Saturday, January 3, 2009

sajak as syahid Syed Qutb

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku dialam abadi


Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar*

Syahiditusuci: "pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966"


http://norazmiza.blogspot.com/2007/04/wasiat-as-syahid-syed-qutb.html

No comments:

Post a Comment