Wednesday, October 8, 2008

...bAyAnG-BaYanG kU YaNg SePi (1)...

"bangun! da pukul berapa ni tak bangun lagi ni" bergema di di telinga aku. daud ni mengacau aje la.

"ah...aku bermimpi rupanya. kenapa la asyik mimpi pelik pelik aje ni" aku melihat jam. ala baru pukul 630 pagi. sempat lagi nak dapat seround dua tidur. daud dah membebel suruh subuh. aku menarik selimut. bukan nya aku tak solat, kejap lagi aku bangun la.


aku tertidur kembali...


"erm... ngantuk nya, ni daud la ni, kalau kejut macam nak perang. macam ada tsunami." hatiku mengeluh sedikit... hari ini kelas ada sampai petang. "ah... malasnya... kenapa la hidup aku ni macam ni saja" aku mengeliat sambil memandang jam. dah pukul 8! kelas pukul 9. alamak da lambat ni. kertas tutorial tak print lagi. susahnya jadi ketua tutorial ni. macam macam hal kena buat. ketua tutorial ni macam ketua kelas masa sekolah dulu. aku termenung. macam mane la aku boleh terjebak jadi ketua tutorial ni. aku tersenyum seorang diri, teringat budak kelas mencadang kan aku. bila ditanya kenapa oleh pensyarah kami, cik hazliana. jawapan mereka kerana aku yang paling segak dan juga petah bercakap. pengalaman sebagai ketua pengawas la kan. aku hanya diam dan mereka memilih aku menang tanpa bertanding. walau pun muka ni macam biasa sahaja, hati ini gembira yang amat sangat. Lebih-lebih lagi bila di kelas aku ni ada seorang gadis rebutan. maya namanya. MAYA ELIZA. muka putih dan comel. pilihan aku. hati ini berangan lagi. bukan nak riak, tapi gadis ini selalu pandang ke arah aku. lagi2 bila aku ke depan dan buat pembentangan. aku pun hanya tersenyum. Senyuman yang aku sendiri tidak pasti apakah maksudnya.


"astaqfirullah, im! da kol berapa ni, subuh tak tadi?" terberhenti angan-angan aku. bila masa la pulak mamat ni masuk bilik aku ni. "terlajak la bro, nanti aku qada' la" aku terus mengapai tuala dan menuju ke arah tandas. malas dah telinga ni nak dengar bebelan kawan aku ni. nanti macam-macam yang keluar. hadis la, firman la,semua itu aku da tau la. bukan aku jahil sangat. aku dari sekolah agama juga.

tapi sekarang bukan zaman dulu, ‘up to date la’ katekan...malas aku nak pikir. nanti aku menjawab, ada sahaja hujahnya.


selesai mandi, aku bersiap. tetiba aku teringat dengan hadiah dari secret admirer aku. aku tak pasti siapa.tapi setiap minggu aku akan dapat dua hadiah. satu yang aku suka, satu lagi yang aku tak suka. x paham? camni. biasanya setiap isnin aku akan dapat dua bungkus hadiah. pasti akan ada di bawah meja tutorial aku. dan semalam masih lagi aku dapat. satu berwarna warni dan satu berwarna hitam putih. aku pun buka la isi hadiah yang semalam aku bawa balik. tak sempat nak bukak semalam. kawan ajak pergi karaoke sampai pukul 3.

Aku terus membuka hadiah kotak berwarna warni. fuh! rantai berloket bertulis abjad 'im'. aku tidak pernah pun pakai rantai sebelum ini, mati aku kena belasah dengan mak aku kalau tahu aku pakai rantai ni. mak aku guru disiplin sekolah agama di kampung aku. di hadapan cermin, aku pun mencuba. nampak macam kena sahaja dengan kulit aku. silver 916. mahal ni. rugi kalau tak pakai. permulaan menarik hari ini. aku pun buka satu lagi hadiah yang aku dapat semalam. kotak hitam kecil yang bagi aku tak menarik." ah..." reflek dari mulut ni. sama saja setiap minggu. sekeping kertas tertulis sajak dalam tulisan jawi.

sekilas pandang aku memandang


diri ini melihatmu

menjadi bayang2 mu

kerana NYA

jika ini takdir kita,

hanya ALLAH menentukan

jangan lupa pada NYA


aku terus keronyok dan mencampak ke tong sampah. buat habis dakwat pen sahaja budak ni. nak kata gilakan aku, ayat macam baik, nak kata budak baik, kenapa antar benda sama macam bodoh kat aku.aku tak nak pikir. hati ini suka dengan rantai ini. harap2lah rantai ini pemberian seorang gadis yang cantik. lawa dan hati ini berharap ia adalah maya...angan2ku semakin melangit


"im, nak tumpang sekali tak?" dari luar 'ustaz' rumah ni sudah 'berzanji'. aku hanya tersengih dari dalam, mana mungkin aku nak naik kereta buruk mamat ni. jatuh saham aku. kalau naik pun sebab terpaksa, duit kering. duit da dibelanja ke jalan yang benar...SNOOKER..hehehe. "xpela daud, aku naik jerry saja". dengar bunyi kereta daud keluar dari perkarangan rumah kami. jerry tu kawan satu kelas aku. aku selalu tumpang dia sebab dia bawak satria GTI dan dia selalu mintak aku bawa. maknanya aku mampu la nak berlagak bila masuk universiti aku nanti. hidup mesti pandai politik.

Bunyi hon kereta jerry memecahkan angan2 ku. Aku bergegas ke luar rumah. Semasa aku mahu keluar dari bilik, sekilas terpandang aku pada sejadah buruk pemberian mak aku dulu. Macam ada sesuatu yang berbunyi di hati aku, tapi aku tidak pasti apa yang bersuara itu. Macam kosong je diri ini. Daud selalu nasihat aku pasal suara hati. Tapi bagi aku semua ni mengarut. Biar saja la. Aku tak solat subuh sebab aku tertidur. Letih sangat.

(Bersambung)

karya
knie@bob99
0222am




No comments:

Post a Comment