Friday, February 27, 2009

...air,berenang,ikan...


..orang kate, ketenangan tu pada air yang mengalir... 
...
..abah lak mengatakan tenang melihat ikan yang berenang dalam akuarium...
...
maknenye, bro mesti tidak tenang jika melihat ikan berenang di akuarium tanpa air
...
...air,berenang,ikan...
...
erm



assalamualaikum...

jari ni dah lama da nak menaip disini... memunggah semua yang ada kat minda dan melontarkan sedikit bicara untuk diri sendiri sebenarnya... 

instrumentation, pharmacology dan pharmacy practice 3 da habis dijawab... jika ditanya jawapannya senang je, no komen...:)

teringat bila baca aritkel dari saifulislam, ustaz hasrizal berkenaan dua perkara. 



dua2 kes ini melekat kat diri bro.. sila baca dulu artikel itu jika ada masa. jika kita lihat dari satu sudut ye, semua kita suka nak menggelar diri pejuang dan tentera dari ALLAH, tapi kita selalu lupa tentang apa yang sepatutnya kita buat sebelum kita layak nak bergelar pejuang. 

sebagai penghayatan pada artikel pertama, kita lihat, diri ini dan mungkin ada dikalangan yang lain begitu seronok dan bermati-matian untuk mendapatkan tempat dalam persatuan2 yang bercorak keagamaan. kita sanggup untuk bertungkus lumus dalam semua kerja kita dalam persatuan dikolej dan diluar. ini satu keseronokan, ketenangan yang hanya difahami oleh siapa yang mengejar perkara ini.

pelajaran... ilmu yang dipertanggungjawabkan... yang akan disoal... KENAPA KAU DIAMANAHKAN UNTUK PELAJARINYA, KAU TIDAK BERSUNGGUH2?

ramai yang berkata..."luruskan niat"
ramai yang menempelak" ikhlaskan hati"
ramai yang mengatakan "semua kita adalah pejuang"

tapi...
ramai tak dari kita yang mengambil berat tentang bagaimana kader hendak luruskan niat dan menjawab semua yang dilaungkan oleh ? beri tugas dan perhati sahaja? 
fikir...
setel...

artikel kedua...

jika sudah baca, kita akan lihat, ramai dari kita termasuk diri ini pernah melakukan kesilapan dan mengatakan akan bertaubat... dan berapa kali kita mengulang2"azam" kita ini. 

kita berbisik"aku takkan ulang kembali semua perkara ini, maksiat semua ini!!!" tapi selepas beberapa ketika... kita akan lalai....

sebab sambal belacan memang sedap...

ini lah kita pelaung2 kalimah "AKU PEJUANG UNTUK BERJUANG"


hai... semua hasil lakonan kita didunia  ini akan dipertontonkan dihadapan diri sendiri nanti... di padang mahsyar... ramai penonton nye... pecah panggung tu...

sudah bersedia nak saksikan lakonan yang dikatakan paling hebat didunia ini? 

sudah siapkan popcorn nak saksikan lakonan yang membuat kejahatan tanpa diketahui semua orang diatas dunia ini?

sudah bersedia... duduk tegak2... tundukkan kepala, tutup mata dan fikir... 
adakah ini yang akan aku tonton nanti...

jika lum sedia... jom perbaiki lakonan kita diatas dunia... jangan malu nak berubah walau pun pahit nak berubah ni... bro sendiri merasakan... jauh sangat ilmu2 asas yang dilupakan...

okai...

ready nak berlakon?
camera ready?
lighting ready? 
scene 1, take 1, action!!!

wasalam...:)

No comments:

Post a Comment