Sunday, December 13, 2009

Mentari

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Mentari
ia mungkin panas tapi ia berguna
untuk hamba untuk insan
menjalani kehhidupan
didunia tidak rata ini


Saturday, December 12, 2009

Kenangan MSU

Geng FC
Geng Pharmacy

Geng Teater


Monday, November 30, 2009

Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam...



Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian belia menuntut di Royal Militrary Academi, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A. dari McGill University, Montreal dan Ph.D dari University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.


Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat.

Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisanna diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu. Beliaulah orang yang mengilhamkan logo ABIM dan mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Sekarang Profesor Muhammad Naquib ialah pengarah ~ pengasas ISTAC.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas dan seminar mengenai Pandangan Alam Islam :Cabaran dalaman dan luaran. Pandangan Alam merupakan elemen yang penting dalam hidup kerana dengan itulah yang akan membentuk kerangka pemikiran sama ada baik atau buruk.

justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar dan syarahan perdana ini, boleh terus menghubungi saudara Abdul Muntaqim Bin Zulkifli (019-8285019).

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Wednesday, November 25, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009



Alhamdulillah...

Sampai sudah bro ke shah alam dari USIM Nilai... Bro baru balik dari konvensyen Pendakwah Muda MSU 2009...

Jika pergi ke sungai petani
Jalan terus ke wang klian
tiga hari saya disini
Kenangan terindah bersama kalian

yup...
masa berlalu jam berdetik... semua bergerak semakain laju. 4 hari disana bro merasa sekejap sahaja. banyak sangat input sehingga bro ada masa blur, "yang mana bro perlu praktikkan di bumi MSU..."... dalam kereta semasa balik bro berfikir... yaALLAH...mana aku akan mulakan... siapa aku akan dakwah kan... adakah ada kekuatan ini yaALLAH...

Perjalanan balik tadi bro berfikir...

1. memantapkan persatuan yang bro wariskan untuk adik2 bro...
2.medan perjuangan ini perlu dibesarkan.
3.pemikiran semua pihak dan bro perlu dicambahkan

bro juga dalam dilema.... bro selepas ini ada praktikal di hospital kuala lumpur... adakah bro akan kuat untuk meneruskan perjuangan dakwah kampus ke luar nanti... bro ada kire2 8 bulan sebelum masuk kembali dalam kancah kampus... adakah bro akan terus kuuat dalam jalan ini

dalam kebanyakan penyampaian dalam konvensyen ini, bro terpanggil mengenai jemaah... jemaah mana akan aku curahkan keringat. bro bukannya terikat dengan jemaah mane2. bro selama ini bergerak sorang2. bro janggal bileorang berbicara mengenai jemaah. mungkin ramai sahabat2 disana itu biase. tidak bagi. bro... INI LAH CABARAN TERBESAR DALAM DIRI BRO...

saudara faizal tehrani dalam kertas kerja die, membicarakan mengenai berdakwah dalam seni....
WA!!!!!!!!!!!!!banyaknye brolum buat. bro da buat skrip, dah mengarah teater di msu, belajar ilmu pentas. tp kenapa bro masih lum tumpukan sepenuhnya berdakwah ke arah seni....

Sajak... Puisi...
tapi berapa lak sajak2 bro mengetarkan hati2 manusia...

erm...kite kene terus bergerak...

banyak la bro dapat. nak tulis pun bro xtau la nak cakap ape... sebab speechless...
best n best...

Cerita kita

dalam dunia banyak cerita
kisah indah kisah duka
pertemuan kita bukan rahsia
ia juga bukan akhir harapannya

berbakti tidak mahu balasan
bukan harta atau kekayaan
peluh dan penat adat perjuangan
bukan sekdar penumpang di tepian jalan

senyum penghias muka
sejuk hati hilang duka
cabaran di luar memang sukar
harap kalian terus kan apa yang kalian yakinkan untuk hari muka

bangun kalian dari indahnya impian
sekdar angan bukan jawapan
perlu gerak ikut kemampuan
itulah adat hamba bergelar insan

sahabat mungkin kalian lupa
akan diri yang biasa sahaja
tapi saat aku disana
bahagia dalam fikirkan cabaran dan duka

semoga ikatan terus tersimpul erat
untuk kalian bergelar sahbat
doakan apa yang mampu
kerana itu ikatan antara kalian dan aku.

cincin_suasa86
1743pm
teratak 1143

p/s: untuk semua yang ada dalam KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA 2009 "WEHDAH 09"


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

Saturday, November 14, 2009

Cerita kami...


"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki