Sunday, May 10, 2009

mak... ini dariku...


mak
guru pertama dan selamanya
belajar dari satu kata
aku sekarang selalu mengungkap madah dan bersuara
kadang lupa apa yang dikatakanmu
jangan itu jadi titik derhakaku
maafkanku

mak
jika diri ini banyak menyusahkanmu
sejuta kemaafan dari ku
syurga pada restu mu
dan dirimu ibuku selamanya
dan hanya satu

"hari ibu setiap hari hingga kematianku"

untuk mak..
Hjh Timah binti  Md Zin


cincin_suasa86
0915pm
100509
teratak 1143

Thursday, April 30, 2009

sepi dalam terisi

"segala puji dan puja hanya untukMU ya ALLAH"

dalam masjid gergasi ini aku bersila
terlihat aku dihadapan tiang itu
pemuda berjanggut disana
khusyuk tidak berpaling
bergerak badannya mengikut irama 
lagu dimainkan mulutnya sendiri
dari lantunan suara bacaan ayat-ayat cinta
dari pencipta dirinya

di satu sudut dihujung sana
seorang tua sedang bersujud
diam dan kaku
bagai batu dia disitu
memisahkan dunia dari dirinya
memohon sesuatu dari penciptanya 
dan semoga dia ketemu apa yang di mintanya

aku bersandar sebentar disini
menulis perilaku insan
dalam masjid sepi berhawa dingin
satu saf sahaja akan diisi kurasakan hari ini
tempat ini sepi 
bagai istana hanya ada sepasang suami isteri

tetapi aku bersyukur
aku mampu tergolong dikalangan sedikit ini
dicelah-celah situa dan si pemuda ini
aku tenang disini

azan asar berkumandang akhirnya

cincinsuasa86
430 petang
29/04/09
masjid negeri 


Tuesday, April 28, 2009

BersamaPakSamad( petikan dari http://uknowsanasini.blogspot.com/2009/03/bersama-pak-samad.html



Di satu petang minggu lepas aku sempat bersembang-sembang dengan Pak Samad (A. Samad Said) kat kedai kopi Maidin. Bersama minum semeja ialah Ibu (isteri Pak Samad) dan Rahmat Haron.

Sebelumnya juga, acap kali juga minum-minum dan gebang-gebang dengan Pak Samad. Dari pertemuan-pertemuan itu aku amati dan dapat aku rasakan bahawa banyak perubahan berlaku pada diri Pak Samad semenjak dia pulang menunaikan ibadah haji di Makkah. Semoga dia telah mendapat haji mabror.

Dulu Pak Samad ini tak begitu menghiraukan isu-isu politik, malah politik bahasa sekali pun. Dia ambil tahu lah, tapi tak ada semangat untuk berjuang dan melawan untuk menegakkan sesuatu pendirian.

Tetapi sekarang ini, aku perhatikan sangat berubah sekali: berani, lantang dan tegas. Semoga semangat ini, melakukan fardhu kifayah, akan terus menyala dalam dirinya untuk kebaikan kita semua rakyat Malaysia.

Sudah tentunya sembang-sembang kami itu banyaknya berkisar isu bahasa ibunda dan kempen anti-PPSMI.

Ini mengingatkan aku kembali di zaman remaja aku. Aku ke sekolah Orang Putih semenjak umur ku 11 tahun - Special Malay Class. Beberapa tahun kemudian, sampai aku ke Tingkatan 4 dimasukkan ke dalam aliran sains pula. Jarang-jarang sekali budak kampung dapat masuk jurusan sains masa dulu. Jadi banggalah juga aku, kerana sampai ke peringkat Lower School Certificate, School Certificate danHigher School of Certificate hingga sampai boleh masuk universiti.

Bukannya Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang dikelolakan Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi peperiksaan dan sijil yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge, salah satu universiti tertua dan terulung Orang Putih.

Jadi masa remaja aku dulu bila seorang sepupu, Syukri datang dari Besut dan tinggal bersama keluarga aku ketika cuti sekolah, dan dia beria-ia berleter tentang membahasa kebangsaankan pembalajaran dan pengajaran di sekolah, aku bukan sahaja tak senang mendengarnya, tapi aku anggap dia ni bodoh dan tak reti apa-apa tentang sains.

Macam mana nak belajar ilmu kemia, biologi, fizik dan matematik dalam bahasa kebangsaan? Istilah sebutan 'pii' , 'nueron', 'Bunsen bunner', 'velocity', 'acceleration' pun tak ada. Apatah lagi konsep, proses-proses, takrif-takrif yang beribu-ribu banyak terdapat dalam bidang ilmu itu.

Jadi sekarang ini aku fahamlah kedegilan banyak orang yang tak mahu u-turn PPSMI ini. Aku pun macam itu dulu, sangat hijau dan mentah. Dan sekarang aku pun anggap mereka itu hijau dan mentah macam aku dulu.

Dalam proses mendewasa, mengembara dan pengalaman hidup yang ditempuhi, maka sedarlah aku bahawa satu-satu bahasa itu tidak mempunyai monopoli ke atas ilmu pengetahuan, miskipun dalam bidang sains dan matematik.

Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan, Cina dan Jepun semuanya menggunakan bahasa ibunda mereka dalam semua bidang ilmu pengetahuan daripada peringkat tadika hinggalah ke universiti, termasuk pasca siswazah. Kalau kita pergi ke nagara itu, 90% professornya tak tahu cakap Bahasa Inggeris..

Tapi mundurkah mereka dari segi ilmu pengethuan sains, perkembangan industri dan pertumbuhan ekonomi? Sebaliknya, mereka menjadi Harimau Asia.

Aku juga pernah mengembara dan tinggal di negara Asia Selatan: Sri Lanka, India, Bangladesh dan Pakistan. Sekolah mereka, terutama institusi pendidikan elit dan elit berkuasa mereka semuanya menggunakan bahasa Inggeris semenjak merdeka pada tahun-tahun 1940'n. Begitulah juga negara Filippina yang pernah aku lawati.

Tetapi kemunduran dan kemiskinan di negara itu sangat teruk sekali sehingga tak dapat dicerita secara tulisan dan lisan. Pergilah ke sana dan alamilah akan keadaan masyarakat mereka. Mungkin sikit dapat rasakan jika menonton Slumpdog Millionaire!

Jadual: Perbandingan petanda sosio-ekonomi negara yang menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran dan pengajaran mereka.


Ranking

Sosio-Ekonomi Dalam Dunia

Negara

Pendapatan Per Kapita USD

Kadar Kematian Bayi Per 1,000 kelahiran

Jangka Hayat

(Tahun)

025

Jepun

37,670

4

81

031

Singapura

32,470

4

77

032

Hong Kong

31,610

3

79

038

Taiwan

29,800

6

78

049

Korea Selatan

19,690

9

73






081

Malaysia

6,540

8

72

131

China

2,360

31

70






142

Filipina

1,620

32

69

145

Sri Lanka

1,540

16

73

160

India

950

70

63

163

Pakistan

870

91

62

184

Bangladesh

470

73

59













































































Sumber: World Development Indicators database, World Bank, revised 17 October 2008


Di Singapura pula, sebenarnya telah berpuluh tahun secara yang tak pun heboh di Malaysia ini, telah mengalih kecenderongan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Mandarin. Pergilah ke sekolah-sekolah elit di sana, Bahasa Mandarin menjadi keutamaan. Sehingg jika tidak tahu menulis, membaca, dan bercakap bahasa Mandarin- anda tidak/sukar diterima masuk kerja dalam perkhidmatan awamnya. Bahasa seharian di pejabat kerajaan dah beralih kepada bahasa Mandarin (Lihat Lily Zubaidah Rahim (1998): Singapore Dilemma, Oxford Univeristy Press, Kuala Lumpur).

Jadi penggunaan PPSMI di Malaysia ini tidak akan menjamin akan kemajuan sosio-budaya dan pembangunan industri serta ekonomi Malaysia. Malah boleh membawa kepada kemerosotan!

Setahun dahulu aku telah dipelawa oleh Kementerian Pelajaran dan pihak Commonwealth untuk membuat kajian di sekolah menengah di Tanah Semenanjung. Jadi kami pilih ikut rambang stratifikasi sekolah dengan mengambil kira angkubah luar bandar-bandar, asrama-harian, perempuan-lelaki-campur, elit-umum dsb.

Penemuan yang ketara sekali ialah pengajaran-pembelajaran PPSMI tidak lancar di dalam bilik darjah.

Murid-murid, terutama di sekolah luar bandar, ternganga-nganga tak faham apa yang diajar. Apa tidaknya, hanya dalam kelas itulah terdedah pada kononnya interaksi berbahasa Inggeris. Di luar bilik darjah, di padang, di rumah, di kampung – menggunakan bahasa ibunda semata-mata. Buat kata orang dulu-dulu, sepatah haram pun tak guna bahasa Orang Putih.

Guru PPSMI pula. Sebilang besarnya Orang Melayu purata 95%. Dari tadika mereka, sekolah rendah mereka, sekolah menengah mereka, maktab dan universiti mereka, dan pengalaman mengajar mereka – semuanya dalam bahasa Kebangsaan. Tut, tut tiba tiba disuruh dan dipaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Mereka ini pun menggagau-gagau!

Tidak hairanlah jika markah kelulusan peperiksaan diturunkan, 30% untuk lulus, bagi menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang. Kononnya!

Inilah satu penipuan besar yang akan membawa celaka kepada rakyat dan negara Malaysia. Sememang celaka orang yang berdegil untuk meneruskan dasar ini.

Sebenarnya, semua negara Eropah (Barat dan Timur) minggunakan bahasa ibunda mereka sendiri di sekolah sehingga pasca-siswazah, termasuklah pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik.

Di Switzerland pula ada tiga kumpulan etnik: Perancis, Jerman dan Itali. Jadi, setiap sekolah komuniti mereka sehingga ke universiti, bahasa ibundalah (Perancis, Jerman atau Itali) digunakan. Begitu juga di Belgium: bahasa Perancis dan bahasa Belanda untuk sekolah hingga ke universiti. Bahasa Inggeris hanya bahasa kedua atau bahasa ketiga sahaja. Mundurkah Switzerland dan Belanda itu?

Aku pernah menjadi pensyarah untuk program ijazah (sosiologi) Universiti Western Mechigan (Amerika Syarikat) dan program (Pengurusan Sumber Manusia) Universiti Sydney di Malaysia ini. 95% siswa-siswi Cina dari sekolah Cina. Bahasa Inggeris lentang-pukang.

Tetapi mereka diberikan masa tempuh dua semester untuk secara intensif mempelajari bahasa Inggeris. Cukup dengan guru bahasa yang khusus dan mahir serta makmal bahasa yang canggih.

Kebanyakannya dalam satu semester sahaja sudah lulus bahasa Inggeris untuk masuk program ijazah. Ada anak-anak murid aku sekarang dah dapat Phd. dengan menulis tesis dalam bahasa Inggeris dari universiti di Australia dan Amerika, termasuklah bidang sains, kejuruteraan, matematik dan teknologi lainnya. (Sistem universiti Amerika setiap pelajar pada peringkat awal kursus universiti mesti ada ambil beberapa subjek dalam pelbagai bidang seperti sains sosial, matematik, falsafah, sastera, muzik, seni dan sebagainya; kemudian baru buat pengkhususan).

Pada hakikatnya, bukannya semua anak Malaysia masuk universiti, bukan ramai yang nak buat tesis Phd. Dan juga bukan semuanya nak tulis dalam bahasa Inggeris.

Kononnya kita akan tertinggal ilmu pengetahuan, industri, niaga dan ekonomi kalau tak menguasai bahasa Inggeris, kerana sekarang ini bahasa Inggeris kononnya bahasa dominan dunia.

Kemungkinan besarnya, yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berkeciciran. Sains dan matematik lemah kerana tak faham konsep kerana tak faham bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris lentang-pukang kerana ianya tidak diajar secara sistematik oleh guru-guru yang khas.

Apakah tidak berkemungkinan dalam masa tempuh 20-30 tahun lagi bahasa Mandarin akan menjadi bahasa dominan dunia? Apakah pulak ketika itu kita tukar dasar kita pada PPSMM – Pembalajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Mandarin! (Aku setuju untuk sekolah Cina atas dasar hormat akan hak bahasa mereka).

Jadi, selepas seminggu dulu minum kopi dengan Pak Samad, dan kemudian melihatnya pula berlelehan airmata (sedih atau pedih kena gas), aku terasa sangat gelisah, risau dan teruja sekali! 

Aku tetap akan bersama Pak Samad menentang PPSMI. 






Free Signature Generator

Monday, April 27, 2009

kamu tidak berbakat... dari orang seni pada yang baru



assalamulaikum wbt

erm... 
"-untuk yang mempunyai jiwa-kata kamu

tapi percayalah, manusia ber'jiwa' tidak akan membaca karya ini.

bakat adalah anugerah semulajadi. untuk tidak menipu kamu, saya katakan bahawa kamu tidak punya itu (bakat). jika berhasrat untuk terus dalam bidang ini, banyakkan membaca (dan belajar).

membaca hasil kamu di atas, saya seperti membaca sajak di majalah sekolah rendah."

ini yang bro dapat bila bro hantar sajak ke satu laman web... entahla... bro ingat laman web itu boleh beri ruang untuk bro bekarya. tapi ia juga memberi ruang untuk kritikan diberikan. bukan semuanya mudah...

apa pun sajak adalah kehidupan, satu luahan rasa bagi bro. jadi pikir2 balik, mungkin diruang blog ini bro ada hak untuk berkarya dan tenang untuk meluahkan perasaan. tanpa memikirkan apa difikirkan orang...

jika bro hantar dan dikritik tak membina, lagi jauh bro dengan seni. bro tau orang seni jiwa berlapis, tahan makian kerana bro dulu diajar

"maki lah aku, cacilah aku, jika aku salah

layan... biar rebah jangan mengalah...:)

berjalan dalam sepi
berlari dalam sunyi
biarkan aku sendiri
dalam jiwa mencari erti
dalam diri mencari bahagia hakiki

Monday, April 20, 2009

untuk mu, dariku...


bila aku terpandang mu
aku melihat sesuatu keindahan
keindahan untuk yang mengerti
apa itu kebahagian

bila aku melihatmu
ketenangan yang kurasa
keindahan dan kebahagian teru menjelma
untuk insan yang sedang termenung ini

bila aku datang kesana
kau ada dan segalanya cerah
untuk aku meneruskan jalan penuh luka
bukan jalan mudah dan ia sukar

walau kau tiada disisi
kau tetap kan ku ingat dan damba

untukmu...
dari ku...

cincin_suasa 86 
1147 pm
isnin
teratak 1143