Showing posts with label pengalaman bro 1009. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bro 1009. Show all posts

Wednesday, October 28, 2009

Senyum punya cerita... bukan mintak tapi terbitkan

teratak 2831
1001 cerita ia simpan untuk bro






SENYUM SELALU...:)





ini istilah yang bro biasa guna untuk 3-4 tahun kebelakangan ini. satu kata2 yang bro akan guna untuk semua orang.





terinngat bro semasa bro menjadi ajk di matrik. bro akan gunakan benda ni sebagai pembakar seamangt untuk kawan2 dalam team yang menganjurkan sesuatu aktiviti.





" SATU JE SAYA MINTAK, SEBUAH SENYUMAN,SENYUM SELALU"





bro semasa menjadi fasilitator pun bro akan gunakan ayat diatas sebagai ayat semangat untuk pelajar-pelajar orientasi.





" MUNGKIN SELEPAS INI, AWAK SEMUA DAH TAK PERASAN SAYA, SATU JE SAYE MINTAK, PANDANG SAYE, SENYUM UNTUK SAYA"





benda ni juga bro praktikkan dalam teater, semasa bro jadi krew dan pengarah teater bro akan gunakan ayat2 yang sama untuk bro ceriakan keadaan. benda ni penting kerana bekerja bawah bro memang la tensen sebab bro ni angin sikit( banyak kot). setiap kali bro abis mengarah satu malam tu, bro akan kumpulkan sahabt2 seperjuangan bro, bro akan cakap





" senyum untuk saye, dan senyum untuk semua"





ketenangan dan penat untuk semua akan hilang bila tengok adik2 senyum je. walau semasa training penat nya memang tak terkata. kena nangis pastu kene gelak. kene guling2 pastu kene mengurat lak. uik. memang la letih cmtu.





bro join persatuan mahasiswa islam pun bro gunakan kaedah tu, tp dalam team ni, mungkin cara tarbiyah berlainan. sukar juga kerana semua nya perlu dijaga. bro suka tapi bro kadang tidak tenang dan ada masa kurang untuk bro katakan "SENYUM SELALU SEMUA"...





tapi...





sebenarnya bukan la yang bro mintak untuk semua orang itu sekadar untuk bro, kerana bro tau senyuman itu pengubat duka. duka diri dan duka yang melihat.





nak tahu tak.





walau pun bro selalu mintak orang senyum. bro ialah orang yang sukar untuk senyum. bro selalu pikir. bila bro mintak(rangsang) orang untuk senyum, bro akan dapat lihat cebisan-cebisan senyuman bro ada di setiap wajah orang yang bro gembirakan.





akhir...


apa lagi yang bro boleh katakan jika bila bro katekan "SENYUM SELALU TAU" pada seseorang. tapi jawabnya
"BOLEH X TAK SENYUM, PENAT LA ASYIK SENYUM JE N PURA2 SENYUM"...
"PURA2 JE SENYUM NI"
"XDE BENDA LAIN KE NAK CKP"
"AYAT SAME JE"





Hanya dari bro...





satu senyuman bro hilang bila bro di jawab dengan jawapan itu... biarlah... kerana senyuman itu benda besar pada bro, mungkin kecil pada orang...





senyum selalu ye semua..:)

cincinsuasa86
1027pm
teratak 2831
281009

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki









Friday, October 23, 2009

kenangan semalam

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Cuti... Itu yang bro hadapi. kerja tak habis2 lagi mengecat kat umah ni. lepak2 ni bro terkenang lak pengalaman time berteater. rindu lak nak join teater. yela... bro masuk2 university, memang teater la yang bro kenal. apa yang bro dapat memang banyak dalam team teater ni.

Bile bro2 dalam teater blah, memang la bro kurang sangat aktif dalam teater ni. sekarang ni cerita diorang mcm mana nak cari duit. wawawa... ada yang berkeluarga, sekarang ni bro je yang tinggal kat msu ni. adalah adik2 yang kat dalam teater da sambung belajar kat msu, tapi tak sama macam sekarang, semua buat hal sendiri. erm... layan...

apa pun, nak habiskan dip, nak sambung degree lak. arap2 la impian ni tercapai. amin...



Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Monday, October 19, 2009

Bro Join CLUB BLOG-BLOG BICARA SEMPOI :)

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Asalamualaikum w.b.t...

Pengalaman bro hari ini, bro bermula lah bekerja sebagai tukang cat kat rumah ni... :) hehehe.. bro baru kikis2 kat pagar tu... malam ni baru la dapat untuk bro update cikit di blog kesayangan bro ini. JENG3X... bro jumpe benda terbaik...



Menarik, kerana blog ini mengumpulkan blogger2 yang sempoi. platform untuk bro berkenalan dan juga belajar dengan blogger2 lain. yang penting semuanya Sempoi...:)

JOIN LA...:) konpem korang akan hepi...:) Lagi ramai lagi la best kan...

Untuk kalian di CLUB baru bro...

Bicara kita bicara mudah
bukan membantah atau tak endah
hanya meluahkan rasa
harap2 terimalah saya disana
untuk menambah perisa
untuk menceriakan suasana
dan memeriahkan dunia blog kita
Bersatu biar padu
club baru saya tuju
jangan segan jangan malu
salah silap harap dibantu
Senyum Selalu..:)





Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Wednesday, October 14, 2009

Secebis cerita hidupku

Asslamualaikum w.bt.
Bro sekarang berda di kampung... Melaka. Baru sampai semalam. Rindu masakan mak..hehehe/. Lama da tak buat sajak di sini bro rasa. Bro sekarang suka main photoshop, wat sajak , pastu "salin" dalam bentuk gambar. menarik sebenarnya buat benda ini.:) improvement dalam cabang seni.
berita menyedihkan, semalam komputer bro down, power supply terbakar. tak tahu la sebab apa. apa yang bro tahu, bro sedih sebab t u la harta bro. duit pun tak de nak betulkan. terdiam la kerja2 bro dalam komputer tu. komputer tu nak berehat kot. :) positif kan minda.
Tugasan di kampung pula, bro dah diberikan tugas oleh mak untuk mengecat pagar batu rumah, berat gak tu, tapi insyaALLAH, mak suruh, kene wat. nanti jadi tanggang karang baru tau. ni masa nak berbakti. duit xde nak bagi kan, bro je menghabiskan duit2 mak abah ade la...
Jumaat hari tu bro sertai perjumpaaan malam baca puisi PENA (Persatuan Penulis Nasional). Setiap bulan dibuat untuk para penyair berkumpul dan berkongsi luahan rasa dalam bentuk sajak. banyak yang disentuh, dan seperti biasa masalah kaum melayu dan tragedi jiran juga disentuh.
Dalam blog ini belum lagi menyentuh apa yang dipanggil Ujian dari ALLAH terhadap makhluknya. Gempa di Padang dan Taufan di Manila. Ujian ini... dan apa lagi yang kita inginkan untuk kita berubah kearah yang lebih baik. jika bukan kita sesama muhasabah diri. Jangan la kita rasa bersenang2 dengan apa yang kita lalui sekarang. Sekdar ingin menginatkan diri bro dan rakan2 sekalian.
Pilihan raya di Bagan Pinang, yang Pernah dijatuhkan hukuman itu dijulang kembali. ini seperti roda yang kita selalu katakan HIDUP INI SEPERTI RODA. Sebagai orang melayu yang mengatakan TAKKAN MELAYU DILANG DIDUNIA, kita sendiri menghilangkan bangsa kita jika masih lagi bertunjangkan bangsa.marilah kita memperjuangakan agama. Disana kita akan terus memperjuangkan bangsa. "KEBENARAN PASTI AKAN MUNCUL"