Tuesday, October 27, 2009

Cinta itu...

itu mungkin buta
tapi ia juga mungkin tuli
kerana...
bila bercinta ramai yang suka meraba
seperti buta
kerana
bila bercinta sukar dengar nasihat
seperti tuli tidak mendengar kata-kata
hakikat cinta itu
ia adalah cahaya
ia juga adalah bahagia

kerana
kerana ia datang dari jiwa
untuk yang mencari cahayaNYA
mungkin dan kerana...
biarkan ia terus bertaut bercerita
cincinsuasa86
1003pm/271009
teratak 2831
alam ketenangan
Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki




Sunday, October 25, 2009

kitab usang di almari itu


"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


kitab usang itu
berhabuk dan berdebu
hanya berada didalam almari lama
yang juga senget ditelan masa

kitab usang itu
ilmu didalamnya
bagai meronta untuk dibaca
bergenang air mata mintak ditelaah
tapi kitab itu sedar,
ia hanya lah kitab lama yang telah kekuningan
ditinggalkan sepi disitu

kitab usang itu
masih didalam almari itu
tidak bergerak dan digerakkan
tegak dihimpit kitab yang lain
tunggu reput menghilangkan tinta di helaiannya
jika dia adalah aku
mampukah aku bertahan disitu

cincinsuasa86
1246pm
teratak 2831
alam ketenangan






Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Friday, October 23, 2009

kenangan semalam

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Cuti... Itu yang bro hadapi. kerja tak habis2 lagi mengecat kat umah ni. lepak2 ni bro terkenang lak pengalaman time berteater. rindu lak nak join teater. yela... bro masuk2 university, memang teater la yang bro kenal. apa yang bro dapat memang banyak dalam team teater ni.

Bile bro2 dalam teater blah, memang la bro kurang sangat aktif dalam teater ni. sekarang ni cerita diorang mcm mana nak cari duit. wawawa... ada yang berkeluarga, sekarang ni bro je yang tinggal kat msu ni. adalah adik2 yang kat dalam teater da sambung belajar kat msu, tapi tak sama macam sekarang, semua buat hal sendiri. erm... layan...

apa pun, nak habiskan dip, nak sambung degree lak. arap2 la impian ni tercapai. amin...



Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Monday, October 19, 2009

Bro Join CLUB BLOG-BLOG BICARA SEMPOI :)

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Asalamualaikum w.b.t...

Pengalaman bro hari ini, bro bermula lah bekerja sebagai tukang cat kat rumah ni... :) hehehe.. bro baru kikis2 kat pagar tu... malam ni baru la dapat untuk bro update cikit di blog kesayangan bro ini. JENG3X... bro jumpe benda terbaik...



Menarik, kerana blog ini mengumpulkan blogger2 yang sempoi. platform untuk bro berkenalan dan juga belajar dengan blogger2 lain. yang penting semuanya Sempoi...:)

JOIN LA...:) konpem korang akan hepi...:) Lagi ramai lagi la best kan...

Untuk kalian di CLUB baru bro...

Bicara kita bicara mudah
bukan membantah atau tak endah
hanya meluahkan rasa
harap2 terimalah saya disana
untuk menambah perisa
untuk menceriakan suasana
dan memeriahkan dunia blog kita
Bersatu biar padu
club baru saya tuju
jangan segan jangan malu
salah silap harap dibantu
Senyum Selalu..:)





Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Wednesday, October 14, 2009

Secebis cerita hidupku

Asslamualaikum w.bt.
Bro sekarang berda di kampung... Melaka. Baru sampai semalam. Rindu masakan mak..hehehe/. Lama da tak buat sajak di sini bro rasa. Bro sekarang suka main photoshop, wat sajak , pastu "salin" dalam bentuk gambar. menarik sebenarnya buat benda ini.:) improvement dalam cabang seni.
berita menyedihkan, semalam komputer bro down, power supply terbakar. tak tahu la sebab apa. apa yang bro tahu, bro sedih sebab t u la harta bro. duit pun tak de nak betulkan. terdiam la kerja2 bro dalam komputer tu. komputer tu nak berehat kot. :) positif kan minda.
Tugasan di kampung pula, bro dah diberikan tugas oleh mak untuk mengecat pagar batu rumah, berat gak tu, tapi insyaALLAH, mak suruh, kene wat. nanti jadi tanggang karang baru tau. ni masa nak berbakti. duit xde nak bagi kan, bro je menghabiskan duit2 mak abah ade la...
Jumaat hari tu bro sertai perjumpaaan malam baca puisi PENA (Persatuan Penulis Nasional). Setiap bulan dibuat untuk para penyair berkumpul dan berkongsi luahan rasa dalam bentuk sajak. banyak yang disentuh, dan seperti biasa masalah kaum melayu dan tragedi jiran juga disentuh.
Dalam blog ini belum lagi menyentuh apa yang dipanggil Ujian dari ALLAH terhadap makhluknya. Gempa di Padang dan Taufan di Manila. Ujian ini... dan apa lagi yang kita inginkan untuk kita berubah kearah yang lebih baik. jika bukan kita sesama muhasabah diri. Jangan la kita rasa bersenang2 dengan apa yang kita lalui sekarang. Sekdar ingin menginatkan diri bro dan rakan2 sekalian.
Pilihan raya di Bagan Pinang, yang Pernah dijatuhkan hukuman itu dijulang kembali. ini seperti roda yang kita selalu katakan HIDUP INI SEPERTI RODA. Sebagai orang melayu yang mengatakan TAKKAN MELAYU DILANG DIDUNIA, kita sendiri menghilangkan bangsa kita jika masih lagi bertunjangkan bangsa.marilah kita memperjuangakan agama. Disana kita akan terus memperjuangkan bangsa. "KEBENARAN PASTI AKAN MUNCUL"