Monday, November 30, 2009

Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam...



Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian belia menuntut di Royal Militrary Academi, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A. dari McGill University, Montreal dan Ph.D dari University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.


Beliau menjadi salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia apabila Universiti itu ditubuhkan. Di situ beliau memegang pelbagai jawatan selain daripada jawatan-jawatan di Universiti Malaya dan di universiti-universiti lain di luar Negara sebagai profesor pelawat.

Professor Muhammad Naquib mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik dan beliau telah menulis lebih daripada dua puluh judul buku dalam bidang falsafah, metafizik, sejarah, kesusasteraan, seni, pendidikan dan peradaban. Banyak hasil tulisanna diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Sebagai cendekiawan Islam beliau telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap pengislaman ilmu dan juga pendidikan Islam. Dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektualnya. Melalui siri ceramah dan diskusi ilmu. Beliaulah orang yang mengilhamkan logo ABIM dan mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Sekarang Profesor Muhammad Naquib ialah pengarah ~ pengasas ISTAC.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al-Attas dan seminar mengenai Pandangan Alam Islam :Cabaran dalaman dan luaran. Pandangan Alam merupakan elemen yang penting dalam hidup kerana dengan itulah yang akan membentuk kerangka pemikiran sama ada baik atau buruk.

justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar dan syarahan perdana ini, boleh terus menghubungi saudara Abdul Muntaqim Bin Zulkifli (019-8285019).

Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

No comments:

Post a Comment