Sunday, October 5, 2008

RaYa dAn PeNgAjArAn DiDaLaMnYa

bicara ini ditulis tatkala bro ngah mencari mood nak belajar mathematic. esok exam kol 8 pagi...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

puasa sudah, raya da x larat nak makan kuih raya da...puasa 6 insyaALLAH menyusul. raya bro yang simple, dan tetap disambut. mungkin sebab abg sulung bro x balik raya pertama kot.

raya tahun ni menemukan kembali kepada kawan2 seperjuangan bro di sek menengah DANG ANUM merlimau dahulu. rakan2 yang pernah merasa makian dan juga nasihat bro. yang pernah bergaduh, pulau bro pas tu kawan balik,pernah nasihat bro, yang pernah melihat jatuh bangun bro, yang pernah melihat zaman hitam, zaman motor, zaman jiwang ngan kekasih,zaman pemberontak nak gulingkan cikgu, zaman 'buku lima' rancang pergaduhan tapi bro gak x pat nak masuk,sampai2 je da abis da berdarah. dan zaman malas nak belaja mat tamb!(esok la kertas yang ditunggu,mathematic) hehehe... dalam perbualan2 bro lihat ramai yang da matang, 22 da umur bro... ramai yang da abis belajar, da kerja, buka bisnes... memacam la. semoga mereka akan kekal dan teruskan kehidupan dalam memegang tali yang kukuh iaitu tali ALLAH. amin...

semasa lepak reramai ngan diorang ni, tersenyum je bro bila rakan2 bercerita tentang bf dan gf... dalam senyuman tu hanya terdetik dihati. "SEMOGA JODOHKU DILINDUNGI MU YA ALLAH... DAN DIA SENTIASA BERUSAHA MENJADI SEORANG WANITA SOLEHAH". senyuman sahaja jawapan pada soalan BILA KAU NAK KAPEL?. tiada jawapan...:) ah... dugaan betul tatkala member2 kapel2 ni bermesra2... astaqfirullah...

raya ni juga adalah yang best bg bro, sebab bro dapat gak jumpa ustaz kesayangan bro. ustaz hazali. ustaz yang banyak mengajar bro untuk berfikir dan banyak menjelaskan apa yang bro fikirkan time di sekolah dulu. terkejut muka ustaz bila tengok bro, "awak da lama x jumpe saye" sedih gak bro. kenapalah diri ini selalu lupa pada siapa diri bergantung disaat berada dalam kemurungan dahulu. dan lupa kat mereka yang memikirkan tentang kita sentiasa tatkala kita lupakannya. manusia ini pelupa...dan bro la antaranya. tq ustaz, kerana menarik hati ini untuk minat meneruskan pencarian makna diri...

hari ini juga bro dapat menjelaskan janji bro pada seorang sahabat. senyuman terukir dibibir bro tadi. bahagia...bahagia tatkala dapat buat benda yang da dijanjikan
:) bahagia...seronok gak dapat makan kuih raya free... alhamdulillah... :)

iman ini ada pasang surut, ada masa ia kental ada masa ia rapuh. bro merasainya. dan semuanya perlukan kekuatan dan penyerahan diri pada ALLAH...

ayat ini bro terjumpa di page sahabat fs bro...

"katakanlah(Muhammad),"inilah jalanku,aku dan orang2 yang mengikutiku(mengajakmu) kepada ALLAH dengan yakin, MAHA SUCI ALLAH, dan aku tidak termasuk orang2 musyrik.""
surah yunus ayat 108

hanya muhasabah diri bro, dimana kita tatkala ramai yang mengajak kita mendekatkan diri pada ALLAH? tatkala program2 agama berlangsung berlawan lak dengan cerita best... adus lemah diri ini...

marilah kita berfikir sejenak...

harap diri ini akan kuat... seorang sahabat mengatakan, semoga ilmu farmasi bro belajar akan berguna di masa hadapan... ya... ilmu bukan untuk peperiksaan sahaja tapi penggunaan... lama sudah aku hidup dalam kejatuhan dan kegagalan...

astaqfirullah...

semua berbalik pada isi hati... untuk apa kita belajar....

sekadar muhasabah diri bro...

amin...

selesai bicara...

formula dan kalkulator memanggil2...

senyum selalu sahabat2ku...:)

No comments:

Post a Comment