Sunday, November 7, 2010

kenangan...


kenangan
cerita lama terselak kembali
tersingkap di album lama
dulu berhabuk di sudut bilik
tiba-tiba album itu kembali berbicara
mengungkap kata-kata kenangan
siapa diri ini sebelum aku disini.

cincinsuasa
07/11/10
834pm


bro ngan mak long


g jejalan ke kl ngan pakngah sani


aku bersilat. sekarang? alahai.. berat sudah...:)









Friday, October 22, 2010

chenta itu... ku damba...


Chenta...
terima kasih untuk segalanya
hadirmu untuk si teruna
mengubah dimensi rasa
mengalun melodi bahagia
yang penuh dengan cerita
suka dan duka bersama

chenta...
penuh debaran bila diriku ini diterima
berbagai andaian bermain dikepala
adakah ia nyata atau fantasi semata
ia realiti akhirnya

chenta...
ku tiupkan irama ini untukmu
biar bermain lagu indah dalam hatimu
membuai rasa kenikmatan ini
untuk kita rasakan berdua

chenta...
ini takdirnya, mungkin ada lagi yang menanti
buai angin malam tidak akan sentiasa nyaman
hayunan bahagia siang tidak akan sentiasa indah
ujian akan hadir juga nantinya

chenta...
ini rasa dari cahaya
terpercik dari jiwa untuk jiwa
semoga terbimbinglah rasa
untuk kita menuju bahagia yang hakiki
syurga yang kita idamkan

chenta
mari kita jaga rasa ini
biar hayunan buaian siang dan malam terjaga rentaknya,
terbuai dalam melodi kehambaan
penuh rasa tunduk pada pencipta kita
biar sukar, fikirkanNYA
kita dambakan cinta Sang Pencinta

0208am
21/10/10
1143
cincinsuasa86

"rentak degupan jantung ini, teruslah kau berdegup... "








Tuesday, October 19, 2010

kisah terbaru bro...:)


Assalamualaikum w.b.t

apa khabar agaknye semua kawan2 bro, kawan2 blogger bro.. setelah lama bro menyepi dalam dunia blog ini.

alhamdulillah.. semua perkara yang berlaku dalam hidup bro sekarang banyak mengajar bro apa itu ertinya hidup.:)

bro mule dengan raya la ye...:)



raya 2010

raya bagi bro tahun ini biase2 je.... raya pertama yang boring betul. sebab pertamanya balong n kak ika tak de tahun ini. sebelum raya gak banyak benda yang berlaku dalam keluarga bro. tp raya tetap raya. :)

alhamdulillah raya ini berbeza juga. kerana raya ni bro da mule amik degree. bro gak ngah bahagia.. hehehehe....

bro amik kos ape eh???:)

bro amik kos food service and technology. kos yang ramai bangkang bro amik. "xde kerje nanti"

bg bro.. insyaALLAH...ade rezeki nanti.. ALLAH kan pemberi rezeki...:)

bro dalam short sem ni x de la banyak sangat aktiviti. just bro wat untuk subjek dan hobi bro( puisi)

yang teringat...

bro wat projek tolong haiwan terbiar... bersama pelajar yang amik ethics in science.:) kami buat jualan amal (jual cupcake) dan buat khidmat masyarakat di SPCA ampang KL.





Cupcake yang menarik perhatian:)

Di SPCA

Alhamdulillah.. semua yang berlaku di dalam projek ini banyak mengajar bro soal kerjasama. adik2 dalam team ni banyak support ketua yang pemalas macam bro ni.:)

jika semasa mengambil diploma, bro banyak buat projek dengan kelab2 lama bro. tp sekarang bro tumpukan pada bidang yang bro minat. bro join creative club. tumpukan pada bidang sajak. bro join sayembara puisi GAPENA.hahaaha kalah peringkat saringan.:).

terbaru bro join kumpulan rantai.art. diorang buat pameran seni bernama HIMPUN. bro buat persembahan 2 buah sajak. MATA DAN HATI serta KETAWA DAN DIAM :) sorang sahabat bro kerusi sepi membacakan sebuah lagi karya bro KERUSI SEPI. memang kena la name pena dia dengan sajak bro.:)



cincinsuasa86


Kerusi Sepi

melihat hasil seni

InsyaALLAH ape2 pun.. bro akan imbangkan semua dalam kehidupan bro. kejar pelajaran, family, yang tersayang, hobi, kelab, satu lagi yang penting, kawan2... YANG PALING PENTING.. BEKAL NAK MENGADAP ALLAH... Ampunkan aku ya ALLAH Jika beg bekalan aku masih kosong dan aku leka walau masa semakin suntuk...

doakan bro..

Saturday, September 25, 2010

Sayembara Puisi GAPENA


Bersama pak Samad Said Di Moreh Puisi
ramadhan hari itu...


"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

segala puji dan puja hanya untuk ALLAH... ku mohon rahmat mu dalam perjalanan hidupku ini ya ALLAH..

Apa khabar sahabat2 sekalian...:)

semoga apa yang dilaku hari ini akan mendapat kebaikan dalam diri masing...:)

bila berlalu masa, adakah ia akan dikesali atau ia akan di ingati....


25 hb ini bro masuk lagi ke dalam perjalanan yang bro rasa bro suka... bro mengikuti sayembara puisi GAPENA terbuka seluruh Malaysia...

bro hanya masuk ke saringan sahaja...

tp pengalaman yang berharga bagi bro. :)

bro akan teruskan...:)









Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Thursday, June 17, 2010

ketawa dan diam....




Terdiam
Aku Terpaku
melihat diri tergelak dan tiba-tiba membisu
lalu aku tertanya...Kenapa?
adakah salah gelakmu
adakah dangkal ketawamu
ceritakan
supaya aku boleh berhenti gelak tawaku
rela membisu bersamamu

Sunyi Dan Terdiam
Aku Terus Menanti Bicaramu
Desah nafasmu seperti tidak teratur
aku semakin gundah
apakah yang akan kau luahkan

tiba-tiba jari mu bergerak
seperti mengira sesuatu...
mata ditutup
mulutmu berkumat kamit.

aku tidak dapat menahan rasa
apakah yang kau ingin katakan
jika itu adalah apa yang patut ku tahu
berilah aku mengetahuinya
apakah yang terbuku dihatimu

hanya kata2 ini yang keluar
"aku berhenti ketawa kerana tiba- tiba aku mengingati mati, tertanya aku adakah aku mampu ketawa semasa di alam sana. astaqfirullah,astaqfirullah, astaqfirullah..."
aku terkedu dan rela bersama membisu

cincinsuasa86
0902pm
17/06/10