Tuesday, May 10, 2011

Sukarelawan, Puisi,Editing...:)


Alhamdulillah.

perjalanan hidup ini boleh diteruskan lagi. rutin yang menarik dan semakin mencabar. hati pun semakin dewasa nak menghadapi cabaran dan dugaan.

antara aktiviti yang bro da join kebelakangan ini ialah.

1) program menara ilmu sebagai volunteer di PAGOH johor 5 MEI 2011 bersama Yayasan Nurul Yaqeen.

Dua buah sekolah yang bro pergi, sekolah rendah bukit pasir dengan sekolah rendah paya redan. kedua2 ini dikendalikan oleh haji hushim salleh, Kounselor berdaftar(Cr). Pengisian yang menarik. ini diharap memberi impak kepada anak bangsa pelapis. hampir semua pelajar ini berbangsa melayu dan Islam. program ini juga menjemput ibu bapa dan interaksi antara penceramah, anak2 dan ibu bapa cukup baik.:)
impak yang besar untuk peserta insyaALLAH.









2) Malam Baca Puisi GAZA 11 di RUMAH PENA 6/MEI 2011

Majlis baca puisi ini menumpukan pada kezaliman israel di gaza. ramai yang membaca sajak, termasuklah Pak samad, dan bro sendiri.;) bro membacakan sebuah sajak trio bersama En solihin dan kawan bro nor ain.alhamdulillah, semua berjalan lancar. pak samad tetap dengan gaya bersahaja membacakan sajak.:)




3) bro singgah sebentar di Frinjan 7 mei 2011

pengumpulan remaja2 yang indie..:) bebas gaya mereka dan ceria2 sahaja mereka.siap ade penulis tukar tiub, hishamuddin rais lagi. dengan gaya bebas, kuak lentang nye die menghentam kerajaan dengan jayanye...:) ape2 pun ni tempat pengumpulan remaja... dengan care sedikit berbeza dengan AKAR dan Rantai.art.




apa aktiviti bro selepas ini.

alhamdulillah... bro akan join beberapa aktiviti selepas ini.

1)AKAR berLIMA

akar ni bro join dari januari. bro perform dengan slot lontaran kata. bulan mac juga bro join da bacakan 2 buah sajak. tapi akar berLIMA ini bro hanya hadir sebagai penonton dan anak AKAR sahaja. ape2 pun kene support,...:) konsep AKAR ini bro memang suka kerana die lebih terkawal dan lebih sifat kemelayuan....:) pakai baju melayu@bawak kain pelikat...:) perempuan baju kurung n @selempang kain batik..kan sweet...:)



2) AKAR VS KUKUBESI

program ni adalah koloborasi kukubesi manipualasi ngan team akar. :) ade bengkel kukubesi, ade pameran photografi, ade persembahan.:) alhamdulillah bro diberikan slot untuk buat persembahan di sini dan untuk kali pertamanya bro akan join bengkel editing oleh KUKUBESI MANIPULASI...alhamdulillah...:) untuk sape2 yang g, jumpe bro disana...:)




Aktiviti ini adalah hobi bro...:) ape2 pun, tumpuan belajar akan terus dipertingkatkan...:)









Friday, April 22, 2011

1.2.3 Lari...:)


Larian


alhamdulillah...:)

minggu sudah sampai ke penghujungnye, esok hari bro akan jadi volunteer untuk larian sime darby di bukit jelutong. sekarang ini bro teringin nak join sebanyak mungkin event.:)

lihat, belajar dan jadikan sesuatu yang baru.. KAIZEN.:)

hujung minggu ini akan diisi sabtu sahaja.:) minggu depan bro akan menduduki exam midsem. CUSTOMER SERVISE,insyaALLAH A.:) doakan bro ye.. kalu dapat A, ni adelah A pertama bro di MSU/KUTPM.:)

bro minggu ni berkenalan dengan senior, banyak gak la yang dapat. dari care handle event, senior2 event di msu ade syarikat event sendiri. bagus2...:) semoga banyak lagi akan dapat belajar.:)

belajar dan terus belajar!:)

"mencari ketenangan hakiki"






Wednesday, April 20, 2011

kemahuan...






Alhamdulillah.. segala puji dan puja hanya untuk ALLAH s.w.t... semakin hari semakin banyak rasanya keinginan dan kemahuan diri. alhamdulillah.

lama rasanya bro tidak mengisi blog ini dengan sajak2 @lontaran kata. mungkin inilah namenye kemalasan dalam konsisten.

sekarang ni bro ngah bina blog untuk sebuah madrasah. semoga berjaya.:) ape2 pun.. bro sekarang ngah cari tapak untuk menyibukkan diri dengan aktiviti2 event n motivasi.. seronok..:)

belajar dan terus belajar...:)

Sunday, April 17, 2011

G Training...:)

teknik al-Mubin


alhamdulillah...:)

bro tadi baru balik dari training 2 hari 'teknik memahami alquran dengan teknik al mubin"... 2 hari yang penuh dengan bahan2 baru dan dunia baru...

alhamdulillah.. training ni dapat sekali dengan alquran al Masar. alquran yang siap dengan index dan pengulangan2 kata2 dasar didalam alquran...:)

ape2 pun... best... susah nak kejar, tp bro seronok...:)

iftah! bukalah!:)

bukalah pintu hati mu... mintak la hidayah dari ALLAH...jangan pernah putus asa...

kejayaan mungkin ade selangkah didepan putus asa"

so... jangan putus asa...berani merangkak, jangan mintak mahu terbang... tp biar merangkak jangan hanya duduk ditahap ketidaktahuan...:)

ape2 pun... teknik ni bagus...:)

Sunday, February 27, 2011

bro kembali...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t

lama sudah bro x menulis disini. kenapa? entahlah.. disiplin pada benda ni yang da hilang kot.

hidup penuh dengan cerita. tp ia sentiasa mematangkan diri... susunan ayat seperti dulu tidak dapat dijiwai lagi. kenapa? entah la... mungkin sudah hilang taringnya walau taring itu pun baru gigi susu.

apa2 pun... aku rindu nak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini... semoga aku kuat untuk kembali....