Thursday, November 1, 2012

Kenapa ku bertanya

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Kenapa ku bertanya

Kau bertanya soal bahagia
Tapi kau sering berdusta
Kau bertanya soal cinta
Tapi kau curang sentiasa
Kau bertanya soal syurga
Tapi kau tempah tiket neraka

Kau bertanya kerana...


jiwamu damba walau nafsumu murka.

Bobcincinsuasa

Monday, July 30, 2012

mentafsir mentari

Terkesima
Seperti tidak percaya
Hari ini akan tiba jua
Saat bahagia kembali diukir di awan
Sinaran mentari menghangatkan harii

Ia datang dengan impian
Aku menunggu dengan cita-cita
Sama- sama bertemu dengan niat yang satu
Kerna Rasa chenta percikan pencipta

Senyum dan gelak tawa menghiasi hari
Bagai tasik penuh dengan permata
Indah, berharga dan tidak terucap
Temu dengan chenta
Indah memeluk bahagia.

Semoga pemberian chenta diterima
Dan jadi kenangan selamanya....

Untuk #simentari

Sunday, July 29, 2012

mentafsir chenta

Indah
Penuh cerita
Penuh gembira
Penuh bahagia

Cerita
Bertahun berkongsi cerita
Hingga novel cinta
Tidak mampu mengarangnya
Karya agung juga tidak dapat menghadamnya
Plot yang berliku,jalan yang yang panjang...
Smuanya tentang kita...

Bicara untuk dia dari teruna...

Tuesday, July 24, 2012

renungan bisu

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


tersenyum bila ku renung
diam, aku dengar nafasku sahaja
minda berbisik sesuatu
tetapi mulut diam sahaja
dan ku teruskan merenung

hati bergema...

"aku rindu dia..."

Thursday, July 19, 2012

Bisu Buta Pekak

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"


baiklah
aku senyap tidak berkata
hanya diam dan membisu
biat hati membengkak menahan amarah
mencungkil dasar hati
dan aku tidak akan menjerit hanya diam dan pendam

baiklah
aku mengikut sahaja apa yang kau inginkan
biarlah aku diinjak-injak dan dibonekakan
aku akan ikut, ya... terpikir aku,
mudah juga jika kau ikat mata aku,
biar aku hanya mengikut tarikan tali
di leherku...

baiklah
aku akan pekak kan sahaja apa yang kau katakan
biarlah bernanah telinga ini
tapi aku tahu, aku tidak mendengar apa-apa pun.
kerana kau inginkan aku pekak
dan aku pekak sekarang

aku boleh laku kan semua tu.
tapi sebelum itu, aku hanya ingin bertanya
KAU BAHAGIAKAH DENGAN SEMUA ITU?