Thursday, April 30, 2009

sepi dalam terisi

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

dalam masjid gergasi ini aku bersila
terlihat aku dihadapan tiang itu
pemuda berjanggut disana
khusyuk tidak berpaling
bergerak badannya mengikut irama 
lagu dimainkan mulutnya sendiri
dari lantunan suara bacaan ayat-ayat cinta
dari pencipta dirinya

di satu sudut dihujung sana
seorang tua sedang bersujud
diam dan kaku
bagai batu dia disitu
memisahkan dunia dari dirinya
memohon sesuatu dari penciptanya 
dan semoga dia ketemu apa yang di mintanya

aku bersandar sebentar disini
menulis perilaku insan
dalam masjid sepi berhawa dingin
satu saf sahaja akan diisi kurasakan hari ini
tempat ini sepi 
bagai istana hanya ada sepasang suami isteri

tetapi aku bersyukur
aku mampu tergolong dikalangan sedikit ini
dicelah-celah situa dan si pemuda ini
aku tenang disini

azan asar berkumandang akhirnya

cincinsuasa86
430 petang
29/04/09
masjid negeri 


Tuesday, April 28, 2009

BersamaPakSamad( petikan dari http://uknowsanasini.blogspot.com/2009/03/bersama-pak-samad.html



Di satu petang minggu lepas aku sempat bersembang-sembang dengan Pak Samad (A. Samad Said) kat kedai kopi Maidin. Bersama minum semeja ialah Ibu (isteri Pak Samad) dan Rahmat Haron.

Sebelumnya juga, acap kali juga minum-minum dan gebang-gebang dengan Pak Samad. Dari pertemuan-pertemuan itu aku amati dan dapat aku rasakan bahawa banyak perubahan berlaku pada diri Pak Samad semenjak dia pulang menunaikan ibadah haji di Makkah. Semoga dia telah mendapat haji mabror.

Dulu Pak Samad ini tak begitu menghiraukan isu-isu politik, malah politik bahasa sekali pun. Dia ambil tahu lah, tapi tak ada semangat untuk berjuang dan melawan untuk menegakkan sesuatu pendirian.

Tetapi sekarang ini, aku perhatikan sangat berubah sekali: berani, lantang dan tegas. Semoga semangat ini, melakukan fardhu kifayah, akan terus menyala dalam dirinya untuk kebaikan kita semua rakyat Malaysia.

Sudah tentunya sembang-sembang kami itu banyaknya berkisar isu bahasa ibunda dan kempen anti-PPSMI.

Ini mengingatkan aku kembali di zaman remaja aku. Aku ke sekolah Orang Putih semenjak umur ku 11 tahun - Special Malay Class. Beberapa tahun kemudian, sampai aku ke Tingkatan 4 dimasukkan ke dalam aliran sains pula. Jarang-jarang sekali budak kampung dapat masuk jurusan sains masa dulu. Jadi banggalah juga aku, kerana sampai ke peringkat Lower School CertificateSchool Certificate danHigher School of Certificate hingga sampai boleh masuk universiti.

Bukannya Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang dikelolakan Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi peperiksaan dan sijil yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge, salah satu universiti tertua dan terulung Orang Putih.

Jadi masa remaja aku dulu bila seorang sepupu, Syukri datang dari Besut dan tinggal bersama keluarga aku ketika cuti sekolah, dan dia beria-ia berleter tentang membahasa kebangsaankan pembalajaran dan pengajaran di sekolah, aku bukan sahaja tak senang mendengarnya, tapi aku anggap dia ni bodoh dan tak reti apa-apa tentang sains.

Macam mana nak belajar ilmu kemia, biologi, fizik dan matematik dalam bahasa kebangsaan? Istilah sebutan 'pii' , 'nueron', 'Bunsen bunner', 'velocity', 'acceleration' pun tak ada. Apatah lagi konsep, proses-proses, takrif-takrif yang beribu-ribu banyak terdapat dalam bidang ilmu itu.

Jadi sekarang ini aku fahamlah kedegilan banyak orang yang tak mahu u-turn PPSMI ini. Aku pun macam itu dulu, sangat hijau dan mentah. Dan sekarang aku pun anggap mereka itu hijau dan mentah macam aku dulu.

Dalam proses mendewasa, mengembara dan pengalaman hidup yang ditempuhi, maka sedarlah aku bahawa satu-satu bahasa itu tidak mempunyai monopoli ke atas ilmu pengetahuan, miskipun dalam bidang sains dan matematik.

Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan, Cina dan Jepun semuanya menggunakan bahasa ibunda mereka dalam semua bidang ilmu pengetahuan daripada peringkat tadika hinggalah ke universiti, termasuk pasca siswazah. Kalau kita pergi ke nagara itu, 90% professornya tak tahu cakap Bahasa Inggeris..

Tapi mundurkah mereka dari segi ilmu pengethuan sains, perkembangan industri dan pertumbuhan ekonomi? Sebaliknya, mereka menjadi Harimau Asia.

Aku juga pernah mengembara dan tinggal di negara Asia Selatan: Sri Lanka, India, Bangladesh dan Pakistan. Sekolah mereka, terutama institusi pendidikan elit dan elit berkuasa mereka semuanya menggunakan bahasa Inggeris semenjak merdeka pada tahun-tahun 1940'n. Begitulah juga negara Filippina yang pernah aku lawati.

Tetapi kemunduran dan kemiskinan di negara itu sangat teruk sekali sehingga tak dapat dicerita secara tulisan dan lisan. Pergilah ke sana dan alamilah akan keadaan masyarakat mereka. Mungkin sikit dapat rasakan jika menonton Slumpdog Millionaire!

Jadual: Perbandingan petanda sosio-ekonomi negara yang menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran dan pengajaran mereka.


Ranking

Sosio-Ekonomi Dalam Dunia

Negara

Pendapatan Per Kapita USD

Kadar Kematian Bayi Per 1,000 kelahiran

Jangka Hayat

(Tahun)

025

Jepun

37,670

4

81

031

Singapura

32,470

4

77

032

Hong Kong

31,610

3

79

038

Taiwan

29,800

6

78

049

Korea Selatan

19,690

9

73






081

Malaysia

6,540

8

72

131

China

2,360

31

70






142

Filipina

1,620

32

69

145

Sri Lanka

1,540

16

73

160

India

950

70

63

163

Pakistan

870

91

62

184

Bangladesh

470

73

59













































































Sumber: World Development Indicators database, World Bank, revised 17 October 2008


Di Singapura pula, sebenarnya telah berpuluh tahun secara yang tak pun heboh di Malaysia ini, telah mengalih kecenderongan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Mandarin. Pergilah ke sekolah-sekolah elit di sana, Bahasa Mandarin menjadi keutamaan. Sehingg jika tidak tahu menulis, membaca, dan bercakap bahasa Mandarin- anda tidak/sukar diterima masuk kerja dalam perkhidmatan awamnya. Bahasa seharian di pejabat kerajaan dah beralih kepada bahasa Mandarin (Lihat Lily Zubaidah Rahim (1998): Singapore Dilemma, Oxford Univeristy Press, Kuala Lumpur).

Jadi penggunaan PPSMI di Malaysia ini tidak akan menjamin akan kemajuan sosio-budaya dan pembangunan industri serta ekonomi Malaysia. Malah boleh membawa kepada kemerosotan!

Setahun dahulu aku telah dipelawa oleh Kementerian Pelajaran dan pihak Commonwealth untuk membuat kajian di sekolah menengah di Tanah Semenanjung. Jadi kami pilih ikut rambang stratifikasi sekolah dengan mengambil kira angkubah luar bandar-bandar, asrama-harian, perempuan-lelaki-campur, elit-umum dsb.

Penemuan yang ketara sekali ialah pengajaran-pembelajaran PPSMI tidak lancar di dalam bilik darjah.

Murid-murid, terutama di sekolah luar bandar, ternganga-nganga tak faham apa yang diajar. Apa tidaknya, hanya dalam kelas itulah terdedah pada kononnya interaksi berbahasa Inggeris. Di luar bilik darjah, di padang, di rumah, di kampung – menggunakan bahasa ibunda semata-mata. Buat kata orang dulu-dulu, sepatah haram pun tak guna bahasa Orang Putih.

Guru PPSMI pula. Sebilang besarnya Orang Melayu purata 95%. Dari tadika mereka, sekolah rendah mereka, sekolah menengah mereka, maktab dan universiti mereka, dan pengalaman mengajar mereka – semuanya dalam bahasa Kebangsaan. Tut, tut tiba tiba disuruh dan dipaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Mereka ini pun menggagau-gagau!

Tidak hairanlah jika markah kelulusan peperiksaan diturunkan, 30% untuk lulus, bagi menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang. Kononnya!

Inilah satu penipuan besar yang akan membawa celaka kepada rakyat dan negara Malaysia. Sememang celaka orang yang berdegil untuk meneruskan dasar ini.

Sebenarnya, semua negara Eropah (Barat dan Timur) minggunakan bahasa ibunda mereka sendiri di sekolah sehingga pasca-siswazah, termasuklah pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik.

Di Switzerland pula ada tiga kumpulan etnik: Perancis, Jerman dan Itali. Jadi, setiap sekolah komuniti mereka sehingga ke universiti, bahasa ibundalah (Perancis, Jerman atau Itali) digunakan. Begitu juga di Belgium: bahasa Perancis dan bahasa Belanda untuk sekolah hingga ke universiti. Bahasa Inggeris hanya bahasa kedua atau bahasa ketiga sahaja. Mundurkah Switzerland dan Belanda itu?

Aku pernah menjadi pensyarah untuk program ijazah (sosiologi) Universiti Western Mechigan (Amerika Syarikat) dan program (Pengurusan Sumber Manusia) Universiti Sydney di Malaysia ini. 95% siswa-siswi Cina dari sekolah Cina. Bahasa Inggeris lentang-pukang.

Tetapi mereka diberikan masa tempuh dua semester untuk secara intensif mempelajari bahasa Inggeris. Cukup dengan guru bahasa yang khusus dan mahir serta makmal bahasa yang canggih.

Kebanyakannya dalam satu semester sahaja sudah lulus bahasa Inggeris untuk masuk program ijazah. Ada anak-anak murid aku sekarang dah dapat Phd. dengan menulis tesis dalam bahasa Inggeris dari universiti di Australia dan Amerika, termasuklah bidang sains, kejuruteraan, matematik dan teknologi lainnya. (Sistem universiti Amerika setiap pelajar pada peringkat awal kursus universiti mesti ada ambil beberapa subjek dalam pelbagai bidang seperti sains sosial, matematik, falsafah, sastera, muzik, seni dan sebagainya; kemudian baru buat pengkhususan).

Pada hakikatnya, bukannya semua anak Malaysia masuk universiti, bukan ramai yang nak buat tesis Phd. Dan juga bukan semuanya nak tulis dalam bahasa Inggeris.

Kononnya kita akan tertinggal ilmu pengetahuan, industri, niaga dan ekonomi kalau tak menguasai bahasa Inggeris, kerana sekarang ini bahasa Inggeris kononnya bahasa dominan dunia.

Kemungkinan besarnya, yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berkeciciran. Sains dan matematik lemah kerana tak faham konsep kerana tak faham bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris lentang-pukang kerana ianya tidak diajar secara sistematik oleh guru-guru yang khas.

Apakah tidak berkemungkinan dalam masa tempuh 20-30 tahun lagi bahasa Mandarin akan menjadi bahasa dominan dunia? Apakah pulak ketika itu kita tukar dasar kita pada PPSMM – Pembalajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Mandarin! (Aku setuju untuk sekolah Cina atas dasar hormat akan hak bahasa mereka).

Jadi, selepas seminggu dulu minum kopi dengan Pak Samad, dan kemudian melihatnya pula berlelehan airmata (sedih atau pedih kena gas), aku terasa sangat gelisah, risau dan teruja sekali! 

Aku tetap akan bersama Pak Samad menentang PPSMI. 






Free Signature Generator

Monday, April 27, 2009

kamu tidak berbakat... dari orang seni pada yang baru



assalamulaikum wbt

erm... 
"-untuk yang mempunyai jiwa-kata kamu

tapi percayalah, manusia ber'jiwa' tidak akan membaca karya ini.

bakat adalah anugerah semulajadi. untuk tidak menipu kamu, saya katakan bahawa kamu tidak punya itu (bakat). jika berhasrat untuk terus dalam bidang ini, banyakkan membaca (dan belajar).

membaca hasil kamu di atas, saya seperti membaca sajak di majalah sekolah rendah."

ini yang bro dapat bila bro hantar sajak ke satu laman web... entahla... bro ingat laman web itu boleh beri ruang untuk bro bekarya. tapi ia juga memberi ruang untuk kritikan diberikan. bukan semuanya mudah...

apa pun sajak adalah kehidupan, satu luahan rasa bagi bro. jadi pikir2 balik, mungkin diruang blog ini bro ada hak untuk berkarya dan tenang untuk meluahkan perasaan. tanpa memikirkan apa difikirkan orang...

jika bro hantar dan dikritik tak membina, lagi jauh bro dengan seni. bro tau orang seni jiwa berlapis, tahan makian kerana bro dulu diajar

"maki lah aku, cacilah aku, jika aku salah

layan... biar rebah jangan mengalah...:)

berjalan dalam sepi
berlari dalam sunyi
biarkan aku sendiri
dalam jiwa mencari erti
dalam diri mencari bahagia hakiki

Monday, April 20, 2009

untuk mu, dariku...


bila aku terpandang mu
aku melihat sesuatu keindahan
keindahan untuk yang mengerti
apa itu kebahagian

bila aku melihatmu
ketenangan yang kurasa
keindahan dan kebahagian teru menjelma
untuk insan yang sedang termenung ini

bila aku datang kesana
kau ada dan segalanya cerah
untuk aku meneruskan jalan penuh luka
bukan jalan mudah dan ia sukar

walau kau tiada disisi
kau tetap kan ku ingat dan damba

untukmu...
dari ku...

cincin_suasa 86 
1147 pm
isnin
teratak 1143

Thursday, April 16, 2009



assalamualaikum w b t..

apabila dibelek gamabr2 lame.  bro teringat produksi teater bro dulu..
team teater yang ada pelbagai cerita.
mungkin nanti bro da x leh nak direct ape2 teater, bro tetap akan tau, bro pernah menjadi director.
terbaru, kelab baru bro, akan wat teater di kolej, ditawarkan jadi pengarah, tapi tak konpem lagi.
:)


ceria bersama



mata



team produksi



mamam di rafi...last berkumpul..
tamat satu produksi...



Tuesday, April 14, 2009

siapakah peneroka itu

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

Mencari erti hidup

 

Tiada duka tiada derita

 

Itu mustahil dan hanya fantasi semata

 

Untuk yang berangan tidak suka bekerja

 

Pencarian bukan perlancongan

 

Ia bukan untuk bersuka ria dan juga berketawa

 

Ia untuk orang menangis takutkanNYA

 

Dan tidak gentar bila tersungkur di jalanNYA

 






Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

Friday, April 10, 2009

aku sekadar menulis

hari ini aku terus menulis….
mencari apa yang ada dalam diri
mencari apa yang tak pasti
mengejar pada yang tidak sedia menanti


aku terus menulis
berfikir bercampur emosi
kenapa ini semua boleh terjadi
kenapa aku yang di uji
dan kenapa aku x mampu nak menghadapi
aku terus menulis…
hati ku mengatakan ya.
tapi akal mengatakan tidak
jiwaku mengatakan cinta
jasadku mengatakan tidak layak
diri ingin memiliki jiwa yang satu
pada satu sudut yang aku tak layak nak mengapainya…


aku terus menulis…
persis ombak di kuala perlis
bagikan ketenangan tasik di arau
aku tidak tau apa yang ada didalamnya
aku tidak mengerti kenapa ini semua boleh berlaku
hanya senyuman pengubat duka di hati


aku terus menulis…
bertanya pada pemerintah diri
apakah yang aku ingin dalam diri
untuk mengubatjiwa yang tak keruan ini


aku terus menulis…
hidup terumbang ambing bagai kapal tidak berhaluan
dan aku nakhoda cinta jiwaku
berlayar dalam sepi
hanya sekejap sahaja aku tersenyum memandang bulan mengambang
dan aku tahu ia akan pergi…
adakah sempat aku menatapnya lagi
biarpun mengapainya bukan kemampuan ku
biarpun menyentuhnya tidak kudratku
walau memilikinya aku tidak pasti dapatkah dipenghujung ceritaku

aku terus menulis…
mengenangkan pada wajah bulan mengambang….
adakah ada lagi hari untuk aku mendapatkan secebis impian…
untuk aku menatap wajahnya di depan mata…

ah…………..
aku sedar….
aku hanya mampu menulis…
berdoa
bertawakal
dan menyerahkan jiwaku padaNYA
untuk aku tahu adakah…
‘dia’ milikku
atau ‘dia’ sekadar teman mimpiku…
aku mahu ‘dia’ jadi milikku
sebagai teman dalam pelayaran ini….

tapi….
aku sekadar mampu menulis….
yang benar

knie@bob
1013am
rabu

Thursday, April 9, 2009

anak zaman ini

anak zaman ini
anak zaman ini
slatnya tertinggal di kaca tv,
penyanyi pujaannya setaraf nabi,
cakera padatnya'kitab suci",
itulah santapan rohani.
anak zaman ini,
di pawagam zikirnya mati,
pelakon pujaannya bagaikan wali,
filem-filem n fesyen terkini
itulah kemajuan yang dibanggai
anak zaman ini,
doa tak sefasih cacian,
'usrah' sebagai pentas keramaian,
kerana masjid hiasan pembangunan,
agama disijilkan untuk pekerjaan.
anak zaman ini,
halal dan haram perkataan seerti,
hidup baginya hanya sekali,
maksiat menjadi urat nadi,
dan dadah menjadi makanan asasi...
sekian...
YANG-ARE-BAR-DIEY
E'KA... SPM05

mintak maaf kepada yang menulis sajak ini. saya ambil... :) dari buku AL ANUAR EDISI KE-04(1426/05

SMUMDA PULAU MELAKA

tq..:)

Wednesday, April 8, 2009

jiwa... maafkan aku...

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"


jiwa…
apa yang kau rasa sekarang?
apa yang kau idamkan nanti?
apa yang kau inginkan selepas ini?
apa yang cemburukan pada yang lain?
apa yang kau pikirkan tentang insan bernyawa?
apa yang kau nak dalam diri ini?

jiwa…
aku bertanya pada apa yang kau rasakan…
aku bertanya pada apa yang kau detikkan…
aku bertanya pada apa yang kau selamkan…
pada apa yang kau pendamkan…
aku bertanya pada semua yang aku ingin tau pada diri…

jiwa….
aku sendiri tiada jawapan pada apa yang aku inginkan…
aku sendiri mencari apa yang aku ingin carikan
aku sendiri mencari langkah dlam hidup ini

jiwa…
kau ingat kenapa kau menangis dulu?
kau ingat kenapa kau memberontak dulu?
kau ingat kenapa kau gelak dulu?
kau ingat kenapa kau berduka dulu?
kau ingat kenapa kau gembira dulu?
kau ingat kenapa kau tidak ingat semua perkara dulu?

jiwa…
aku ini bukan seorang yang pentafsir…
aku ini bukan seorang tukang tilik…
aku ini bukan seorang pendita…
aku ini bukan seorang pemilik makrifat…
aku ini hanya… pemilik jiwaku sendiri…

jiwa…
jika kau mengerti apa yang mindaku katakan…
aku ini mencari mu…
aku ini menjejak mu…

jiwa…
mungkin kau lupa tugas kau di sini
aku tau semua ini salah diri ku
aku tidak menjaga kamu sebaik nya…
aku tau kau banyak cedera sebagai penghuni jasad ku

jiwa…
sudi kau maafkan aku?
aku ingin bawa kau ke jalan yang betul
aku ingin kau jadi bersih…
aku idamkan aku menjadi pemilik mu yang dapat menjagamu

jiwa…
aku rasa aku malu
menjadi tuan tak berguna
tidak menjaga mu sebaiknya

jiwa…
kau sudi mengikut ku?
aku tau kau keras sekarang
aku tahu kau hitam sekarang
sudi kau beri aku peluang?
peluang membersihkan mu

jiwa…
aku tidak tahu sampai bila aku akan menjadi tuanmu…
aku tidak tahu sampai bila akan kau terkurung dalam jasad ku
aku tidak tahu…aku tidak tahu..

jiwa…
kenapa kau menangis?
kau marah kan aku?

jiwa…
kalaulah kau dapat aku bersihkan
aku tahu semua dibadan ku dapat aku bawa kejalan yang betul…
jangan marah…. aku tahu semua ini silapku…
aku akan tebus sebelum aku mengadapNYA

jiwa…
jika ini kali terakhir aku dapat memujuKmu…
aku harap kau mengerti…
aku hanya insan biasa…
tidak lari dalam mencederakan kau dan mengotorkan kau,..
aku tahu kau sentiasa menangis minta dibebaskan dari ku…

jiwa…
sabar..
mungkin tak lama lagi giliranku akan sampai…
sebelum tu mari lah kita membetulkan mana yang patut…
kita ada masa selagi nafas ini tidak putus
walau ia nanti sudah tersangkut sangkut…

jiwa…
kita masih ada masa..
mari kita dekat pada pencipta kita…
yang mempertemukan antara aku dan kau… jiwa…
yang akan memisahkan kita
dan yang akan memberi balasan pada apa yang kita lakukan
yang MAHA BESAR
ALLAH S.W.T

jiwa….maafkan aku….

knie@bob

140708
isnin
1.56pm






Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

untuk apa mereka berkumpul?


Kotor dan busuk
Jijik untuk melihat
Malu untuk mendekat
Semua hanya sandiwara semata
Picisan dan bukan bahan rujukan

Lemah dan mudah
Sekadar Bertepuk suka
Hanya yang suka diambil
Yang terkena diketepi hina

Ampu dan membodek
Untuk kuasa
Untuk diri semata
Berkata tentang sirah
Tapi satu dunia sudah meludah

Perhimpunan hanya gelak dan tawa
Bahasa dipermain
Jiwa bangsa ini dihilangkan
Untuk apa kamu berkumpul
Jika jiwa sudah hancur
Hanya akan ada di muzium
Bahasa ibunda kita ini nanti
Bukan dimulut- mulut pemuda pewaris generasi

Sudah lupakah pada sejarah khalifah tersungkur
Angkara pembelot dari bangsa yang sendiri
Menghilangkan bahasa
Sehingga generasi tidak mengerti
Tidak tau apa itu bahasa khalifah
Dan dari situ lupalah islam pada sejarah
Dan terus dinoda

Itu cerita mereka kamu kata
Disini cerita generasi hang tuah
“tidak akan hilang melayu didunia”
Ya,
selagi kau dan aku bisa subur dan “perkasa”
Dan diizinkan ALLAH
Akan ada keturunan melayu itu rasanya
Tapi

Adakah itu melayu
Jika tiada bahasa
Hanya menggunakan bahasa penjajah
Ingat…
Hilang bahasa
Hilanglah sejarah
Maka akan Hilang jiwa
Lalu
Hilanglah identiti bangsa
maka
Orang melayu itu berkumpul untuk apa?
Bertempik tapi kurang isinya
Sama sahaja cerita
pemimpin sendiri dalam sinis
Memperlekeh pejuang bahasa
Dan mengatakan tiada apa

Inikah melayu
Ah… bukan itu soalnya
Tapi…
Inilah melayu!!!
Bangga untuk mengatakan hak
jika ramai
Tapi tidak lakukan dalam hidup
Pagi sampai senja
Terdetik…
Sampai bila….
Samapai bila kita akan begini
Dihilangkan jiwa oleh bangsa sendiri

Cincin_suasa86
0513 petang
Teratak 2831






Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

sisipan jiwa


Sisipan jiwa

Langit indah jika diperhati
Begitu lah indahnya manusia jika diamati
Berarak awan mencari kesejukan
Berjalan manusia mencari ketenangan
Bersinar bintang kerana letusan memusnah diri
Berjaya manusia kerana percayakan diri
Langit indah jika kita hayati
Semuanya indah mengikut persepsi
Mungkin cerah, mungkin juga mendung
Begitulah manusia pelbagai keadaan
Pelbagai ragam
Tapi itulah indahnya
CiptaanNYA
Cincin_suasa86
1026am
080409
Teratak 1143






Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

si peneroka itu



Mencari erti hidup
Tiada duka tiada derita
Itu mustahil dan hanya fantasi semata
Untuk yang berangan tidak suka bekerja
Pencarian bukan perlancongan
Ia bukan untuk bersuka ria dan juga berketawa
Ia untuk orang menangis takutkanNYA
Dan tidak gentar bila tersungkur di jalanNYA





Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

erm..
aku termenung lagi..
mengenang kisah dulu
kisah mengejar sesuatu
dari apa yang ku nampak
terus ku tafsir menjadi keinginanku
keinginan yang membuak2
sesuatu yang terlalu aku inginkan...

sesuatu yang ku nampak sempurna
pada dia, pada insan didepanku
ku dambakan aku sepertinya
walau aku tahu aku adalah aku

sempurnanya dia
semuanya baik di mataku
dalam diam aku makin teringin
ingin memiliki sempurna itu
dan itulah bermula semuanya

aku mengejar sesuatu
yang bukan diriku
seperti baju yang tidak untuk jasadku
tapi aku sarungkan jua
kerana aku inginkan sempurna seperti dia

jiwa aku semakin sakit
semakin lama aku semakin resah
senyuman ku makin pura2
hanya jasad aku gembira
tapi hatiku menderita

ah..
mana sempurna itu
aku makin rasa jauh dari diri ku
dari mindaku
dari jiwaku
aku gundah dalam gembira
aku menangis di dalam jiwa
mencari makna bahagia
disebalik sesuatu
bergelar sempurna

sekarang aku buka kembali baju sempurna itu
aku inginkan diri ku ini
ku inginkan aku yang dulu
bukan yang mengejar sesuatu bukan milikku..

sempurna kah dia
aku bertanya
padahal dia manusia biasa
aku pun insan didunia ini
tiada beza pada mataNYA
pada yang MAHA MELIHAT
yang mengetahui semuanya

aku sekarang sedar
aku adalah aku
dan sempurna itu hanya ALLAH sahaja
dan aku sekadar insan biasa
yang perlu menjadi sesempurna manusia
bergelar hamba NYA

Semoga aku kuat...

amin..

selesai..
knie@bob99
932pm
selasa





Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"

setia menunggu



Penantian seorang lelaki
Perjalanan ini cerita kehidupan
Kehidupan yang mungkin semua orang menganggap gila
Hanya mencari tanpa memiliki

Dimanakah itu kebahagiaan
Semua yang dibuat hanya perkara untuk duka
Sehingga ketenangan hilang dari diri
Aku bingung disini

Aku resah dalam diam
Mencari dia yang menguji masa
Untuk apa penantian ini
Adakah akan sia2 atau ia akan berhujungkan bahagia

Ya ALLAH
Bimbing aku dalam pernantian ini
Aku ingin impian menjadi nyata
Tapi aku lemah dalam meneruskan pernantian ini
Semoga hujung cerita seindah angan-angan
Angan2 seorang insan
insan yang akan setia menuggu…

mimpi di petang hari


Mimpi petang permainan syaitan
Aku bermimpi lagi
Tatkala aku tertidur
Dalam bilik yang 2 minggu ditinggalkan
Tidak berpenghuni
Bermimpi melihat syaitan bergelar hantu
‘berjubah koyak putih
Berambut hitam panjang tidak terurus
Aku tersentak dari tidur dan melihat ke kanan
Aku ini mimpi atau benar
Adakah ia sudah bertapak dalam bilik yang ditinggalkan
Benar2 terkejut aku jadinya
Kerana aku rasa cukup penat
Jika
Terasa seperti mimpi dalam mimpi
Tidur petang memang la mengasyikkan
Kerana ia memudaratkan
Itulah yang akan menjadikan ia sukar untuk ditinggalkan
Inilah kisah tidur petang bermimpi hantu
Hantu
Yang sekarang semasa aku menaip ini
seperti memerhatikan aku disudut minda
Tidak nampak tapi terasa
YaALLAH, aku berlindung dari mu dari syaitan yang direjam
Amin…

campakkan jika itu yang kau inginkan

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

Campakkan apa yang kau inginkan
campakkan
lontarkan semua yang ada
lontarkan semua yang menyemak disitu
lontarkan Semua yang kau rasa rimas
lontarkan semua yang kau tidak inginkan

campakkan
selagi kau mampu untuk membuang
selagi kau yakin apa yang kau inginkan
selagi kau ingin kan itu akhirannya

campakkan
sebelum kau menyesal
sebelum kau terlambat
sebelum kau rasa jemu
sebelum kau rasa tidak mahu teruskan
dan sebelum kau akan terhenti dari mencampakkannya

campakkan
jika kau ingin terus mencampakkannya
kerana kau sahaja yang memikirkan untuk
mencampakkannya
dan orang lain menanti kau lakukan

cincin_suasa86
1801PM
Teratak 2831





Free Signature Generator

"mencari ketenangan hakiki"