Tuesday, August 25, 2009

Program bro ditolak mentah2 oleh pegawai


...Bantu Kami Ya ALLAH...


Assalamualaikum w.b.t

Penuh cerita dan makna. Tapi bukan semua yang melihat mampu mempelajarinya.

Semalam menjadi sejarah bagi bro n rakan2, apabila proposal program ditolak mentah2 oleh pegawai. Penolakan itu berlaku atas alasan universiti telah menjalankan program yang hampir serupa, tetapi dibawah kendalian department yang menolak program kami. Sakit hati pada mulanya.

Kesian bro tengok sahabat yang baru menjadi pengarah program dan bersemangat untuk bekerja ini, diperkotak katikkan oleh pegawai. Hilang sebentar semangat dia hingga perlu dinaikkan oleh bro n sahabat2 yang lain.

Selepas beberapa sesi perjumpaan dari pagi dan petang, bro, presiden dan timbalan presiden pulak mengambil tempat. Berjumppa terus ke pengarah department. Ya ALLAH bantu kami... Itu je ayat yang keluar dari mulut bro.

Perjumpaan berjalan lanacar dengan kami tampilkan 2 proposal untuk 2 program. Satu tiada apa masalah dan ada kata sepakat.

Kami kembali membuka untuk proposal yang ditolak oleh orang bawahan pegrah ini pagi dan petang td, bro bermula dengan hujah2 kenapa perlu dilakukan, disokong oleh 2 pemimpin kami ini. Pada mulanya, bro tidak perasan apa yang pengarah ini faham. Tapi lama2 selepas berhujah, kami baru nampak beberapa perkara:

1) pegawai yang menolak itu juga memilih tariikh yang sama untuk program dia. Dia juga inginkan peserta yang ramai,dan itu boleh diambil dari peserta2 kami.
2) pegawai yang menolak itu juga tidak menjelaskan dengan betul, dan pengarah pun tidak tahu mengenai tarikh program dia dan program kami.
3)proposal tidak dihantar ke pihak pengarah dan penerangan tidak diberikan dengan betul mengenai program kami.

Selepas pengarah mendapat penjelasan dari kami, pengarah sendiri mengambil proposal kami dan berjanji akan bawak proposal ini untuk kelulusan presiden tempat kami belajar. Ok. Alhamdulillah..jika program ini tidak diluluskan oleh pihak dato', kami akan masuk ke program pegawai ini sebagai fasi sepenuhnya bersama ustaz, dan kami akan pastikan ahli2 PMI akan mendapat keistimewaan. Insyaallah... dakwah dimana2.

"belum ada setitis darah pun lagi yang jatuh, jadi kenapa kau sudah mengalah sahabat"

Kelulusan belum dapat lagi, dan diharap semuanya berjalan lancar...








Mencari Ketenangan Hakiki

Mencari Ketenangan Hakiki

No comments:

Post a Comment