Saturday, November 7, 2009

Malam baca puisi pena edisi nov 2009




"segala Puji Dan Puja Hanya UntukMU Ya ALLAH"

Assalamualaikum w.b.t



alhamdulillah,perjalanan hidup bro dalam dunia puisi ini berterusan setapak lagi. malam semalam tapak terbaru di berikan. bro malam semalam dapat jemputan untuk membaca sajak di MALAM BACA PUISI PENA-MENGHARGAI SENIMAN NEGARA DR ANWAR RIDWAN.



tit...tit...tit...



Jarum berjalan... masa berlalu... resah membelenggu



bro tiba bersendirian malam itu hanya ditemankan sebuah puisi karya En solihin osman untuk dibacakan. tiba ke lapangan rumah pena kira2 pukul 820 malam. perjalanan yang dihimpit dengan kesesakan jalan raya. melihat manusia2 dengan kehidupan masing2 dalam kotak bergerak dengan seribu macam keletah.



malam baca puisi berjalan lambat kerana masalah teknikal, elektrik terputus. bro hanya mampu berdoa.



dr ridwan membacakan puisi, sahabat2nya membacakan latar belakang beliau. dan sajak2 beliau dikumandangkan. ya... malam memuji insan terpilih.



ramai yang membacakan dan mendeklamasikan sajak2 yang dirai. ada juga yang membacakan sajak2 yang memuji. tapi tidak bro.. bro membacakan sajak sinis hasil renungan perspektif berbeza En sol mengenai kehidupan penulis.



bro memandang sesuatu pada malam itu. memuji itu boleh, tapi dalam dunia penulisan, mendewa2kan itu dihadapan si yang dirai bukan lah yang baik bagi bro. ini yang bro rasa. tapi bagi bro kesedaran dan keyakinan kita terhadap yang tersohor ini perlu membangkit kan rasa ingin yang lain untuk bersama berjuang.



bro ada sajak untuk dibacakan. tidak sempurna, hanya adal dalam kepala, kotak akal tidak ditaipkan pada malam itu....

cerita dalam hati bukan mudah untuk diluah
Dengarkan suara anak muda ini, untuk yang dirai
puji dan puja hanya untuk ALLAH
sajak bukan untuk mendewa
ia untuk sang pendengar setia
penuh dengan cerita, kurangkanlah pura
suara kerdil mula berbicara
dianugerah, segunung tahniah
juga berguni-guni takziah
kerana anugerah adalah amanah,
dihisab di mahsyar
hanya dua cerita
syurga atau neraka

yang dirai.
bukan cinta dan ceria semua cerita
walau tersenyum ada berita
ppsmi akan digubah
bagi kami yang hina tidak pandai bermadah
terfikir sekejap cuma
rimba yang ditarah hingga pokok tiada akar akhirnya
adakah mudah untuk menjadi hutan semula

yang tersohor
suara ini suara kerdil
tong sampahlah ada masa madah ini orang diletakkan
aku tidak kesah kerana ini hanya tulisan cuma
bingkisan hati si muda
tapi. inilah inginku
yang dirai diharap bukan akan menjadi artis
yang gila nama gila glamor
tapi menjadi pejuang agama bangsa dan negara
jika rakyat turun bergelumang darah mempertahan yang tiga
jangan yang dirai duduk selesa di dalam istana.
harapku hanya begitu
insan kerdil menutup bicara

cincin_suasa86
0926 am
071109
alam ketenangan sementara

sajak dan bait diatas hanya tersimpan didalam hati tidak dideklamasikan. doa bro semasa bersalam dengan yang dirai...
"ya ALLAH, Selamatkan pejuang ini, jangan lalaikannya kerana berat dibahunya memikul amanahmu.. kerana dia perlu jujur dalam menegakkan kebenaran... semoga pejuang ini akan menggantikan pejuang dahulu... seperti A samad said sekurang2nya... aku anak muda akan hilang identiti jika dia diperguna yang berkuasa.. amin..."


insyaALLAH...

Bro juga dapat berbicara dengan anak sasterawan negara. ya... galakan untuk bro terus menulis diberikan. alhamdulillah. bro dapat semangat untuk bro terus berkarya. cerita dari sang anak
" ayah saya memang selalu belajar. kalau kita malam tengok tv, die malam lepas tengok berita terus belajar dan membaca hingga nak tidur"
bro??? huhuhuhu

malam itu juga bro berkesempatan berbual dengan penyajak ISWA SARING yang membacakan sajak kemarahan mengenai zeti yang tidak reti berbahasa melayu... huhuhu

" bob, teruskan... saya galakkan bob menulis... teruskan"
"saya nak tengok ada sajak bob di berita harian bulan 12 ini"
"bulan 12 ni kamu baca sajak kamu sendiri di malam baca puisi pena"

panjang perbualan kami, rahsia negara pun ada.. tapi.. bro beliau beri semangat untuk bro terus berkarya... insyaALLAH...

malam itu penuh dengan cerita. muka2 penyajak yang pelbagai ragam. penuh dengan emosi dan santai2 belaka.. sani sudin dari kopratasa pun kene dera untuk membuat persembahan... yang penting.. bro dapat sesuatu... dan dapat berikan sesuatu....
"usaha yang kecil mungkin akan memberi impak yang besar"


Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki












No comments:

Post a Comment