Monday, October 13, 2008

...MeNgEnAnG dAn mEnGiNgAt...

Salam dunia salam semua

diri mengenang dan mengingat
pada yang berlaku ada pengajaran
ada yang lucu ada yang duka
semua bermain dalam fikiran
dan mungkin senyuman tercetus
mungkin masam yang terbit
semua nya hanya kenangan
penuh pengajaran

minda ini hanya mengingat
mana yang mampu dan terbit
terbitan akal dan cetusan jiwa
mana yang perlu dan mana yang tak jitu
semuanya itu adalah dinamakan muhasabah
memikir dan mencari mana yang baik
tekad tidak mengulang yang salah dan duka
kerana jiwa ini perlu diingatkan
diperjitukan sebelum ia keras
sebelum jiwa didalam hati makin tebal dengan noda
istiqfar lah jawapan nya

marilah mengenang dan mengingat
pengalaman bukan untuk dibangga
tapi ia untuk perkongsian
satu peringatan
bahawa diri ini pernah melalui itu dan ini
tapi mungkin diri ni lupa mana najis mana mawar

mari mengenang dan mengingat semalam
bukan untuk dibentangkan didepan khalayak
membangga siapa diri
bukan itu mengenang pengalaman
tetapi mengingatkan diri sendiri
semalam adalah satu pengalaman
setiap satu langkah ada 1001 pengajaran
mungkin kita dapat satu dari seribu
teruskan dan pegang pengajaran itu
kerana disitulah bermula
pencarian menuju ALLAH

itulah tujuan nya semua pancaindera ini
diberi untuk menyembah dan mencari
perintah dan larangan jangan dicampurkan
dosa dan pahala jangan diadunkan
semua ini akan mengelirukan jiwa
adakah aku menuju syurga
atau hanya menapak ke neraka

yang perlu hanya
mengenang dan mengingatkan
diri dan jiwa
bahawa ALLAH memerhatikan mereka

amin...
selesai...

knie@bob99
0808 pm
131008

No comments:

Post a Comment