Tuesday, November 13, 2012

mana?

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

memunggah isi hati hingga selerak semuanya
dicampak ke sana dan kesini
tiada berjumpa...mana?
mencangkul lagi dan mengorek setiap inci... mana?
kenapa tidak ketemu?
aku lesu...
aku diam, dengar degupan jantung ku
tutup mata, ku rasakan...
ya ku rasakannya.
walau ku tidak mampu melihat
tapi ku mampu merasa
rasa...
rasa...
rasa...


cinta ini.

membina legasi

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

membina legasi

membina legasi perlukan langkah pertama
bertemu dengan yang punya mimpi yang sama
berbincang dengan bahasa cita yang sama
berhujah mencari titik sama
jika jumpa, senyum sahaja
kerana perjalanan akan bermula.
bungkuskan pakainan mu, sinsingkan lengan bajumu
ikat tali kasutmu,
sediakan tuala untuk peluhmu
mari kita membina legasi.
semoga jalan ini diberkati
amin.


puisi ini terbisik di jiwa selepas menghadiri TRAINING THE THE TRAINER (TRAINING EKOLOGY) bersama Tuan Fazrul Ismail 12/11/12.


Thursday, November 8, 2012

e book antologi puisi ku...dalam proses...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Thursday, November 1, 2012

jalan dan mimpi. aku teringat ia lama tidak kembali.

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

buka mata, aku sedang berjalan kaki. laju dan seperti ringan sahaja badan mengharungi jalan biasa dalam fikiranku. sampai di satu simpang kecil ku berhenti. ku patah ke kanan dan ku teruskan perjalanan. eh.. bukan di sini jalan mati ke? kenapa ada jalan lagi ini. kaki ku seperti terpanggil2 untuk terus berjalan. awan mendung. jalan tidak gelap tetapi suram. ya.. seperti cerita2 melayu bila berjalan seorang diri. asap? xde lah seperti asap tp jika pernah pergi ke genting highland @ cameron mesti akan tau cmne kabusnya. begitu lah jalan itu. di hujung kampung ada satu rumah panjang,

   pernah tengok istana menanti? seperti itu.tetapi kecil sedikit.. besar seperti rumah melayu lama. ya... cantik.. tamannya terjaga. aku terus berjalan dan ku berjumpe dengan mereka. aku tidak dapat ingt muka mereka. dan aku di beritahu perkembangan kampung mereka. ada  yang da tambah dapur.. ada yang dalam pembinaan, ada yang masih juga sudah siap.sawah yang luas.

    biasanya selepas di layan di rumah itu, dan berjalan di sawah dpn rumah itu, aku akan patah balik ke tempat aku dtg. mereka akan hantar aku ke satu simpang....aku akan berjalan.. bila sampai satu simpang aku akan berpaling dan mesti aku terbangun dari tidurku.ya.. aku bermimpi. ini cerita tentang mimpi..

     mimpi tu berulang paling kurang sekali setahun, seingat aku dari aku darjah 4(x beberapa ingat)... mcm yb tengok kampung. tahun lepas banjir.. sawah rosak... sebelum tu sedang buat bahagian beranda... jalan merah n baru diperbesarkan... ada masa hanya lalu sahaja. ada yang aku sesat x jumpe kampung mereka, tp mereka akan hantar kembali ke simpang jalan ini.

nama jalan ini JALANMU. Secara zahir aku tidak pernah ke hujung. ladang kelapa sawit hujungnya. hujungnya ada pagar. tp di dalam mimpiku setiap tahun ia adalah pintu masuk ke kampung yang sangat cantik. masih boleh terasa sesuatu jika aku berhenti dan merenung jalan ini.




jika lah semua ini satu hijab ke dimensi lain.. ku mohon biarlah mereka semua selamat di sana dan bahagia...

Pelangi...

"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Pelangi itu bagai tujuh kawan…
datang tidak tau mana asalnya…berpimpin tangan menggembirakan insan lain. Mereka tidak mintak balasan, tapi pasti kau tersenyum melihatnya, mereka kekal dengan warna mereka, merah tidak mahu menjadi jingga, begitu juga sebaliknya. Dalam diam2 selepas kau tersenyum dia pergi,tidak tau bila kembali, ………ia pengajdran erti ikhlas dalamm mmbantu,bekerjasama. Cari jiwa dalam alam....