Tuesday, November 18, 2008

...pErJaLaNaN BeRgElAr KeHiDupAn....

perjalanan
aku berjalan mencari sesuatu
kau berjalan menuju sesuatu
aku berjalan mendambakan sesuatu
dan...
aku berjalan kerana sesuatu
berjalan perlukan sesuatu
berjalan puncanya sesuatu
berjalan bermula dengan sesuatu
berjalan kesannya sesuatu
berjalan implikasinya sesuatu
berjalan akhirnya sesuatu
dan
berjalan ke sesuatu
jika semuanya kerana sesuatu
tertanya diri apakah itu
yang jadi punca dan tujuan
pada sesiapa yang berjalan
bukan sekadar melangkah
tapi berjalan
disatu perjalananmencari apakah itu sesuatu
jawapan ia bukan satu yang keliru
bukan tujuan yang kabur tak jitu
tujuannya berjalan dan meneruskan perjalanan
mencari dan menuju
mengimpikan dan mengusahakan
visi pada hujung perjalanan
apakah itu
akhir sajak membuka kekusutan
pada jiwa yang mencari tuhan
bahwa hidup ini, perjalanan ini hanya untuk MU
TUHAN YANG MAHA ESA
tujuan berjalan di dalam satu perjalanan
bergelar kehidupan
knie_bob99
0220am
selasa

untuk yang dapat memahami dan menghayati...

tersenyum melihat apa yang dinamakan pengalaman

seperti pengalaman diri ini sendiri sebelum ini

tersengih melihat gelagat manusia dikala ingin disusun didalam kumpulan rakan yang baru

berpeluh bila melihat pelbagai kerja yang akan dihadapi

bahagia bila melihat dan bersama dengan kelompok cintakan ALLAH

terharu bila diri dipeluk dan di ucapkan selamat ditelinga

ceria bersama bekerja dalam team yang selalu berseronok dan tersenyum

semuanya ku rasa kerana aku rasa dekat dengan ya RAHMAN YA RAHIM

TQ ALLAH

(NUKILAN UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT DI TRAINING ESQ INHOUSE BPR,UTP DAN ALAM dan PUBLIC KL 24)

....eRm....

Assalamualaikum

bismillahhirahmannirrahim

puji dan puja hanya untuk ALLAH

hari ini bro kembali menaip dikala hati yang kurang ketenangannya

dikala bro kuarang maampu tersenyum

bro terpikir dan berfikir

mana yang betul mana yang salah

bro yang salah

itu jawapannya

erm...bro ari ni dapat result... result yang x baik... result yang x langsung memabanggakan ibu bapa... hanaya result yang akan membuatkan bro terdiam.. bro kene ubah banyak benda.... bro baru balik dari keluar dengan sahabt2 bro... mendengar nasihat... ye... bro ni kene dengar nasihat orang... " samapai bila kau nak hidup dalam dunia kau" ayat yang bro tersenyum... dalam ayat tu....

bro akan buat yang terbaik yang termampu... bro tau bro tak dapat n tak buat yang terbaik dalam pelajaran bro... bro selalu je akan men cari alasan untuk mengelak... seorang sahabat bro semasa berjumpa selepas amik result... menepuk bahu bro dan berkata... "bro... teruskan berjuang... jangan hanya berserah... tawakal datang selepas usaha".....

rezeki datang pada kite dari tuhan.... dari ALLAH yang MAHA MEMBERI REZEKI... bro sahaja yang tidak menggunakan... sahabat bro mengatakan " kau ade mak bapak, tanggungjawab kau di situ... kau belum banyak tanggungjawab lagi... tu je kau fikirkan"

...
ya ALLAH... aku tak mampu lagi ingin menaip di post ini... aku takut ini akan dikatakan mencari alasan... dan ini hanya sekadar satu perkongsian....


ya ALLAH... ku mohon kecemerlangan, kekuatan, dan ketenangan di dunia dan akhirat....

jangan biarkan hati ini tidak dituntunMU...


amin...

selesai....

Tuesday, October 14, 2008

...pEnGaJaRaN hArI iNi...

hari ini hari yang tidak banyak bro boleh katakan... bro sekadar membaca dan juga termenung selain dari aktiviti wajib yang lain. didepan bro sekarang sahabat bro sedang study untuk exam esok.
=)
exam...
medan ujian...

pada petang tadi bro berbincang(borak2 je) di kedai mamak bawah apartment ni(roti canai kosong sedap). kitorang berbincang pasal praktikal dan juga kerja. hati ini risau je dengan result kerana setelah dicongak2, pointer bro tak lepas nak sambung direct ke bachelor. ade dua pilihan,..

1. kerja terus
2. sambung belajar tapi bukan farmasi punya subjek(bro ambil dip pharmacy).

bro rasa selepas exam ni bro akan decide mana hala tuju bro.

baik dan buruk akan bro pikirkan. bro berdoa jalan akan ditunjukkan untuk bro selepas ini. dan bro akan usahakan... YA ALLAH, aku mohon petunjukMU. dalam kepala bro lecturer n mentor. abis lah pening diorang pas ni nak layan kerenah bro. sekarang ni bro nak lepaskan exam dulu. ada satu paper lagi untuk bro untuk sem ni.

doakan bro..

diluar bilik pulak kekawn rumah bro sedang mencuba mengformat komputer sendiri. abislah... harap2 x rosak terus komputer tu...

tadi bro sempat jengah SAIFULISLAM.COM. pergh, mara betul ustaz pasal anugerah DATUK kat shah rukh khan. tak nampak apa kepentingan nak bagi kat kat islam sekular tu... malu bro je sebagai orang melake.

bro rasa macam ade je yang tengah mara bro ari ni. x tau sapa dan kenapa. bro maafkan semua salah sesiapa pun dan bro mohon ada pintu taubat untuk bro sebelum bro 'mati sementara'(insyaALLAH )...

belakang ni sakit la pulak...

Monday, October 13, 2008

...MeNgEnAnG dAn mEnGiNgAt...

Salam dunia salam semua

diri mengenang dan mengingat
pada yang berlaku ada pengajaran
ada yang lucu ada yang duka
semua bermain dalam fikiran
dan mungkin senyuman tercetus
mungkin masam yang terbit
semua nya hanya kenangan
penuh pengajaran

minda ini hanya mengingat
mana yang mampu dan terbit
terbitan akal dan cetusan jiwa
mana yang perlu dan mana yang tak jitu
semuanya itu adalah dinamakan muhasabah
memikir dan mencari mana yang baik
tekad tidak mengulang yang salah dan duka
kerana jiwa ini perlu diingatkan
diperjitukan sebelum ia keras
sebelum jiwa didalam hati makin tebal dengan noda
istiqfar lah jawapan nya

marilah mengenang dan mengingat
pengalaman bukan untuk dibangga
tapi ia untuk perkongsian
satu peringatan
bahawa diri ini pernah melalui itu dan ini
tapi mungkin diri ni lupa mana najis mana mawar

mari mengenang dan mengingat semalam
bukan untuk dibentangkan didepan khalayak
membangga siapa diri
bukan itu mengenang pengalaman
tetapi mengingatkan diri sendiri
semalam adalah satu pengalaman
setiap satu langkah ada 1001 pengajaran
mungkin kita dapat satu dari seribu
teruskan dan pegang pengajaran itu
kerana disitulah bermula
pencarian menuju ALLAH

itulah tujuan nya semua pancaindera ini
diberi untuk menyembah dan mencari
perintah dan larangan jangan dicampurkan
dosa dan pahala jangan diadunkan
semua ini akan mengelirukan jiwa
adakah aku menuju syurga
atau hanya menapak ke neraka

yang perlu hanya
mengenang dan mengingatkan
diri dan jiwa
bahawa ALLAH memerhatikan mereka

amin...
selesai...

knie@bob99
0808 pm
131008