya untuk MU... ya ALLAH

alhamdulillah... berlalu sudah hari ini... hari yang simple, tapi banyak pengajaran. semoga pengajaran tidak berlalu bagai awan yang tidak tetap jalannya. ya, manusia ini pelupa, suka menilai sesuatu, mengata buruk orang tapi tidak cuba membaiki dan menerus mengutuk. 

hari ini tarikh yang bro akan kenang, bila kali pertama dalam hidup bro bro pergi interview. interview untuk pemilihan ajk PMIMSU.

ya ALLAH. hati ini cukup2 takut. adakah betul langkah ini. sahabat bro banyak beri semangat. 

area kol 5, semua berkumpul. penasihat PMIMSU memberi sedikit taklimat. 

"hari ini akan diadakan sedikit penilaian dan ujian untuk kamu semua"

bagai nak jatuh jantung ini. bro fobia dengan interview. bro takut, dan bro memang sampai sekarang takut dengan interview. tak tahu mana datang penyakit ni.

"ya ALLAH... kuatkan aku...gemuruh si penyakit da sampai..." hati berbisik dalam senyuman

bro teringat msg dari seseorang yang cukup rapat ngan bro... "ELOK2, JIKA BERDEBAR, BLA BLA BLA"... msg yang beri bro semangat...

tenang...

"ok, sila jawab soalan2 ini" 

"alhamdulillah..."

ya ALLAH... kau mudahkan aku... soalan bertulis...  

bro kembali tersenyum... soalan2 asas dan ingin mengkaji apa yang kita paham tentang apa yang kita nak wat dalam PMIMSU sebagai pemimpin atau yang dipimpin. bro tak dapat nak detailkan apa yang bro jawab tadi. x penting rasa nya... 

bro belasah je apa yang bro tau....:) 

walau banyak tak pasti...

dapat@x jadi ajk? tu xde dalam kamus bro...

bro tak fikir pun nak ape2. bro nak sambung dan tau apa yang dilalui orang2 lama. jika bro tak dapat, bro tahu adil itu adalah meletakkan sesuatu ditempatnye, dan ALLAH MAHA ADIL... 

bukan jawatan
bukan gelaran
bukan pujian
tapi tanggungjawab insan...
mencari apa makna ketenangan
dalam setiap langkah 
dalam setiap jejak
dalam sebuah perjalanan bergelar kehidupan

belajar dan kaji...

 hinanya diri berbanding pejuang yang mengejar ilahi jika semua hanya bermaksud manusia dan duniawi. 

pimpin jalanku ini ya ALLAH...

adakah semua hasil seni dan tuisan  ini untuk MU ya ALLAH... ampunkan jika aku lupa dan lalai dalam pencarian ini.

ini peringatan dari lagu puisi yang cukup dalam maksudnya dalam kehidupan.

Bukan Kerana Nama 
ramli sarip

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

No comments:

Post a Comment