Wednesday, October 14, 2009

Secebis cerita hidupku

Asslamualaikum w.bt.
Bro sekarang berda di kampung... Melaka. Baru sampai semalam. Rindu masakan mak..hehehe/. Lama da tak buat sajak di sini bro rasa. Bro sekarang suka main photoshop, wat sajak , pastu "salin" dalam bentuk gambar. menarik sebenarnya buat benda ini.:) improvement dalam cabang seni.
berita menyedihkan, semalam komputer bro down, power supply terbakar. tak tahu la sebab apa. apa yang bro tahu, bro sedih sebab t u la harta bro. duit pun tak de nak betulkan. terdiam la kerja2 bro dalam komputer tu. komputer tu nak berehat kot. :) positif kan minda.
Tugasan di kampung pula, bro dah diberikan tugas oleh mak untuk mengecat pagar batu rumah, berat gak tu, tapi insyaALLAH, mak suruh, kene wat. nanti jadi tanggang karang baru tau. ni masa nak berbakti. duit xde nak bagi kan, bro je menghabiskan duit2 mak abah ade la...
Jumaat hari tu bro sertai perjumpaaan malam baca puisi PENA (Persatuan Penulis Nasional). Setiap bulan dibuat untuk para penyair berkumpul dan berkongsi luahan rasa dalam bentuk sajak. banyak yang disentuh, dan seperti biasa masalah kaum melayu dan tragedi jiran juga disentuh.
Dalam blog ini belum lagi menyentuh apa yang dipanggil Ujian dari ALLAH terhadap makhluknya. Gempa di Padang dan Taufan di Manila. Ujian ini... dan apa lagi yang kita inginkan untuk kita berubah kearah yang lebih baik. jika bukan kita sesama muhasabah diri. Jangan la kita rasa bersenang2 dengan apa yang kita lalui sekarang. Sekdar ingin menginatkan diri bro dan rakan2 sekalian.
Pilihan raya di Bagan Pinang, yang Pernah dijatuhkan hukuman itu dijulang kembali. ini seperti roda yang kita selalu katakan HIDUP INI SEPERTI RODA. Sebagai orang melayu yang mengatakan TAKKAN MELAYU DILANG DIDUNIA, kita sendiri menghilangkan bangsa kita jika masih lagi bertunjangkan bangsa.marilah kita memperjuangakan agama. Disana kita akan terus memperjuangkan bangsa. "KEBENARAN PASTI AKAN MUNCUL"

No comments:

Post a Comment