Wednesday, December 24, 2008

insan kecil tiada dosa
pandang menerbit tenang
jauh mengundang rindu
tangis mengamit bahagia
gerak memanggil ketawa
ya
dia hanya insan kecil
tau menangis dan menangis
tidur tak diketahui apa mimpinya
tangis tak tahu apa bahasanya
menangis di sunyi malam
mengamit dan mecarik mimpi
tapi itu lah istimewanya
insan kecil ini
insan kecil
berbengkung dan berbalut
lembut disentuh
tenang dicium
kerana dia suci
ibarat kain yang membalutnya
masih indah bergelar baby
ya
semuanya pasti dicurahkan untukmu
kehadiran membawa cahaya
satu lagi kebahagian keluarga besar ini
untuk anak buah ku
siti nurfarhanah
si comei ciptaan ILAHI
=)
rabu
komputerku

hendak bERJAYA?

"Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya kalau dia ``berjaya`` itu bukan kejayaan tapi kebetulan."
*
petikan dari blog sahabat...:)
*

ilmu dan amal

bismillahhirahmanirrahim
*
pen berpusing di dijariku
mencari idea mecarik puisi
kertas tiada taip akhirnya
tapi tak berguna jika minda terdiam sahaja
_
ya
jika tangan bergerak minda terkaku
jadilah seperti tidak tahu
berjalan hanya disitu
beramal tidak berilmu
_
minda bergerak jasad terkaku
lama2 boleh jadi dungu
hanya diam disitu
tidak bergerak kejang bahu
bagai tidak beramal walau berilmu
_
minda dan jasad perlu bersatu
beramal berlandaskan ilmu
jangan buat2 tahu
juga tahu jangan buat2 tak tahu
_
fikirkan dan aku tahu
kamu berilmu
dan kamu tahu
najis jangan disorok
ia tetap akan dihidu
tapi cuci jika ada disitu
barulah suci dan tidak berbau
_
knie_bob99
0816am
rabu
depan komputerku

Tuesday, December 23, 2008

paracetamol (panadol)

Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.

Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.

Antara jenama yang popular ialah Panadol dan Tylenol. Panadol boleh didapati di lebih 80 negara di Eropah, Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Australasia. Tylenol pula terkenal di Amerika Utara.

bicara semalam dan hari ini

bismillahhirrahmannirrahim

alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usia.... bro lame sudah tidak menaip. kerana bro banyak kerja dan bro ade prob cikit... sori semua...


hari ini dan semalam

baik dari buruk
bangun dari jatuh
lari dari berjalan
bangkit dari tido
senyum dari masam
mulia dari hina
berguna dari celaka

ya ALLAH

aku bukan insan yang tegar sempurna
aku bukan manusia terbaik
aku banyak dosa
aku banyak noda
semua ini yang akan aku bawa ke hadapan mu
berlumpur dan berdebu

tuntun diriku....

Sunday, December 14, 2008

rokai sayang mak abah

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus ~
Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA."Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.
******Bismillahirrahmanirrahim.Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.
Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil.
Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.
Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.
WassalamSalam sayang,
Emak

Ya Allah...
Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami....
Rahmatilah dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak dari kecil..
Mak Abah...
Maafkan anak2mu ini....
andai pernah melukakanmu...mengecewakanmu
dalam sedar atau diam kami...
restuilah dan redhailah perjalanan kami..menuju cita2 ini...
Agar mampu menjadi jalan untuk kami menggapai cinta dan redha tertinggi
milik Rabbul Izzati...
Mak Abah...
Izinkan kami membahagiakanmu
!

Monday, December 8, 2008

kehidupan ini

"Ilmu kehidupan ini bukan dikutip dengan kesenangan demi kesenangan, kejayaan demi kejayaan, atau kebanggaan demi kebanggaan. Tapi ilmu kehidupan ini dikutip di tepi jalanan. Di celah-celah masyarakat yang pelbagai. Ilmu kehidupan diraih dengan memintal satu demi satu jerih perit kehidupan. Ilmu kehidupan didapat ketika mendaki tangga-tangga kegagalan. Jatuh bangun kehidupan. Dan bagaimana seseorang itu dapat mengharungi cabaran dan halangan dalam hidupnya"

http://srikandiputri.blogspot.com/2008/11/pasca-peperiksaan.html

pilihan dan keputusan

Dari Muhammad Bin Abdullah...Asy Ayibli berkata :

".....Jika engkau mahukan kemesraan dgn ALLAH SWT, maka engkau mesti garang terhadap dirimu... kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dgn ALLAH SWT, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-NYA....."

pilihan dan keputusan

memilih memang sukar
sukar lagi membuat keputusan

memilih perlukan keputusan
keputusan pun perlukan kita memilih

pilihan akan mencetus keputusan
keputusan berpandukan pilihan

pilihan mencetus satu
satu sahaja keputusan

adakah memilih itu pilihan
untuk mencipta keputusan

pilihan dan keputusan
dua yang akan berganding
mengamit pening di akal
adakah perlu pilih kanan atau kiri

pilihan yang salah akan menciptakan keputusan dungu
plihan yang tidak berakal akan mengapai gagal
kerana pilihan meniup keputusan
dan keputusan bergantung pada pilihan

aku sentiasa memilih
aku sentisa membuat keputusan
tapi adakah keputusan itu betul atau salah
aku pun tak pasti
kerana aku bukan sempurna
mencipta keputusan suci tiada debu
atau daki kesalahan

pilihan dan keputusan
selalu meragut jiwa
menkhayalkan dan mendukacitakan
semua kerana tiada tuntunan
semua kerana kelemahan diri
atau mungkin kerana satu ujian
ujian yang akan sentiasa datang
dari kanan atau kanan
atas atau bawah

pilihan dan keputusan
perlu dituntun
perlu mencapai pada yang HAQ
bukan mengejar batil
mengejar dungu semata
bukan sekadar telahan
atau juga satu persepsi memandai

pilihan dan keputusan
aku ingin membuat keputusan
dan perlukan satu pilihan
yang ia mencipta tepu dikepala
menhayun masalah dan tergenggam sukar

pilihan dan keputusan
ku mohon tuntunan MU
yang MAHA SUCI
yang mencipta alam semesta
tanpa ragu tanpa silap
tiada cacat
apatah lagi cela
walau hanya sebesar bola tenis
boleh seluas2 alam semesta dibentuk MU
YA MUSAWWIR...

YA AFFUW
YA GHOFFARYA KHOLIQ
YA SALAM
YA MUHAIMIN
YA RAHMAN
YA RAHIM
YA AZIZ
YA QOWIYY
YA A'LIM
YA RASYID
YA ALLAH

aku mohon kekuatan, ketenangan,kekuatan, kecemerlangan, kecerdasan dalam apa jua keputusan yang aku buat...
semakin aku cuba, aku gagal, setiap kali aku melangkah mendekatkan diri padaMU,aku akan lupa dan kembali pada jalan menjauhi MU. aku perlu tuntunan MU ya ALLAH...
kerana solat ku, ibadatku, hidupku, matiku untuk MU...
janganlah ENGKAU uji ku dengan apa yang aku tidak mampu dalam perjalanan ini.
aku lemah ya ALLAH...
semoga ISLAM IMAN IHSAN kuat dihatiku
dengarlah rintihan ku ini...

amin...

Sunday, December 7, 2008

SITI NUR FARHANA BINTI FARIZUL ARTAS

assalamualaikum

bismillahirrahamannirrahim

puji dan puja hanya untuk mu

alhamdulillah.... semalam pagi kol 0511am lahirlah sorang lagi anak buah bro ke dunia ini. SITI NURFARHANA namenye... :) make nain adelah kawan ye.... semoga diri nur dan akak akan sentiasa sihat dan berbahagia...:)

nur
lahirmu adalah satu pernantian
diiringi syukur dan tangisan
ibumu sudah mengandungkan mu 9 bulan
semoga berbaloi melahirkan anak yang solehah
untuk membahagiakan keluarga

nur
ia adalah cahaya
pakteh yakin dirimu akan membawa cahaya
pada ibu bapamu
membahagiakan atuk dan nenek
menjadi teman pada nain selepas ini
menjadi ahli keluarga besar ini

nur...
ceriakan ibumu nanti
kerana dirimu cukup disayanginya

:)

selamat datang ke dunia NUR...:)

Thursday, December 4, 2008

pErJuaNgAN...

Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari?, Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahwa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berarti, niscaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh karena itu, pertahankanlah jiwa kalian!!” 
- Imam Tariq Ibnu Ziad