Thursday, October 9, 2008

...PaNdUaN mEnGeNaL dOsA...

hadis ini bro petik dari SAIFULISLAM.COM...



menarik untuk dijadikan rujukan pada apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. yang kekadang kite lupa mane baik mane buruk

muhasabah diri ini

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

terus di fikirkan... berapa banyak yang diri selalu ingin sorokkan, titik hitam dalam hidup yang selama ini boleh menjuruskan diri ke lembah hina.

bro x jumpe hadis ni dulu, @ mungkin bro x mencari atau menafikan dulu.. bro sendiri tidak pasti.. tp yang bro pasti, jika kita merasakan keresahan, cube nak mengelak orang tau apa kita sedang buat(walau ALLAH MAHA MELIHAT, dan malaikat tidak pernah sesaat mengantuk), tu tandanya kita sedang melakukan
DOSA

sekarang ni, orang memandang pelik pada yang baik, dan suka pada yang tidak baik...

pakaian baju ketat2 (lindungi kaum muslimat YA ALLAH) sudah biase, lagi2 di bandar seperti shah alam ini. tapi pemakaian tudung labuh akan dipandang pada persepsi yang pelbagai.

dikalangan lelaki pula,lelaki memakai kopiah lagi pelik dari pemakaian seluar pendek (lindungi kami ya ALLAH)

teringat kata2 seorang sahabat, (jika silap penggunaan bahasa, mintak maaf)

ISLAM ITU DATANGNYA PEDAGANG
PERGINYA PUN PEDAGANG
jika zaman permulaan, ISLAM dianggap pelik dan sesuau yang sukar diterima.seperti orang kampung yang baru melihat kapal dagang yang besar dan merasakan ini satu ancaman dan sesuatu yang tidak boleh diterima
zaman sekarang, akhir zaman, benda yang sama berlaku kembali, semua yang berkaitan dengan ISLAM akan dipandang sinis. menutup aurat di permainkan, pergaulan terbatas dianggap jumud. semuanya kerana ISLAM itu akan pergi tetap seperti pedagang
sekarang, jom kita pikir,
nak jadi orang kampung yang tak mahu menerima sesuatu @ nak jadi pedagang yang membawa kebaikan pada sesiapa yang tidak tahu. dan apa yang diberi, akan diberikan ganjaran oleh ALLAH.
insyaALLAH.

No comments:

Post a Comment