Thursday, September 25, 2008

bicara bro 2: HaDiAH

ramadhan akan berlalu... semoga umur ku panjang... bro sekadar ingin berkongsi sedikit dari apa yang bro tau... pernah dengar x benda ini.

"ALLAH MAHA BESAR SEBESAR2NYA,SEGALA PUJI BAGI ALLAH SEBANYAK2NYA. MAHA SUCI ALLAH TUHAN SIANG DAN MALAM, KU HADAPKAN KEPALAKU HANYA PADA ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI,SESUNGGUHNYA AKU TIDAK TERGOLONG DARI GOLONGAN ORANG YANG MENYEKUTUKAN ALLAH, SOLATKU, IBADAH KU, HHIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH.DENGAN ITU AKU DITUGASKAN, SESUNGGUHNYA AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG2 ISLAM."
doa iftitah


ini adalah antara lain maksud yang bro baru dapat pahamkan. bro mencari. selama ini hanya membaca DOA IFTITAH tanpa tau apa itu ia. satu rasa kehambaan kepada ALLAH jika kita faham maksudnya. jika setiap pagi kita baca, 5 kali sehari tiada tinggal, kita akan baca doa ini,(insyaALLAh).

SOLATKU, IBADAHKU,HIDUPKU, MATIKU hanya untuk ALLAH. mari kita bersama2 pikirkan kembali, adakah semua yang kita buat hari ini kita niatkan kerana ALLAH? jika tidak mampu nak jawab, mari kita lihat pada iftitah kita... apa yang kita baca... adakah itu sekadar bacaan bagai kakak tua bercakap?

bro terpikir benda ini dan bro sedang mencari. step pertama bro nak betulkan solat, kerana solat tiang agama. bro melihat tapak msu di depan apartment bro ni, bro lihat... ia dimulakan dengan tiang... x de lak diorang wat atap dulu...so, bro berusaha membaiki solat sebelum yang lain belajar juga. ini step pertama perkongsian bro...

pikir x...
setiap kali kita bangun kita akan tersenyum jika ada msg dari orang yang kita mesra@ rapat. kita akan tersengih seharian jika bangun2 kita dapat hadiah yang berbungkus cantik dan wangi di hadapan mata semasa kita bangun.
tapi
tidakkah kita sedar, setiap hari semenjak hari pertama kita dilahirkan, setiap pagi ALLAH memberi mu hadiah. hadiah yang mengkin tidak berbalut tapi cukup indah dan penting. dengan kasih sayang ALLAH meletakkan ia didepan mata kita.
apa hadiah itu?
jawapannya ialah sebuah kehidupan...:)
hadiah yang kita tidak disyukurinya

yang kita anggap sekadar rutin. kita bangun, membalas msg good morning kekawan. pergi solat subuh dalam keadaan malas dan mengantuk. bermula la pagi itu sama macam semalamnya. sekadar rutin yang sudah bosan.selepas subuh semua bermula. apa balasan kita pada hadiah dari ALLAH itu?

kita balas dengan dosa!
maksiat! mengumpat! menipu! mencaci! bergosip!fitnah!
dan pelbagai lagi... semua nya sebab tidak sedar hadiah yang diberikan itu mungkin tiada lagi untuk esok.

kita lupa pada pemberi hadiah di subuh hari. nikmat dan hadiah itu, sepanjang hari ini kita mengambil hadiah itu tanpa malu sedikit pun,
berdosa, curang dan berpaling dari taat setia pada doa sebelum alfatihah kita,
tapi adakah ALLAh membalasnya.

ALLAH tetap memberikan lagi pada esoknya hadiah yang penting ini untuk kita. dengan ARRAHMANNYA dan ARRAHIMNYA.
semua nya diberi dengan penuh kasih sayang

tapi ada lagi kah hadiah ini untuk hari esok??


mari kita pikirkan dan renungkan...
nikmat ALLAH mane lagi yang awak dustakan

amin
selesai
1257am
250908

No comments:

Post a Comment