Monday, October 6, 2008

rAmAdHaN

sajak ni dibuat sebelum ramadhan... sebelum bro terbuka hati nak berkarya dimedan dinamakan blog... kemas2 folder terjumpa... xsangka ramadhan memberi makna pada diri bro dan sajak ni memberi bro satu motivasi kembali pada apa yang diiinginkan dan apa yang diberikan pada diri...
IA DATANG KEMBALI...

pejam celik,
aku terhidu satu wangian indah dari langit
erm...
kau datang akhirnya...
menjengah dunia hidupku
menyingkap segala yang tertutup
menyelak semua yang tersembunyi
biar semua diketahui diri
aku menarik nafas
dan ku hembuskan
tidak sabar menunggu kedatangannya
perjuangan ini akan lebih berganda
baik ujian atau ganjaran
dua-dua akan lebih hebat
ujian adalah pasti,
ganjaran adalah motivasi
ia datang kembali,
bagai nur dari tuhan
membawa rahmat dan juga ujian
mana yang akan tewas
mana yang akan menang
diri yang akan lakukan
MAHA BESAR menentukan...
minda,akal,hati,jiwa bersatu
menyahut seruan
menyediakan ruang untuk dinilai
perut bertugas,nafsu tercantas
malas diikat,diri terkawal
aku tidak sabar menanti kehadiran mu
akan ku lakukan terbaik menghiasi ruang mu
wahai...
RAMADHAN
0851am
290808

...MaNa kAn kAu PiLiH...

sekadar mengingat
bukan memandai
sekadar berkongsi
bukan mendabik diri
sekadar menegur
bukan aku semuanya betul
hanya...
yakin dunia ini untuk yang berfikir
nilai dan fikir
berbeza dengan emosi
dan bicara sekadar membawa berfikir diri
dalam satu metodologi seni
dinamakan puisi
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
ia bermula
melangkah ke hadapan
jangan lupa apa yang ada di belakang...
memikir di belakang
jangan terberhenti langkah ke hadapan

renunglah lautan yang menjauh
tapi jangan lupa lumpur di depan mata
bersihkanlah lumpur di kaki
tapi jangan tak endah apa datang dari dari nun disana
majukan diri hingga ke angkasa
tapi jangan lupa kubur di tanah jua
ingatkan 7 kaki dalamnya
jangan biar ia berlalu pergi

bernafas jangan putus
biar ia terus
bernafas jangan henti
nanti kau mati
bernafas jangan tersangkut
itu tanda jasad dah uzur
jika sana kata jangan
sini kata buat...
pikirkan
jika sana menyeru betul
sini menengking salah
pikir..antara sana dan sini
mana yang akan kau ikut..
kerana...
sana dan sini itu adalah nafsu
berlawan dngan rohmu...
mana yang betul diri pastikan...
supaya neraka dan syurga tidak bertukar tempatnya
bagaimana..
jawapannya satu...
kembalilah pada pemberi nyawa
penerus nafas
pembekal pancaindera
pemilik jasad dan jiwa
penentu paling adil
siapa... ia hanya satu
tiada curiga atau pun duka
jawapannya adalah tetap dihati
ALLAH MAHA BESAR
pemilik segala kehidupan.

Sunday, October 5, 2008

RaYa dAn PeNgAjArAn DiDaLaMnYa

bicara ini ditulis tatkala bro ngah mencari mood nak belajar mathematic. esok exam kol 8 pagi...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

puasa sudah, raya da x larat nak makan kuih raya da...puasa 6 insyaALLAH menyusul. raya bro yang simple, dan tetap disambut. mungkin sebab abg sulung bro x balik raya pertama kot.

raya tahun ni menemukan kembali kepada kawan2 seperjuangan bro di sek menengah DANG ANUM merlimau dahulu. rakan2 yang pernah merasa makian dan juga nasihat bro. yang pernah bergaduh, pulau bro pas tu kawan balik,pernah nasihat bro, yang pernah melihat jatuh bangun bro, yang pernah melihat zaman hitam, zaman motor, zaman jiwang ngan kekasih,zaman pemberontak nak gulingkan cikgu, zaman 'buku lima' rancang pergaduhan tapi bro gak x pat nak masuk,sampai2 je da abis da berdarah. dan zaman malas nak belaja mat tamb!(esok la kertas yang ditunggu,mathematic) hehehe... dalam perbualan2 bro lihat ramai yang da matang, 22 da umur bro... ramai yang da abis belajar, da kerja, buka bisnes... memacam la. semoga mereka akan kekal dan teruskan kehidupan dalam memegang tali yang kukuh iaitu tali ALLAH. amin...

semasa lepak reramai ngan diorang ni, tersenyum je bro bila rakan2 bercerita tentang bf dan gf... dalam senyuman tu hanya terdetik dihati. "SEMOGA JODOHKU DILINDUNGI MU YA ALLAH... DAN DIA SENTIASA BERUSAHA MENJADI SEORANG WANITA SOLEHAH". senyuman sahaja jawapan pada soalan BILA KAU NAK KAPEL?. tiada jawapan...:) ah... dugaan betul tatkala member2 kapel2 ni bermesra2... astaqfirullah...

raya ni juga adalah yang best bg bro, sebab bro dapat gak jumpa ustaz kesayangan bro. ustaz hazali. ustaz yang banyak mengajar bro untuk berfikir dan banyak menjelaskan apa yang bro fikirkan time di sekolah dulu. terkejut muka ustaz bila tengok bro, "awak da lama x jumpe saye" sedih gak bro. kenapalah diri ini selalu lupa pada siapa diri bergantung disaat berada dalam kemurungan dahulu. dan lupa kat mereka yang memikirkan tentang kita sentiasa tatkala kita lupakannya. manusia ini pelupa...dan bro la antaranya. tq ustaz, kerana menarik hati ini untuk minat meneruskan pencarian makna diri...

hari ini juga bro dapat menjelaskan janji bro pada seorang sahabat. senyuman terukir dibibir bro tadi. bahagia...bahagia tatkala dapat buat benda yang da dijanjikan
:) bahagia...seronok gak dapat makan kuih raya free... alhamdulillah... :)

iman ini ada pasang surut, ada masa ia kental ada masa ia rapuh. bro merasainya. dan semuanya perlukan kekuatan dan penyerahan diri pada ALLAH...

ayat ini bro terjumpa di page sahabat fs bro...

"katakanlah(Muhammad),"inilah jalanku,aku dan orang2 yang mengikutiku(mengajakmu) kepada ALLAH dengan yakin, MAHA SUCI ALLAH, dan aku tidak termasuk orang2 musyrik.""
surah yunus ayat 108

hanya muhasabah diri bro, dimana kita tatkala ramai yang mengajak kita mendekatkan diri pada ALLAH? tatkala program2 agama berlangsung berlawan lak dengan cerita best... adus lemah diri ini...

marilah kita berfikir sejenak...

harap diri ini akan kuat... seorang sahabat mengatakan, semoga ilmu farmasi bro belajar akan berguna di masa hadapan... ya... ilmu bukan untuk peperiksaan sahaja tapi penggunaan... lama sudah aku hidup dalam kejatuhan dan kegagalan...

astaqfirullah...

semua berbalik pada isi hati... untuk apa kita belajar....

sekadar muhasabah diri bro...

amin...

selesai bicara...

formula dan kalkulator memanggil2...

senyum selalu sahabat2ku...:)

...DoA UnTuK MeNgInGaTi ALLAH DaN MeNtAaTiNYA

Ya ALLAH,bukalah pendengaran hatiku untuk mengingatiMU dan kurniakanlah akan daku ketaatan kepadaMU dan ketaatan kepada rasulMU serta beramal dengan kitabMU.

3:185 zIkRuL mAuT

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati.dan pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"
surah ALI IMRAN ayat 185