Assalamualaikum w.b.t
apa khabar agaknye semua kawan2 bro, kawan2 blogger bro.. setelah lama bro menyepi dalam dunia blog ini.
alhamdulillah.. semua perkara yang berlaku dalam hidup bro sekarang banyak mengajar bro apa itu ertinya hidup.:)
bro mule dengan raya la ye...:)
raya 2010
raya bagi bro tahun ini biase2 je.... raya pertama yang boring betul. sebab pertamanya balong n kak ika tak de tahun ini. sebelum raya gak banyak benda yang berlaku dalam keluarga bro. tp raya tetap raya. :)
alhamdulillah raya ini berbeza juga. kerana raya ni bro da mule amik degree. bro gak ngah bahagia.. hehehehe....
bro amik kos ape eh???:)
bro amik kos food service and technology. kos yang ramai bangkang bro amik. "xde kerje nanti"
bg bro.. insyaALLAH...ade rezeki nanti.. ALLAH kan pemberi rezeki...:)
bro dalam short sem ni x de la banyak sangat aktiviti. just bro wat untuk subjek dan hobi bro( puisi)
yang teringat...
bro wat projek tolong haiwan terbiar... bersama pelajar yang amik ethics in science.:) kami buat jualan amal (jual cupcake) dan buat khidmat masyarakat di SPCA ampang KL.
Di SPCA
Alhamdulillah.. semua yang berlaku di dalam projek ini banyak mengajar bro soal kerjasama. adik2 dalam team ni banyak support ketua yang pemalas macam bro ni.:)
jika semasa mengambil diploma, bro banyak buat projek dengan kelab2 lama bro. tp sekarang bro tumpukan pada bidang yang bro minat. bro join creative club. tumpukan pada bidang sajak. bro join sayembara puisi GAPENA.hahaaha kalah peringkat saringan.:).
terbaru bro join kumpulan rantai.art. diorang buat pameran seni bernama HIMPUN. bro buat persembahan 2 buah sajak. MATA DAN HATI serta KETAWA DAN DIAM :) sorang sahabat bro kerusi sepi membacakan sebuah lagi karya bro KERUSI SEPI. memang kena la name pena dia dengan sajak bro.:)
Kerusi Sepi
melihat hasil seni
InsyaALLAH ape2 pun.. bro akan imbangkan semua dalam kehidupan bro. kejar pelajaran, family, yang tersayang, hobi, kelab, satu lagi yang penting, kawan2... YANG PALING PENTING.. BEKAL NAK MENGADAP ALLAH... Ampunkan aku ya ALLAH Jika beg bekalan aku masih kosong dan aku leka walau masa semakin suntuk...
doakan bro..
No comments:
Post a Comment