Tuesday, November 10, 2009

Doakan Tuan Guru....



petikan dari sini....

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

p/s: baru tau... 18 hb ni tok guru akan ke mekah... ade rombongan yang akan menghaantar... di ajak untuk join...

11.00-12.00 tghri : Kehadiran 12.00-01.00 ptg : Ucapan wida' 01.00-01.30 ptg : Solat Zuhur bersama TGNA dan selawat salam 01.30-02.00 ptg : Mengiringi TGNA masuk ke balai berlepas



sumber sini...


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki




No comments:

Post a Comment