Friday, March 16, 2012

binatang!!!

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

binatang
binatang ada dimana-mana
bukan hanya serigala yang ditakuti
tapi dia diam-diam lagi membaham nurani ini

sedih
kenapa terlintas di benak mereka begitu
hingga dicabut pakaian insan
dicampak gelaran manusia
disarung kulit binatang
dikendong hati si haiwan
lalu diperlakukan si comel itu begitu
seksa, dibakar...rentung...
si mangsa hanya lapar
inginkan maggi..telur...
itu sahaja...

aku terdiam,termenung...
dulu..pernah ada derita begini
si mangsa dijadikan bola...
meraung disepak dewasa
ke syurga si comel itu...
sedih...
teringat perbualan bersama seorang insan
insan yang baru ku kenal pada saat itu,
menyatakan pandangan yang tak sama seperti difikir soal si mangsa di syurga dan kita.
"aku tak cari salah pembunuh, tp aku salahkan diri ini, apa yang aku buat masa dia derita"
dihentak jiwa dengan hujah, "mana kita masa itu?
kita yang telah dihukum, si mangsa berlari riang disyurga..
tersentak aku...
ya... ku tak lupa...tapi jalannya kabur untuk ku laungkan pada semua
yang kita sendiri memberi peluang pada haiwan ini makin berkuasa
lama...ya..aku sendiri kembali menyepi selepas itu
kerana mungkin aku terlupa haiwan-haiwan ini masih ada
atau sinisnya aku lupa??? ya ALLAH ampunkan aku...

apa yang kita lakukan untuk perkara ini?
si mangsa..rentung... seksa...akhirnya di syurga..

kita...?gembira...baca berita..sedih..sedih...rasa bersalah..diam...lupa...terjadi lagi...sedih lagi...lupa... jadi lagi?mati....neraka? nauzubillah...

beza gelap dan terang
beza tau dengan tidak...

mana kamu? mana tindakan kamu?

bobcincinsuasa
gelap bilik,ku bayang dia berlari riang...

1 comment:

  1. http://cerita-si-leo.blogspot.com/http://cerita-si-leo.blogspot.com/............jenguk2 la

    ReplyDelete