Sunday, February 8, 2009

AgM pMiMsU

antara muslimin yang hadir


antara muslimat yang  hadir
ungu=muslimat pmi? :)



"bismillahhirrahmannirahim... yang berbahagia...".....

dengan ucapan itu, bermulalah majlis mesyuarat agung tahunan persatuan mahasiswa islam management n science university kali ke 5,  petang semalam. 

alhamdulillah, bro dipanggil untuk bersama2 dengan mesyuarat ini, dan diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis. 

semua berjalan dengan lancar, walau ade kesilapan dari pihak bro dari segi protokol. xpe.. tiada yang sempurna... tp perlu kejar kesempurnaan mengikut konteks hamba ALLAH.

-ucapan dasar oleh president dan juga my bro,zaini memamg touching.
-tayangan video yang dimerngerti oleh sesiapa yang merasai
-cadangan dan usul yang banyak dan tepat 
-kerjasama yang terbaik dari semua yang terlibat(sori kalu bro ade tersuruh2 sesape yang lari dari skop kerja bro)

tq dan tahniah pada semua yang terlibat. korang memang best... :)

ini untuk kalian...

fahami dan fikirkan...

UNTUK SEMUA

manusia mudah lupa
pada apa yang terjadi padanya
kerana tidak belajar apa2
dari pengalaman semalam atau bila2

pada yang melihat
jangan jemu untuk mencetus dapat
 baru diberi mana yang sempat
sebelum semuanya terlambat

yang bergelar muslimin,
ingatkan diri
kita lelaki
pemimpin kepada pemimpin
yang perlu membimbing dalam bimbingan

yang wanita
ingatkan diri
kamu terbimbing untuk membimbing
kamu dipimpin untuk memimpin

kepimpinan untuk semua
pimpin diri
pimpin ahli
dan pimpin sesiapa jua
mencari makna hidup ini
dalam jalan islam yang dipatri di  hati  pasti

kepada pemimpin
kamu digalas tanggungjawab hari ini
bukan sekadar jawatan yang tinggi
dan semua perlu dijawab nanti
dihadapan YA 'ALIYY
Yang Maha Tinggi


mari muhasabah diri
biar tergiang2 di telinga kanan dan kiri 
sabda dari pemimpin abadi...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan danpenyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.” Riwayat Muslim

sekian... 
untuk diri dan untuk yang ingin mengerti

Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

1 comment: