Saturday, January 31, 2009

sejarah terpatri@mimpi ngeri

termenung aku di hujung kedai
merenung dirimu dari tadi
tertarik aku melihat kau disitu
rambut lurus badan ramping
tetapi hati ku mengatakan jangan dan jangan kau tuju

akal mentafsir ingin satu perkenalan
jiwa mengatakan mungkin boleh jadi teman
walau hanya dilihat dari belakang
dan muka terlindung rambut terurai lepas
tertanya diri
sudah berpunya atau belum
puteri ini

gerakkan kaki ingin berkomunikasi
setapak demi setapak
dengan harapan akan berteman aku selepas ini
dan sejarah bermula dan terpatri
puteri ini milik diri ini

semakin dekat semakin laju jantung ini
haruman menusuk rongga hidungku
menembusi keinginan naluri
seorang lelaki

adakah sejarah akan terpatri hari ini
berkata diri
tapi rupanya satu mimpi ngeri
bila ia berpaling berkumis bagai lelaki
dan jerawat penuh dipipi
lalu berkata"nape nyah? nak ngurat mak ke? i rela"

huhu... 
sejarah terpatri jua disini


sajak2 saje2 je... tengok yang nyah2 ni... kesian diorang... masalah identiti... huhuhu...
p/s sajak ini bukan cerita sebenar... nukilan imaginasi sahaja... :) 
carilah yang muslimah yang asli... :) 
dan persiapkan diri sebagai seorang lelaki sejati... sebelum berfikir nak jadi suami... :)



Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

terselit kamu disitu

di tengah padang itu
ditengah panas mentari memanggang pipi
ditengah keriuhan manusia
terpandang aku
terselit kamu disitu

ditengah keriangan jasad-jasad yang lain
berjalan dan berlari
juga ada sekadar berlalu
bergembira dan tertawa
merenung dan tersenyum
ku pandang
terselit kamu disitu

dicelah-celah insan lain
dibawah panas mentari
keriangan yang ditunjukkan yang lain
dicelah-celah mereka
tetap dalam pandanganku
terselit kamu disitu

diantara semua
ada kamu
diantara tidak peka 
juga terpandang adanya kamu
di saat semua sudah jemu
masih disitu ada kamu

mungkin ramai bertanya
kenapa kamu masih tegar melakukannya
berbicara dan menyampaikan soal sama
soal gaza yang semakin jauh dari semua
menyampaikan ini masalah umat
bukan masalah tempat
dan senyuman dan ketenangan kamu semua adalah jawapannya

ditengah-tengah ramai 
perlu ada yang sedikit
mengingat dan terus mengingatkan
menegur dan sedia ditegur
dan sebenarnya
jalan dakwah tiada mengenal erti berhenti
walau pun semua sudah senyap dan menyepi
semoga kalian kuat dalam perjuangan kalian ini


nukilan untuk ajk2 pmimsu yang mengadakan pameran tangisan Gaza bergabung dengan FBMP MSU... 
31/01/09

tahniah dari bro...
-seorang ahli pmimsu-

"perjuangan kita tidak berhenti sehinggalah ditarik nyawa dari diri ini..."

 

Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

siapa mereka itu?


walau hati meronta, tapi jiwa membara. ALLAH akan membalas pengkhianatan ini


siapa mereka itu?
yang kau puja 
yang kau agungkan
dalam sedar 
atau dalam lena
tapi kau tidak tahu bila tertikamnya kau dibelakang olehnya

siapa mereka itu?
depan bagai malaikat
belakang menembak curimu
disisi seperti rakan 
sesaat terus berubah
menjadi lawan
dalam kau memerlukan sahabat atau teman?

siapa mereka itu? 
ku ingatkan rakan
rupanya musuh sebenar dalam perjalanan
kufikirkan ia terbaik 
tapi luka ini masih belum baik
jika dulu kufikirkan bukan dia
tapi sekarang ku terjaga
aku yang bodoh menyembah dia
luka ini  
dialah puncanya

siapa mereka itu?
kenapa dan mengapa 
dia menjadi sebegitu
luka terus berdarah
dan kaki ku ini pasti terus melangkah
kerana biar darah ini berhenti disaat aku terus berjalan
dalam jalan ISLAM ini



nukilan untuk pejuang2 agama yang dikhianati oleh musuh dan rakan, untuk hamas yang dikhianati fatah, untuk pendakwah yang dikhianati munafik. dan diri yang kadang2 dikhianati nafsunya sendiri...

"perjuangan itu pahit kerana jannah itu manis..."

Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

Thursday, January 29, 2009

nukilan anak takut derhaka


"mak n abah tersayang"

bismillahirrahmannirahim

abah
didepan mata ada gambarmu
didepan ini juga potretmu
dan didepan ini gambar abahku

mak
didepan ini wajah mu
didepan ini mukamu
di depanku ini potretmu. 

mak abah
mungkin dari beratus luahan ku
berlori sajak-sajak ku
ini baru khas untuk mu
terdetik untuk menghadiahkan
luahan rasa insan takutkan derhaka

mak abah
23 tahun aku masih belum berjaya
tapi aku takut digelar derhaka
aku tidak pernah meninggi suara
tapi aku juga banyak tak menurut kata
dan tipu dusta melepaskan diri yang berdosa

mak abah
jika lahirku menceriakan mu
ku harap hidupku membahagiakanmu
dan matiku bukan satu kehinaan untuk mu

mak abah
jika sekarang aku menyusahkan diri mu
itu lah kehinaan untuk ku
sesalan sampai matiku
dan ku mohon kemaafan dari mu

mak abah
jika diri ini membahagiakan mu
itu secebis dari jasa-jasamu
dan jika diri ini memalukan mu
ini adalah sebesar-besar kehinaan untuk ku

mak abah
akan ku cuba untuk membahagiakan mu
dan takkan aku lebihkan insan lain selain  dari diri mu
ini tekad ku

mak abah
ampunkan dosa-dosa diri ini
kamu lah ibu bapa terbaik di dunia ini
dan semoga kita sekeluarga akan bertaut didunia ini
dan juga di syurga yang hakiki

"ya ALLAH, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku semasa kecil"

-nukilan untuk ayahanda dan bonda-


Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

Wednesday, January 28, 2009

skrip kehidupan

    
   skrip contoh
datar ke puncak= derhaka ke taubat nasuha



-------------------------------------


kopi didepan mata
suam tidak lagi panas
tidak pahit tapi juga tidak manis
tapi diambil sekadar seteguk membasahkan tekak
kerana di benak kepala yang perlu dibasahkan semahunya
  
papan kekunci  diusap-usap oleh jari
bermain-main mencari sesuatu
bukan semua di hati akan tersembur di jari
bukan semua yang difikirkan akan terpancar di ruang insani

helaan nafas kembali tenang
ombak didada kembali diam dan kendur sahaja
mentafsir silap dan leka
mengenal apa itu satu kelalaian
meniti hidup dengan kekaburan 
bila ia kan berakhir
dan apakah pengakhiran cerita ini
dan semuanya adalah satu pembikinan cerita
atau drama arahan kita
sebuah cerita karya diri sendiri

ini bukan cerita duka
tapi sebuah cerekarama
pengarah, penulis skrip dan pelakonnya adalah diriku sendiri
tapi skrip tidak tahu berapa helai hadnya
aku tidak dibenarkan mengira helaian yang ada
tidak diberi menyingkap helaian kosong di depan
selagi helaian sebelumnya belum penuh dengan tinta cerita
maka aku tidak tahu bila helaian terakhir akan tiba

klimaks cerita adalah taubat
dan datarnya adalah derhaka
tapi jika salah skripnya
klimaks kembali turun menuju derhaka
dan jika ada helaian lagi
kembali ke puncak taubat
 hingga aku si penulis skrip cerita ini sendiri tidak tahu pengakhirannya
hanya boleh berkarya, mengarah dan melakonnya

skrip, arahan dan lakonan
kehidupan, hati, dan perlakuan
semua akan berakhir
tapi dimanakah tamatnya cerita ini
sedang dipuncak atau di plot bawah cerita
dalam mood taubatkah?
atau
dalam kondisi derhaka?

adakah nanti
 sedang diri leka menulis cerita derhaka
diselak dengan ceria
penuh mood dan idea
helaian seterusnya 
diri terlihat
helaian skrip itu menulis
kalimah dari Pemberi nyawa

AJALMU SUDAH TIBA SAAT INI
DAN INILAH PENGAKHIRAN HIDUPMU

tamat...
pembentangan skrip
tak sanggup aku nak memikirkannya

p/s
bagaimana cerita dalam skrip kita sekarang?
taubat atau derhaka?
klimak ke mendatar?
berapa sudah klimak itu yang kembali ke datar?

jawapan ada pada dirimu sediri
kerana kamulah penulis skrip, pengarah dan pelakon bagi ceritamu sendiri
 
Free Signature Generator
"mencari ketenangan hakiki"

Islam... memerhati dan menilai...


“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]



Betulkan cara melihat untuk membetulkan hasil dapat.

Tentukan siapa diri, agar betul cara melihat dan memerhati.

-petikan dari saifulislam.com-

Free Signature Generator
"mencari ketenangan hakiki"

Saturday, January 24, 2009

aku rindu untuk ke sana...





assalamualaikum

bismillahirrahmannirrahim

:)

hari ini hari sabtu... bro sebenarnya tak tahu ingin menconteng apa disini. banyak benda dalam kepala dan fikiran ini. tapi bukan semua boleh diterjemahkan kepada perkataan. 

petang ini bro akan pergi ke rumah abg long bro. lepak sana sehari dua. sebab bro nak format komputer. komputer kena virus 'MY HEART'. tipu lah tak marah. tapi nak buat macam mane kan. 




KERINDUAN...


sekadar ingin berkongsi...

kemarin, hati khamis seorang sahabat pulangkan hard disk bro. bukan itu yang bro nak ceritakan. tapi apa isi yang bro dapat. 

antaranya, gambar pengalaman ayahandanya di tanah suci.

:) tq sahabat.... gambar2 ni dari sahabat saya lah ni... semoga sahabat sentiasa dalam lindungan ALLAH....

apabila bro lihat gambar2 ayahanda sahabat bro tu di madinah, di mekah... bro hampir sampai ke malam mengelamun terkenang saat bro dihantar ke tanah suci itu... tu antara janji mak ngan bro dari kecil lagi. akan hantar umrah@ haji bila umur bro 16 tahun. bro tidak dapat ingat tarikh bro pergi ke umrah tu. tapi dalam 2002 la. cuti sekolah. 14 hari, 4 hari di madinah dan 8 hari di mekah. 2 hari perjalanan. 
manusia ni kan pelupa....


tempat yang menjadi saksi aku pernah menangis di rumahMU 
suatu masa dahulu sebelum aku menjadi 'pelupa'



bro kadang2 terpikir kenapa lah bro tak banyak yang dapat semasa kesana. bro sakit di mekah. kaki bro pecah2. bro tak dapat melawat di masjid jin, rumah bilal n sekeliling mekah. mungkin itu balasan dari dosa bro agaknya. ampunkan aku YA ALLAH. tapi ke mekah bukan sekadar melawat... yang penting rumah ALLAH msjidil haram. bro banyak kan masa disana sahaja. dengan masih follow orang, bro hanya mampu 3 kali umrah... sebab tak kuat nak g sesorang wat umrah. tapi aku bersyukur ya ALLAH... dapat tawaf, saei... dapat menjadi tetamu rasullullah... iktikaf di dua masjid termulia di dunia. dapat solat di hijir ismail, berdoa depan pintu kaabah, mengikut sunnah nabi mencium hajr aswad.menziarahi uhud, baqi',gua hira'. bukit thur. arafah, mina, dan pengalaman seorang hamba dengan memakai 'kain kapan' semasa hidupku yakni ihram... minum air zamzam...




layakkah aku kesana lagi ya ALLAH...

dan disini jugalah aku bercukur botak licin kepala kali pertama selepas akil baligh. dan selepas itu menjadi trend aku untuk bercukur jika aku tensen dan memerlukan...

alhamdulillah...

bro teringin nak ke sana lagi. tu tekad bro. sebab bro belum lagi dapat membuat haji. bro teringin sangat nak kesana. semalam bila melihat gambar2 mekah dan madinah. makam rasullullah, memang mencetuskan rindu yang kuat...

kena kerja, samaai mampu... :) ya ALLAH... aku ingin menjadi tetamuMU lagi... tetamu yang bukan seperti dulu... ingin memenuhkan masa dengan mencariMU.

aku rindu kan tanah suciMU... izinkan aku kesana lagi dalam perjalanan mencarimu bergelar kehidupan ini ya ALLAH....
 

Free Signature Generator
Free Signature Generator

Thursday, January 22, 2009

jendela hidayah

tazkirah ini bro petik  dari halaqah-online.com.

fikir dan kita tengok... dah berapa orang yang kita berjaya mengajak ke arah kemaksiatan. dan bandingkan dengan kita bawah kearah kebaikan....


Jadilah Penyebab Hidayah
PDFPrintE-mail
Written by avicenna   
Monday, 03 November 2008 15:43

Ù…َÙ†ْ دَعَا Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù‡ُدًÙ‰ Ùƒَانَ Ù„َÙ‡ُ Ù…ِÙ†َ الأَجْرِ Ù…ِØ«ْÙ„ُ Ø£ُجُورِ Ù…َÙ†ْ تَبِعَÙ‡ُ لاَ ÙŠَÙ†ْÙ‚ُصُ Ø°َÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ Ø£ُجُورِÙ‡ِÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ…َÙ†ْ دَعَا Ø¥ِÙ„َÙ‰ ضَلاَÙ„َØ©ٍ Ùƒَانَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ù…ِÙ†َ الإِØ«ْÙ…ِ Ù…ِØ«ْÙ„ُ آثَامِ Ù…َÙ†ْ تَبِعَÙ‡ُ لاَ ÙŠَÙ†ْÙ‚ُصُ Ø°َÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ آثَامِÙ‡ِÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Dari Ustaz Ali Tantawi, Al-Ahkam.Net

Huraian:

  1. Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.
  2. Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini.
  3. Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul ‘ a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas berbekalkan slogan yang disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Yunus ayat 72 yang bermaksud:

    "Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun dari padamu. upahku tidak lain hanyalah dari Allah, dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".
  4. Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah al-Taghabun ayat 2 yang bermaksud:

    "Dialah yang menciptakan kamu Maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. "
  5. Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT.
  6. Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.
  7. Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.



Free Signature Generator

Free Signature Generator

senyum bagiku



senyum
tidak menandakan gembira semata
tapi itulah tanda
disaat itu  
dia dambakan gembira




Free Signature Generator

2 medan perjuangan... dimanakah kita?

petikan dari SAIFULISLAM.COM.... petikan yang menyentuh jiwa ini... menimbulkan persoalan... dimana kita. jika dicari oleh para malaikat. di medan perang tiada, dimedan mendalami ilmu pun tiada dan terjumpa hanya lepak di kedai ketawa terbahak-bahak. tq ustaz... saya faham sekarang apa yang perlu saya lakukan. semoga saya istiqamah. dan sentiasa tidak lari dan tertinggal dari 2 medan jihad ini. jihad qital dan juga jihad dakwah...
lemahnya diri ini... semoga pembaca dapat mencari dimana kita. ada tak di antara dua medan perjuangan ini

“Anta tidak ke al-Masjid al-Aqsa?” tanya teman di sisi.

Tepu dada saya mendengar soalan itu.

Membendung perasaan untuk menjenguk ziarah ke Kiblat pertamaku, untuk menyusul jejak-jejak Isra’ dan Mi’raj yang agung itu, untuk menjamah barakah Tanah Haram ketiga itu. Masakan diri ini tidak kepingin untuk ke sana.

“Jangan ditanya keinginan hati. Jawapannya pasti. Tetapi ana menghormati fatwamasyaikh kita”, saya membalas lesu.

“Fatwa yang mana?” sahabat saya kurang pasti.

Haram melawat al-Masjid al-Aqsa kecuali dengan maksud jihad membebaskannya“, saya menjawab.

“Oh ya. Ana pun ada mendengarnya. Apa alasan fatwa itu?” tanyanya lagi.

“Lawatan sebagai pelancong ke al-Masjid al-Aqsa yang terjajah, mustahil berlaku kecuali kita meminta visa dan izin dari kerajaan regim Haram Zionis itu. Setiapapplication untuk ke Palestin adalah pengiktirafan kita kepada ketuanan Yahudi yang sedang menjajahnya. Malah setiap permohonan yang dicas USD100 itu menjadi sumber pendapatan kerajaan Zionis”, saya berkongsi apa yang saya tahu.

“Benar…!” teman saya menyapa perlahan.

Di era 90′an itu, ramai Ulama’ di bumi Syam yang memfatwakan haram ke atas aktiviti ziarah dan pelancongan ke al-Quds. Biar pun segelintir rakyat Malaysia masih aktif transit di Amman sekembalinya mereka dari Umrah, lalu menyambung perjalanan ke al-Quds melalui agensi-agensi pelancongan, kami yang bertamu sebagai penuntut ilmu di Dataran Syam ini, tidak berdaya untuk menyanggah fatwa ini. Al-Quds hanya beberapa puluh kilometer dari penempatan kami, namun untuk ke sana…. tidak mungkin.

Al-Quds bukan untuk diziarahi dalam mood pelancongan.

Ia menanti pembebasan!

gaza

ANGIN PALESTIN

Petang itu kami termenung di tembok Kota Karak. Kota yang pernah menyaksikan kegagahan Salahuddin al-Ayyubi menyanggah Tentera Salib dan membersihkan bumi Palestin.

Sayup-sayup di bawah sana, samar kebiruan Laut Mati terbentang penuh misteri. Di seberangnya… terhampar bumi Palestin, bumi yang menghiris setiap sendi dan tulang temulang diri ini.

“Iskkk!!!” saya tersesak nafas seketika.

“Kenapa?” tanya teman di sisi.

“Angin ini terhembus dari arah sana. Dari Palestin”, saya terus menarik nafas dalam-dalam. Mahu menjamah barakah al-Masjid al-Aqsa, biar pun hanya pada sapaan angin sepoi-sepoi bahasa senja Dataran Syam.

Saya belajar di Universiti Mu’tah. Universiti yang dibina di sisi Medan Mu’tah, tempat bermandinya darah Syuhada’ yang mempertahankan Islam pada tahun ke-8H. Biar pun peristiwa itu sudah lebih 1000 tahun berlalu, semangatnya masih panas membakar jiwa kami, Tetamu Dataran Syam di Medan ini.

Di tengah-tengah simpang empat berhampiran Masjid Syuhada, bulatannya masih terhias dengan replika sebuah peluru berpandu. Muncungnya dihalakan ke bumi Palestin. Mewakili azam dan keinginan penduduk untuk merempuh musnah kezaliman regim Zionis yang menjajah di seberang sempadan. Tidak jauh… hanya sekadar 30km sahaja.

KISAH MARWAN

Kami tidak lupa kepada kisah Marwan… anak muda dari University of Jordan yang mengisi cuti semesternya dengan jihad di bumi Palestin.

Marwan gugur…

Syahid fi sabilillaah!

Wajahnya menghiasi universiti kami. Anak muda yang bersih muka dan jiwa, tidak berlengah membawa pulang diri sebagai pelarian Palestin yang menumpang di kem muhajirin di Jordan, pulang dengan semangat dan azam untuk menebus tanah air yang dibelenggu Yahudi Zionis. Nasyid Marwan fi Sabilillah (Allahu Akbar Soihati) dimuatkan di dalam album Li’uyooni al-Qudsi Nughanni, mengabadikan kisah anak muda ini.

Anak muda seperti kami, terangsang tinggi dengan kisah Marwan. Rasa terhina diri ketinggalan di belakang jalan yang disusuri. Tidak mahu keciciran, bahawa tidak sama manusia yang duduk dengan yang berdiri, dan memacu jihad pembebasan mengorbankan diri.

Saya sering ke Kota Karak.

Sesekali ke pinggir Laut Mati.

Ada masanya ke bukit tinggi di kota Madaba.

Semata-mata mahu menjenguk pemandangan bumi Palestin. Bumi Tin dan bumi Zaitun. Bumi Ibrahim, bumi Ishaq dan bumi Yaaqub. Bumi Sulaiman dan bumi persinggahan sekalian Anbiya’ yang diutuskan. Bumi Isra’ dan bumi Imam Syafi’e, bumi penuh barakah yang terkurung bertembokkan sebuah penjajahan.

KEWAJARAN

Biar pun semangat jihad membakar ulas-ulas jiwa dan raga, saya tidak lupa kepada pesanan Allah Tuhan yang Esa:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” [al-Taubah 9: 122]

Allah SWT memerintahkan jihad. Namun tidak bijak untuk semuanya turun nafar ke medan Qital.

Biar sebesar mana pun delegasi jihad menyahut seruan, mestilah ada sekumpulan kaum mu’minin yang mengkhususkan diri mereka dalam tafaqquh mendalami al-Deen.

Sekumpulan ke medan perang.

Sekumpulan menuntut ilmu.

Sekumpulan memikul tugasan menjaga kebajikan dan urusan kaum mu’min.

Tiga kumpulan ini sentiasa memikul tugasan yang sama keutamaan. Tugasan yang bersinergi untuk kelangsungan usaha meninggikan agama. Dan setiap kita mesti berada di dalam lingkungan salah satu dari tiga kumpulan itu.

Ketika Marwan memilih untuk turun ke medan Qital, medan jihadku adalah pada mendalami agama, pulang ke kaumku dan mengajar mereka hakikat pertempuran ini, bahawa YAHUDI REALITI tidak mungkin dikalahkan oleh MUSLIM ILUSI.

9_122e

“(Agar dengan peringatan ini), kaumku akan beringat-ingat!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR




Free Signature Generator

Free Signature Generator


Wednesday, January 21, 2009

JOM KAWAN-KAWAN!!!






Free Signature Generator

Free Signature Generator

ADAKAH KITA HANYA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM?

sebiji peluru m-16 berharga paling mahal rm1. bro baru2 ini surf internet dan terpikir, berapa agaknya harga sebutir peluru M-16... seringgit je... murahnya. kawan bro ada cakap harganya kira-kira rmo.60. MURAH!!!kawan... jika itu harganya, begitu juga harga yang perlu israel gunakan untuk satu kepala saudara kita. huhuhu...jom la kita jangan hangat-hangat taik ayam dalam perjuangan... kita kuatkan diri untuk boikot barang ini. selagi mana kita mampu. kita bantu agama ALLAH ini. dengan itu sahaja ALLAH akan bantu kita...ini secebis nukilanku dalam bentuk sajak ringkas mengenai

ADAKAH KITA HANYA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM?

hayatilah...



Aku terpandang kau
didalam lingkungan manusia
yang lain menjerit
dan kau tersenyum
yang lain memekik
kau hanya tersengih
lalu aku terimbau siapa dirimu
dan aku teringat

ya
pada mulanya dulu kau paling kuat menjerit dan memekik
kau yang paling dihadapan
kau yang paling lantang
hingga aku tertinggal dibelakang
dan termengah dalam jalan juang ini
tapi kau kental dihadapan
tapi...
tapi itu dulu..

sekarang...
kau bicara tentang ini semuabagai tiada apa
kau tersengih bila risalah disebarkan
kau berpaling semasa diajak ke medan
kau memaki tatkala ramai bertakbir
bising katamu
dan hanya bangga mengatakan
ini hanya untuk yang pendek akalnya
dulu
aku pun macam ini juga!
itu bicaramu
dan itu masalahmu

ya,..
semua ini berlaku di negara tertumpah darah ibuku
yang aku pijak selama ini
semua memandang ini tiada apa
perjuangan dalam membela agama dari dipijak ini hanya retorik semata
isu! nama! tiada apa! x mampu mengubah apa2!

ya...
terdetik hati ini
kenapa ini semua berlaku didepan mata
kenapa sukarnya untuk membicarakan kebenaran
jika sudah bicara, ia sekadar hanya bicara sementara
jumaat ini kau bertakbir
jumaat depan kau lepak semata
dan kau mula rasa malas untuk berbicara

ya...
kerana kau rasa ini sekadar satu isu
yang akan lapuk
dan esok berganti dengan cerita yang lain
ini la nasib saudara-saudara di sini
dan kau rasa kau berhenti menentang kerana isu sudah lama dan sejuk membeku

ya...
aku menganguk dan terdiam
begini cerita seorang penumpang jalan juang
inilah yang dipanggil hanya hangat-hangat taik ayam
dalam membicara erti juang

ku biarkan dia
dan aku pun terus berlalu
meninggalkan ilusi diri semata
dan tertunduk 
'dia' adalah jiwaku
yang menidurkan ku
untuk diam dalam juang

ya...
aku takut aku terus leka
dalam mimpi menyalahkan orang
tapi sebenarnya berbicara dengan jiwa sendiri

biarkan aku sendiri...
dan aku akan cuba kejar kalian 
dana meninggalkan 'dia'
bergelar nafsu serakah


siapa mereka ini?
ini lah kami sekadar si penumpang di jalan bergelar
perjuangan...

erm...

knie_bob99
2120pm
1143

Thursday, January 15, 2009

muslim ilusi dan yahudi realiti


Menjawab persoalan mengapa umat islam tidak dapat berbuat apa-apa dikala pengganasan yahudi berleluasa, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.


Dipetik dari artikel : Khutbah Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

Saifulislam.com




Free Signature Generator

Free Signature Generator

untuk pemilik2 kuasa...


sabda Rasulullah antaranya bermaksud:
ia(kepimpinan) adalah satu kehinaan dan penyesalan di akhirat kecuali ia diambil dengan hak dan dilaksanakan tanggungjawab didalamnya.


bismillahirrahmannirrahim


kepimpinan 
ia adalah pemilikan kuasa
kuasa yang diidam2kan
kuasa yang membahagiakan
sesuatu yang dicintai

tapi bagiku
ia adalah satu ujian
untuk seorang lelaki
untuk bergelar lelaki
ia juga ujian
dan akan disoal olehNYA!

kuasa
kuasa membawa pada kecemerlangan
kuasa juga memimpin pada kecelakaan
kekuatan asas kekuasaan
bukan sekadar fizikal tapi juga mental
bukan sekadar kata2 tapi juga kelakuan

kuasa bukan sekadar tiket
tapi juga pas untuk kemenangan
menegakkkan kebenaran
mengamit pada kebaikan

tapi...
jika kau lalai, 
sezaman bagaikan sehari
selepas kau melangkah keluar dari jemaah
kau hanya berfikir
tiada cerita
tapi hanya duka
dirasakan melangkah kehadapan
tapi semakin jauh kebelakang sahaja

kelalaian pada perlakuan 
pembuka drama derita
dalam senyuman kau rasa
semua seperti indah
tapi sebenarnya membuka ke duka

kuasa
memberi impak pada jiwa
juga memberi kelemahan padanya


kuasa
berkata bukan sekadar bercakap
mengarah bukan sekadar menuding
tapi perlukan teladan
baru kau layak mendapat indahnya
sesuatu bergelar kuasa

aku sekadar berbicara
takut2 ada yang terlena 
tidur diatas bahu aku si pengendong penguasa
sekadar orang bawah

ya
aku akan terus memikulmu wahai pemilik kuasa
tetapi jika aku bukan lagi aku
tampar dan luku kepala jawapannya
jika diatas kau sekadar terlena
menanti saat2 tahta bertukar kuasa

kau ditahta bukan untuk sekadar berkata-kata
tapi perlu dikota
dan ia juga perlukan satu arah
jika kau laungkan dakwah!

wahai pemilik kuasa!
kuasa akan berganti-gantian
tapi adakah sisa dulu masih tidak diperbaharu?
dan kau sudah tinggalkan semua kemudahan untuk penggantimu?
atau sekdar lepas tangan dan akan mengeluh lega

wahai pemilik kuasa?
bangun!!!
walau jika sesaat lagi sahaja kau  berkuasa
bukan rehat jawapannya
teruskan gerak
teruskan...
kau jangan risau
selagi aku mampu
aku gendong kau
walau siapa kau
selagi kau masih tahu apa tanggungjawab dirimu...
dan sedar serta tau kau akan menjawab 
didepan MAHA BERKUASA
dimahsyar nanti...
APA YANG KAU BUAT DENGAN KUASA DITANGANMU!!!



bangun... pemilik2 kuasa sekitarku... teruskan perjuangan.... tidak kiralah dimana kau berada. sapu najis2 yang kau tinggalkan, hias dengan mawar2 kepujian... sebab walau sesaat lagi kuasa mu akan berganti,  kau masih pemegang kuasa, tetap akan disoal NYA di saat2 terakhirmu!!!

nukilan... untuk semua mpp ipta,ipts, semua persatuan yang berdakwah, yang berorganisasi dan juga semua pemegang2 gelaran  pemimpin yang mungkin akan berganti tampuk pemerintahan nanti... dan semua yang menghadapi ujian bergelar kuasa...

knie_bob99
2119pm
1143



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Monday, January 12, 2009

ini dikatekan terrorist, pastu diorang pijak2 je amerika... padan muka amerika...

inikah yang dikatekan terrorist?... israel x cakp pun yang mereka da kepung dak2 ni bertahun2... x makan makanan berhasiat...

http://www.palestine-info.co.uk/en/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7OryUPzMt3RLUVGYSa702PkUPBuHHTAop%2fQtAOKHJR1ZkLT6DV8UnMjxgXNuYbr24n2SbFHvu4gZ9zPirKUkE8PkfKXcvCpLYjClVoJce774%3d





By Khalid Amayreh



The "Israeli Defense Forces (IDF)" on Sunday released the pictures of some of Hamas’ most wanted “terrorists” it said it has killed since the start of the Israeli onslaught in the Gaza Strip more two weeks ago.



An Israeli spokesman told foreign reporters in Jerusalem that the world community, especially Americans and Europeans, shouldn’t be deceived by the ostensibly young age of the killed terrorists.



“They may look young to you and me. But these people are terrorists at heart. Don’t look at their deceptively innocent faces, try to think of the demons inside each of them.”



The spokesman, Nachman Abramovic, said he was “absolutely certain” that these people would grow to be “evil terrorists if we allowed them to grow.”



“If you were in our shoes, would you allow them to grow to kill your children or finish them off right now”?



Asked if he was worried about possible criticisms from the international community, Abramovic said he was not worried a bit because “We are only defending ourselves.”



“Would you apologize for defending yourself if another person attacked you without any provocation,” the Israeli spokesman asked an American reporter.



Impressed by the answer, the American reporter said “You are right, Sir, absolutely.”
The IDF spokesman added that Israel didn’t really target civilians in Gaza and that the world should fall into trap of Hamas's propaganda.



“I challenge serious news media to prove that we have killed a single innocent civilian in Gaza .
“Don’t tell me Aljazeera said this or CNN said that. You know all these people are anti-Semites and can’t be relied upon to tell the truth.”



He added that in any case, honest and moral people ought to differentiate between “true human beings” and “human animals.”



“We do kill human animals, and we do so unapologetically. Besides who in the West is in a position to lecture us on killing human animals. After all, whose hands are cleaned?”
Another Israeli spokesman, Tzipora Menache, said she was not immensely worried about negative ramifications that Operation Cast Lead might have on the way the Obama administration would view Israel .



“You know very well, and the stupid Americans know equally well, that we control their government, irrespective of who sits in the White House.”



“You see, I know it and you know it that no American president can be in a position to challenge us even if we do the unthinkable.”



Asked if she was not worried that her remarks would cause a public relations disaster, Menache said “what can they do to us. We control congress, we control the media, we control show biz, we control everything in America.



“In America you can criticize G-d, but you can’t criticize Israel .”





ni bile anjing menyalak... memang la x gune mereka ni... cakap mcm dorang bagus sangat... ni pon kalu obama tak bertindak memangla... paklah,.... mane kamu....

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Timur Tengah. Ini dikuatkan lagi dengan sokongan Amerika dan sekutunya yang sering menggunakan kuasa Veto untuk menghalang segala resolusi dan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini menyebabkan rejim Israel tidak mengendahkan segala ketetapan dan resolusi PBB termasuk Resolusi 1860 yang terakhir. Apa yang lebih malang ialah peranan negara Islam yang sehingga kini hanya menggunakan isu ini sebagai alat dalam rundingan politik.

Rapat umum ini meyakini bahawa tragedi yang sudahpun berlarutan selama 15 hari ini, adalah merupakan siri tindakan kejam rejim Zionis dengan sokongan oleh kuasa-kuasa besar dan seolah-olah direstui secara rahsia oleh pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mematikan perjuangan suci rakyat Palestin.

Justeru “Rapat Umum Selamatkan Gaza” pada hari ini ingin mengisytiharkan deklarasi berikut :-

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4- Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman Israel.

7- Menggesa kerajaan negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan yang normal kepada masyarakat Palestin.

8- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

9- Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.

10- Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

11- Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke meja rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.

Penutup

Akhirnya Rapat Umum Selamatkan Gaza menyeru setiap individu Muslim, institusi dan badan (perubatan, bantuan, kebajikan, kewangan dll) melakukan apa sahaja yang termampu oleh mereka seperti memahami dan menerangkan isu Palestin, memboikot barangan yang memberi impak secara langsung di dalam membantu rejim Israel, menyertai bantahan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, memberikan sokongan moral, sumbangan kewangan, doa munajat dan sebagainya.

Sekian wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZASTADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA.
SABTU,
10/1/2009.

http://ismaweb.net/v2/Article815.html