Tuesday, January 6, 2009

kenyataan perdana menteri ku...

 desak sidang khas PBB

Oleh Johari Ibrahim, Mohd Hamizar Hamid dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my



Malaysia sumbang RM3.5 juta bantu rakyat Palestin: Abdullah

PUTRAJAYA: Malaysia akan menggerakkan usaha bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk membincangkan isu kekejaman rejim Israel terhadap Palestin. (1)

Pada masa sama, Malaysia menyumbang AS$1 juta (RM3.5 juta) (2) sebagai bantuan kemanusiaan menerusi Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) bagi membantu penduduk Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak seminggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata usaha mengadakan perhimpunan khas bertema 'Perpaduan Untuk Keamanan' itu akan digerakkan menerusi Kumpulan Hubungan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). 

"Wakil Tetap Malaysia ke PBB diarah memulakan inisiatif itu," katanya sambil membidas Amerika Syarikat kerana tidak menggunakan pengaruhnya bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza yang sehingga kini mengorbankan lebih 500 warga Palestin. 

Abdullah berharap sidang khas PBB itu juga akan menjadi platform untuk masyarakat dunia menyuarakan pandangan berhubung isu berkenaan.


"Suara dunia perlu didengar di PBB kerana apa yang berlaku tidak dapat diterima dan tidak membawa kebaikan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan kakitangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam. 

Beliau juga berharap tidak ada pihak, terutama Amerika Syarikat, menghalang usaha untuk mengadakan sidang khas PBB itu. 

"Amerika Syarikat sepatutnya menggunakan pengaruh dan kekuatannya untuk memastikan gencatan senjata dan mencari kaedah lain (menyelesaikan krisis) tetapi tidak dilakukan dan membiarkan Israel melakukan apa saja di Palestin. 

"Membenarkan tindakan mengganas seperti dilakukan oleh Israel di Palestin adalah sesuatu yang tidak akan membantu pemulihan ekonomi," katanya.

Abdullah berkata, Israel menggunakan alasan untuk bertindak balas terhadap serangan Hamas, tetapi rejim Yahudi itu sebenarnya mempunyai niat lain. (3)

"Israel seolah-olah mahu benamkan Palestin. Ada udang besar di sebalik batu," katanya. 

Dalam kenyataannya pula, Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar membuka semula Tabung Untuk Rakyat Palestin bagi menerima dan menguruskan sumbangan yang diterima daripada rakyat negara ini. (4)

"Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan mengikut kemampuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kini menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Zionis Israel," katanya. 

Abdullah berkata, beliau akan turut mengutuskan surat untuk meminta pemimpin pelbagai negara menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing bagi mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Palestin dan menguatkuasakan gencatan senjata. 

Sambil menyifatkan serangan terhadap penduduk Palestin sebagai tindakan tidak bermoral dan satu bentuk kekejaman yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, beliau berkata: 

"Israel sedang menjalankan hukuman sistematik terhadap penduduk Gaza tanpa mempedulikan nasib penduduk yang tidak berdosa serta memusnahkan harta benda mereka. Tindakan ini perlu dikutuk oleh semua penduduk dunia dalam apa cara sekalipun." 

Perdana Menteri berkata, keamanan dan kestabilan yang berterusan di Gaza hanya dapat dicapai menerusi rundingan damai.(5)


------------------------------------------------------------------------------------------------
pada rakyat Malaysia...
ini tindakan dari perdana menteri ku.,,,, yang dirasekannya patut diambil...

Bersabda Rasulullah SAW ” Akan tiba ketikanya, kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang orang yang berebut untuk makan suatu hidangan.” Para sahabat bertanya ” Apakah ketika itu jumlah kami sedikit,Ya Rasulullah?” Jawab baginda ” Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih buih ketika air bah, sedang kamu ditimpa penyakit wahan.”Mereka bertanya lagi : ” Apakah penyakit wahan itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab ” Kecintaan kepada dunia dan takut mati” ( Riwayat Abu Daud )


1)mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk membincangkan isu kekejaman rejim Israel terhadap Palestin. (1)


-xde langsung bunyi nak putuskan hubungan diplomatik dengan kafir laknatullah amerika. xde kemanenye perbincangan ni... nabi mengatakan jawapan pada pengkhianatan yahudi adalah perang berdarah.


2)AS$1 juta (RM3.5 juta)

-saye sebagai rakyat Malaysia ni sangat la gase beruntung... subsidi minyak 5 bilion untuk rakyat malaysia... tapi untuk bantu saudara kat palestin, negara aku mampu bagi 3.5 juta je... 3.5 juta ni didarabkan dengan 1000 kali penghantaran duit ni pun belum dapat nak same dengan jumlah subsidi minyak yang kite rakyat malaysia dapat  setahun... erm... memang la MALAYSIA BOLEH... sesame kite tepuk tangan diatas keuntungan ini... astaqfirullah...

3)Abdullah berkata, Israel menggunakan alasan untuk bertindak balas terhadap serangan Hamas, tetapi rejim Yahudi itu sebenarnya mempunyai niat lain. (3)

-kenapa perdana menteri yang membanggakan islam bertamadun yang disuruh dipegang rakyat Malaysia, tapi takut nak berterus terang cerita sebenarnye? kan Pak Lah tahu gaza disekat selama setahun, semua jenis bekalan tidak dibenar masuk, dan membuka sekatan itu adalah syarat hamas untuk membuat gencatan senjata. sekarang siapa yang langgar syarat itu. ye, sepatutnye terus sahaja cakap YAHUDI LAKNATULLAH INI inGIN MENGHANCURKAN HAMAS! BUKAN SETAKAT GAZA. SEBUAH PERTUBUHAN POLITIK YANG MEMPERJUANG KAN AGAMA BUKAN SEPERTI UMNO YANG MEMPERJUANGKAN BANGSA. MAKNANYA INGIN MENGHANCURKAN ISLAM... BERJUANG LAH DENGAN SETIAP KERINGAT DAN DARAHMU... AKU AKAN BANTU SETIAP PERKARA... erm... pasti ini adalah mimpi jika die cakap begitu...

4)Dalam kenyataannya pula, Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar membuka semula Tabung Untuk Rakyat Palestin bagi menerima dan menguruskan sumbangan yang diterima daripada rakyat negara ini. (4)

-makin la diri ini tahu kenapalah dari dulu ape2 kat malaysia ni bermusim... ape2 isu pun hanya akan tidak lama dari 3 minggu untuk panas... pastu akan diam kembali, dan kembali lah isu2 bodoh yang akan mewarnai bumi malaysia ini. 
kalau perasan, ade perkataan 'membuka semula'. maknanya tabung ini sedah ditutup... kerajaan pun hanya biarkan rakyat membantu bila ada isu yang akan malu kalau kerajaan bn( fatah malaysia) tidak bertindak.... erm... kerajaan kesayangan ku....

5)Perdana Menteri berkata, keamanan dan kestabilan yang berterusan di Gaza hanya dapat dicapai menerusi rundingan damai.(5)

-erm, bagus sangat la tu, apabila dilaung2kan di setiap perhimpunan intifadah palestin, rakyat diceritakan tentang penderitaan dan jawapannya adalah perang. dari segi fizikal, saraf,ekonomi, terhadap siapa pun yang menghancurkan Islam. Tapi perdana menteriku ini hanya mengatakan.... RUNDINGAN DAMAI???? erm.. nak mintak rakyat boikot barangan israel n amerika pun x berani... sepatutnya buat iklan barangan2 yang kerajaan boikot.... kate KERAJAAN ISLAM??? KATE ISLAM HADHARI???  ni nak berdebat di pbb.... erm... 

die menghancurkan dan mencurahkan air pada api perjuangan Islam... jangan terus berkata sedemikian wahai perdana menteri ku, nanti kamu akan dipandang seperti mahmoud abbas yang menjadi kura2 israel... yang israel hanya gerakkan dengan hujung kaki sambil diludah2kan... jangan pak lah, jangan kamu jadi musuh perjuangan ini.... kami sayang kamu, terus kuatkan barisan perjuangan ini... jangan kau takut... hidup mulia mati syahid itu tujuan kita... 

No comments:

Post a Comment