Sunday, September 28, 2008

rAyA Oh rAyA...

raya!
syawal akan menjelama
takbir akan bergema
bau rendang dan ketupat
tidak dilupa pada baju raya

2 hari lagi akan menjelama
apa yang dipanggil
hari kemenangan
hanya pada yang berpuasa bukan pada semua
hanya yang mendapat makna
bukan sekadar lapar dahaga

lagu raya bergema
lupa sebentar nasyid di telinga
semuanya terlintas sukar dikawal
terawikh hanya dirumah
mungkin kerana lemahnya jiwa
semua berbalik pada diri semata
ALLAH sudah memberikan ilham
pada yang mana ingin berfikir

raya akan datang
adakah seperti setahun yangg sudah,
ia datang dan pergi tanpa makna
hanya akan dapat mencari satu perkara
medium memafkan semua insan didunia
bagai hari maaf sedunia rasanya

raya tetap raya
ia tetap akan datang
setiap tahun ia datang
membawa bulan yang bermakna
tapi adakah kita merasakan ia
atau hanya bangga dengan pakaian baru semata

raya oh raya
tahun ini lain dari yang lain
aku rasakan ketenangan bukan setakat kemeriahan
bulan pertama disambut selepas diri ini ditarbiah
bulan pertama mujahadah dimulakan
menghadapi diri sendiri
pujukan syaitan yang direjam
dan nafsu yang bersemangat

raya
diri ini terkenangkan arwah2 yang meninggalkan aku
semoga semua nya akan bersemadi aman di alam 'sana'
tersenyum mendapatkan bayaran amalan didunia ini
doa ku panjatkan semoga semuanya aman
dan akan berjumpa kita di 'sana'
tunggu la wahai insan2 yang kusayangi di 'sana'

raya
ini akan lebih bermakna
jika kita mampu berfikir
apa yang kita lakukan ramadhan ini
adakah sekadar lapar dan dahaga
atau ia menjadi bermulanya sebuah perjuangan
walau sekadar kecil kecilan
ia tetap akan dipandangNYA
kerana ALLAH maha melihat
percayalah

raya
jangan disini la diri ini tersungkur
atau diri ini lemah
harap raya inilah medan mula perjuangan diri
dan mulanya satu perubahan

raya ku beraya
semuanya tetap kena hadapi....
semoga raya ini hari kemenangan ku.

amin

selesai..

knie@bob
1018pm
ahad
28 ramadhan 1429

No comments:

Post a Comment