"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"
baiklah
aku senyap tidak berkata
hanya diam dan membisu
biat hati membengkak menahan amarah
mencungkil dasar hati
dan aku tidak akan menjerit hanya diam dan pendam
baiklah
aku mengikut sahaja apa yang kau inginkan
biarlah aku diinjak-injak dan dibonekakan
aku akan ikut, ya... terpikir aku,
mudah juga jika kau ikat mata aku,
biar aku hanya mengikut tarikan tali
di leherku...
baiklah
aku akan pekak kan sahaja apa yang kau katakan
biarlah bernanah telinga ini
tapi aku tahu, aku tidak mendengar apa-apa pun.
kerana kau inginkan aku pekak
dan aku pekak sekarang
aku boleh laku kan semua tu.
tapi sebelum itu, aku hanya ingin bertanya
KAU BAHAGIAKAH DENGAN SEMUA ITU?
No comments:
Post a Comment