Monday, January 5, 2009

mana kita...

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)


bismillahirrahmannirrahim
assalamualaikum...
hati ini menangis ini bile melihat berita buletin utama tadi. bila mengetahui israel laknatullah memasuki gaza, memisahkan gaza kepada dua. dan terus menahan bantuan kemanusiaan untuk masuk ke gaza. ya ALLAH, ENGKAU kuatkan pejuang2 ini. aku terase lemah bila aku melihat, membayangkan saudara2 di sana menderita bertahun2 tapi aku disii masih lagi mampu makan 3 kali sehari. berbadan besar kerana banyak menhabiskan makanan2 yang terhidang didepan mata. jikalah aku mampu memberikan makanan yang aku makan selama ini separuh untuk anak2 palestin yang inginkan kekuatan untuk berjuang kerana ALLAH.

manakah aku, dikala sauadara seagama dibom. aku masih mampu menaip komputer, dengan air nescafe panas didepan mata. duduk dikerusi yang selesa.tapi saudara aku berjuang mengejar syurga. lemahnya aku.

terus terang, sebelum aku pergi ke perhimpunan malam intifadhah palestin 2009 hari itu, aku rasa aku beruntung kerana aku dilahirkan di MALAYSIA. aman, tidak berperang. masih boleh aku belajar di shah alam dengan aman. aku mampu balik ke kampung tanpa takut dibom ditengah jalan. aku masih boleh makan dan lepak di kedai mamak samapai tengah malam atau mungkni samapai awal pagi.

tapi sekarang... aku rasa rugi aku disini. tatakala setiap minit sauadara2 ku tersenyum melihat syurga kerana syahid dimedan perang mempertahankan akidah dan tanah air mereka. manakah aku!

jika rasullullah sudah membayangkan tentang ade umatnya akan berjuang di baitulmaqdis, lebih 1400 tahun dahulu... aku terpikir, manakah kita penduduk malaysia pada pandangan rasulullah. adakah kita tidak termasuk dalam golongan umat Islam yang menjadi kebanggan nabi sendiri.

erm...

bro dapat sesuatu sekarang. kita terlalu takut jika kita bertindak kite akan diserang oleh israel atau amerika. kita takut negara2 kita akan diserang oleh mereka dan akan mengganggu keamanan negara sendiri. kita takut akan berlaku sekatan ekonomi di negara2 kita. maksud saya dengan negara kita bukan nya malaysia tapi seluruh negara2 umat islam yang mempunyai 1.6 bilion penduduk. lemahnya kita... adakah sekarang kita agungkan semangat kebangsaan lebih dari semangat Islam. kalau kita masih mengatakan tidak, kenapa tiada satu negara yang mempunyai 1.6 bilion ini untuk bertindak!!! MANA!!!

hati ini dulu ditanamkan semangat keabangsaan cukup kuat. semua nya MALAYSIA. tapi sekarang kita kene pikirkan tenatang ISLAM. mana PAK LAH, mana semua pemimpin. hanya usul??? hanya mesyuarat di dalam bilik berhawa dingin? itukah penyelesaiannya??????

tidak!!!

hassan al banna mengatakan jawapannya PERANG!!!

semakin aku menulis semakin hati ini kecewa. marah. malu. bagi aku semua penduduk gaza sedang 'bergembira' mengejar syahid tapi aku hanya berada jauh di Malaysia yang masih keluar berita buletin utama hanya membincangkan soal BANGUNAN KEMAS yang tidak selesai2!!!

ASTAQFIRULLAH... ampunkan aku ya ALLAH.

aku lemah di jauh ini, aku ditanamkan pandangan yangsalah tentang bumi suci ini. aku dulu memandang ia jauh tapi sekarang aku takut jika aku tidak merasakan ia dekat.

aku takut aku ditanya apa yang kau buat semasa dulu kau sedang bersenang2, tapi lupa perjuangan ini.

tidak terbayangkah diri ini, bagai adik2 aku yang sedang disembelih di depan mata.
aku takut rakyat malaysia termasuk aku ini tergolong sama dengan orang2 yang mengeluarkan keyataan seperti bekas perdana menteri mesir yang mengeluarkan kenyataan "aku adalah perdana menteri mesir, bukan perdana menteri palestin" tatkala disoal tentang palestin semasa perjuangan hassan al banna dahulu... ini masalah negara palestin. bukan kita.

aku juga takut diri ini dan juga rakyat Malaysia yang sudah tertanam jiwa bangsa ini juga akan mengatakan sedemikian!
sekarang ini rasa atau tidak kita dekat dengan palestin? atau masih ada antara kita rasa ini masalah negara palestin semata2?
jawapan ada pada diri masing2....

1 comment:

  1. quoted:

    "bro dapat sesuatu sekarang. kita terlalu takut jika kita bertindak kite akan diserang oleh israel atau amerika. kita takut negara2 kita akan diserang oleh mereka dan akan mengganggu keamanan negara sendiri. kita takut akan berlaku sekatan ekonomi di negara2 kita. maksud saya dengan negara kita bukan nya malaysia tapi seluruh negara2 umat islam yang mempunyai 1.6 bilion penduduk. lemahnya kita... adakah sekarang kita agungkan semangat kebangsaan lebih dari semangat Islam. kalau kita masih mengatakan tidak, kenapa tiada satu negara yang mempunyai 1.6 bilion ini untuk bertindak!!! MANA!!!"


    hurm...Moga Allah membuang penyakit wahan di hati kita.sedih rasanya apabila kita hanya dpt berdoa, melihat dan menolong dari jauh,sedangkan mereka berkorban dgn darah..

    sob sob...ampunkan aku Ya Allah...

    "Allahummaya Mujriyas sahab, wa yaHazimal Ahzab, ihzimhum kaumalkafirin, wa lakna a'laihim, wansurna a'la kaumalkafiriin.."


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Bersabda Rasulullah SAW ” Akan tiba
    ketikanya, kamu akan dikeronyok oleh
    musuh-musuh sebagaimana orang-orang
    yang berebut untuk makan suatu
    hidangan.”

    Para sahabat bertanya ” Apakah ketika
    itu jumlah kami sedikit, Ya
    Rasulullah?”

    Jawab baginda ” Tidak, bahkan jumlah
    kamu ketika itu ramai sekali tetapi
    seperti buih-buih ketika air bah,
    sedang kamu ditimpa penyakit wahan.”

    Mereka bertanya lagi : ” Apakah
    penyakit wahan itu, Ya Rasulullah?”

    Baginda menjawab ” Kecintaan kepada
    dunia dan takut mati” ( Riwayat Abu
    Daud )

    ReplyDelete